Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
# Bagi hamba-hamba yang bertaubat
itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih
belum terhakis.
# Hatinya lebih tenteram dan suka
mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
# Apabila dia merasakan di dalam
dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan
sedih kerana takutkan azab Allah SWT.
# Apabila dia melihat pada dirinya
yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya
sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh
Allah SWT.
# Walaupun sedikit rezeki yang
dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun
banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya
sedikit.
# Apabila dia melihat pada dirinya
yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu
berada dalam keadaan sedih dan menyesal.
# Allah SWT memberikan kuasa kepada
seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan
hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
# Allah SWT akan menimpakan ke
atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan sebagainya.
# Setelah dia meninggal kelak,
hartanya akan diwarisi oleh mereka yang mempergunakannya pada jalan maksiat
dan kemungkaran.
# Allah SWT akan menimpakan suatu
penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya
itu bagi mengubati penyakitnya.
# Dia menanamkan hartanya itu pada
suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya
lagi.
# Terlintas di dalam fikirannya
untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan
hartanya sendiri musnah.
# Allah SWT meninggikan syahwatnya
sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud
: “ Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut
mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka
dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :
# Orang yang menambah maksud tafsiran
al-Quran ( takwil yang menyimpang ).
# Orang yang mendustakan kepada
taqdir Allah SWT.
# Orang yang berkuasa tetapi takbur,
dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina
orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
# Orang yang menghalalkan sesuatu
yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.
# Orang-orang dari umatku yang
menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
# Orang-orang dari umatku yang
meninggalkan sunnahku.
Diriwayatkan pada hari kiamat kelak
akan keluar seekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya
ialah antara jarak langit dengan bumi manakala lebarnya ialah antara timur
ke barat. Setelah ia keluar maka malaikat Jibril a.s pun bertanya : “ Wahai
Huraisy !!! Kamu hendak ke mana dan mahu mencari siapa ? Jawab Huraisy
: “ Aku ingin mencari lima jenis manusia iaitu :
# Orang yang tidak mengerjakan
solat.
# orang yang tidak mahu mengeluarkan
zakat.
# Orang yang menderhaka terhadap
kedua orang tuanya.
# Orang yang suka meminum arak.
# Orang yang suka bercakap di dalam
masjid mengenai hal-hal keduniaan.
- rijaluddakwah -
sasician98 @ hotmail.com