MALAPETAKA YANG MENIMPA
UMAT ISLAM

 Kemungkaran mesti dicegah walaupun yang melakukannya ialah seorang raja dan golongan pemimpin yang zalim dan ahli maksiat kerana ia termasuk di dalam amal afdhal iaitu yang mempunyai kemuliaan tinggi di sisi Allah SWT. Bak kata pepatah melayu, “ Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah.
  Akibat berlalunya zaman yang panjang, semangat berjuang ke atas agama turut kendur sehingga maksiat pemimpin sering disembunyikan dan maksiat orang awam diperbesar-besarkan. Ini adalah kesalahan umat islam yang amat bahaya kerana kesilapan ini akan menyebabkan musibah dan bala tertimpa ke atas mereka.
 Lantaran itu rasulullah saw telah bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Saidina Ali r.a. yang bermaksud, “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
 
1. APABILA KEKAYAAN NEGARA HANYA DIMILIKI OLEH ORANG-ORANG YANG TERTENTU SAHAJA.
2. APABILA AMANAH DIJADIKAN SUMBER MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN ( KHIANAT TERHADAP AMANAH ).
3. ZAKAT DIJADIKAN HUTANG ( TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT ).
4. SUAMI TAAT PADA ISTERI ( DAYUS ).
5. ANAK MENDERHAKAI IBU BAPA.
6. ( SEDANGKAN IA ) BERBAIK-BAIK DENGAN TEMANNYA.
7. ( DAN ) MENJAUHKAN DIRI DARIPADA IBU BAPANYA.
8. SUARA-SUARA DITINGGIKAN DI DALAM MASJID.
9. ORANG YANG PALING HINA DI KALANGAN SESUATU KAUM DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN.
10. SESEORANG DIMULIAKAN KERANA KEJAHATANNYA.
11. ARAK DIMINUM DI MANA-MANA SAHAJA TANPA KAWALAN.
12. RAMAI KAUM LELAKI MEMAKAI KAIN SUTERA.
13. ARTIS-ARTIS DISANJUNG TINGGI DAN DIPUJA.
14. BANYAK JENIS MUZIK DIMAINKAN.
15. GENERASI UMAT ISLAM KINI MENYALAH-NYALAHKAN GENERASI UMAT ISLAM TERDAHULU ( PARA SAHABAT : SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK SYIAH YANG TERKELUAR DARI LANDASAN ISLAM ).”
 
 - rijaluddakwah -
 sasician98 @ hotmail.com