Pengenalan
Cara Berfungsi
Ringkasan Jadual

 
 

Port sesiri juga merupakan salah satu daripada port komunikasi yang penting dalam sesebuah komputer. Ia menggunakan konsep yang ringkas iaitu satu talian untuk menghantar data, satu lagi talian untuk menerima data, dan beberapa talian untuk mengawal cara data dihantar melalui dua talian tersebut. Pada masa dulu, port sesiri digunakan untuk modem, pencetak, pemplot dan juga penggera. Tetapi pada masa kini, port sesiri biasanya digunakan untuk modem dan tetikus kerana port sesiri bukan merupakan cara yang cekap untuk pemindahan maklumat. Ia menghantar data secara sesiri iaitu satu bit demi satu bit pada setiap kali data dihantar. Oleh sebab tetikus tidak mementingkan kelajuan, maka tetikus biasanya digunakan bersama port sesiri. Modem juga sesuai digunakan dengan port sesiri kerana talian telefon biasa tidak dapat menghantar lebih daripada satu isyarat pada setiap kali.
Kadang kala port sesiri juga dikenali sebagai RS-232 iaitu nama Electronics Industries Association bagi piawai bagaimana pelbagai penyambung dalam port sesiri digunakan.

 

Dalam contoh ini, saya akan menggunakan contoh modem digunakan bersama dengan port sesiri.

Apabila perisian komunikasi ingin menghantar data, ia akan menghantar isyarat voltan ke talian 4 pada port sesiri.

Isyarat diminta hantar (RTS) akan menanya sama ada modem bebas untuk menerima data dari komputer atau sebaliknya. Jika modem sedang menerima data jauh yang ingin hantar ke komputer sedangkan komputer sibuk melakukan sesuatu seperti menyimpan data ke cakera, komputer akan menggantungkan isyarat RTS untuk memberitahu modem supaya berhenti menghantar isyarat sehingga komputer menyelesaikan tugasnya dan memberi isyarat RTS semula.

Kecuali modem terlalu sibuk untuk mengendalikan data lain untuk menerima data baru daripada sistem, ia mengembalikan isyarat boleh hantar (CTS) ke komputer kita pada talian 5 port sesiri, dan komputer membalas dengan menghantar data untuk dihantar pada talian 2.

Modem menghantar data yang ia terima dari sistem jauh ke komputer melalui talian 3. Jika modem tidak menghantar data secepat komputer, modem akan menggugurkan isyarat CTS untuk memberitahu komputer menahan data selanjutnya sehingga modem memberi isyarat semula.

Pada penghujung talian telefon yang lain, modem jauh akan mendengar data yang baru datang sebagai satu siri nada dengan frekuensi yang lain.

Ia menyahmodulat nada tersebut kepada isyarat digital dan menghantarnya ke komputer penerimaan. Sebenarnya kedua-dua komputer boleh menghantar isyarat secara berulang-alik pada masa yang sama kerana penggunaan sistem piawai nada membenarkan modem pada mana-mana satu hujung untuk membezakan isyarat yang datang dan isyarat yang dihantar.

Apabila kita memberitahu perisian komunikasi untuk mengakhiri suatu sesi perhubungan, perisian akan menghantar perintah hayes yang lain ke modem untuk memutuskan sambungan telefon. Jika sambungan diputuskan oleh sistem jauh, modem akan menggugurkan isyarat kesan pembawa kepada komputer untuk memberitahu perisian bahawa perhubungan terputus.
 


 
 
No. Pin Fungsi                 
1 Pin 1 pada komputer disambung kepada pin 8 pada port modem. 
Pin 1 mempunyai sambungan asas yang sama dengan pin 8.
2 Pin 2 pada komputer menghantar data ke pin 3.
3 Pin 3 pada komputer menerima data daripada pin 2 pada modem. 
Hanya satu bit boleh bergerak sepanjang dawai pada setiap kali.
4 Pin 4 pada komputer disambung ke pin 20 pada modem. 
Ia memberi isyarat bahawa komputer sedah sedia menerima data.
5 Pin 5 pada port komputer disambung ke pin 7 pada port modem. 
Pin 5 dan 7 membenarkan komputer mengesan isyarat pada talian telefon.
6 Pin 6 pada port komputer disambung ke pin 6 pada port modem untuk menghantar 
isyarat yang memberitahu bahawa data telah sedia untuk dihantar.
7 Pin 7 pada komputer disambung ke pin 4 pada modem. 
Ia membuat permintaan untuk menghantar data.
8 Pin 8 pada komputer menghantar isyarat kepada pin 5 pada modem apabila 
komputer telah sudah sedia menerima data.
9 Pin 9 pada komputer disambung kepada pin 22 pada modem untuk mengesan 
deringan telefon.