Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya
orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan
kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu
kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak
dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan
yang fana ini.
Sesungguhnya suasana ukhu- wah atau semangat
persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah
seumpama air dengan ikan. Sekira-nya ada di kalangan mereka yang menghadapi
kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak
akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sede-mikian
yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.
Muslim yang mempunyai sahabat yang baik
tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi
akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu.
Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang
yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin
pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan
cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya
sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya
tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak
ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan
yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan
saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan
kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan
pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam
al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa
dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.”
Jelaslah, arahan ini bukan-lah ditujukan
kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun
persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang
yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan
didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan
di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran
baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-meman-dang
sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan
kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi,
wasiat-mewa-siati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan. Rasulullah SAW
pernah bersabda, mafhumnya :
“Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di
hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu
dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah,
kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”
Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai
sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahaba-tan yang itu dengan segala
kebai-kan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya
maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persa-habatan,
mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan
daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu,
berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang
lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).
Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah
kamu sa-ling putus-memutus hubungan, sa-ling berpaling tadah, saling benci-membenci
dan saling berhasad deng-ki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi
dari tiga hari”.
Alangkah bahagianya kita dengan nikmat
persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan
dan cara yang ada.
Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat
yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan
penolong dan bekalan sepanjang jalan.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal
dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu
minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.
- rijaluddakwah -
sasician98
@ hotmail.com