![]() |
![]() ![]() Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan |
||||||||
TARAF
|
Siri
Haiwan.
Cacing Pita. ![]() 4 Syawal 1424 ![]() |
Cacing Pita. Cacing Pita ataupun nama inggerisnya "Tapeworm" ataupun "Flatworm" merupakan haiwan pelbagai sel, ahli Phylum Platyhelminthes dari Kelas Cestoda. Selain cacing pita, planarian dan flukes termasuk ke dalam anggota Phylum yang sama.
Cacing Pita merupakan sejenis parasite dari keluarga heterotrophic, iaitu mereka bergantung kepada haiwan lain untuk mendapatkan makanan. Cacing Pita tidak boleh menghancurkan, menghadamkan makanan, dan membuang bahan kumuhan secara serentak.
Pergerakan otot dibahagian atas usus cacing pita menghasilkan kuasa sedutan yang membenarkan cacing pita menghadamkan makanan mereka kepada bahagian kecil. Usus cacing pita bercabang dan memanjang sepanjang badan, berfungsi sebagai penghadam dan penyalur makanan. Sel yang mengelilingi usus cacing pita menyerap kebanyakan paritkal makanan melalui phagocyctosis.
Cacing pita tidak mempunyai organ penghadaman. Cacing pita menyerap makanan secara langsung melalui sel dinding badan. Cacing pita melekatkan diri mereka pada dinding usus kecil di mana mereka dikelilingi oleh larutan berkhasiat.
Cacing pita merupakan sessile, yang bererti cacing pita tidak dapat bergerak dengan sendiri. Cacing pita mempunyai selaput kukuh yang memelihara cacing pita daripada sistem penghadaman hos. Cacing pita mempunyai badan yang pipih, panjang. Badan cacing pita berbentuk ribon dan boleh mencecah 9 meter (30 kaki panjang).
Badan cacing pita terbahagi kepada tiga bahagian: scolex, leher, dan proglottid. Scolex mempunyai beberapa penyedut dan mungkin mempunyai pencangkuk. Setiap proglottid mempunyai set lengkap organ pembiakan jantan dan betina yang menghasilkan sel seks. Proglottid terbentuk di seksyen pangkal leher. Sel matang yang lama tertolak kebelakang apabila sel baru terbentuk dihadapan mereka.
Proglottid dibahagian hujung akhir membentuk telur matang. Apabila telur disenyawakan, zygot di bahagian terakhir bertukar dan dipenuhi dengan embrio. Setiap embrio ini dikelilingi dengan cengkerang dilepaskan dari proglottid. Embrio cacing pita keluar melalui satu bukaan atau dinding sel badan yang pecah. Embrio ini meninggalkan hos mereka bersama najis dan terbebas di dalam air, atas daun, atau ditempat lain yang boleh menjangkiti haiwan lain.
Selain itu, sekiranya seekor cacing pita terputus dua atau lebih, setiap keratan cacing pita mampu membesar dan menjadi cacing pita yang matang.
Cacing pita tidak mempunyai sistem edaran untuk membawa oksijen dan zat makanan seperti dalam haiwan lebih kompleks. Cacing pita membuang hasil kumuhan secara langsung melalui usus dan juga melalui jaringan salur seni yang mempunyai sel ciliated flame di cabang tepi. Sistem saraf cacing pita adalah mudah. Cacing pita mempunyai organ mata yang mampu membezakan cahaya terang dan gelap. Cacing pita akan bergerak kearah gelap menjauhi dari cahaya terang.
Cacing pita mampu menjangkiti semua jenis mamalia dan dianggarkan 125 juta manusia dijangkiti penyakit ini diseluruh dunia.
Untuk merawat mereka yang dijangkiti cacing pita, rawatan quinacine hydrochloride (Atabrine) atau niclosamide digunakan.
Rujukan :
Daripada Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."Hadirin berpakaian serba indah
Meraikan majlis yang gilang gemilang
Bersanding sudah, bersantap pun sudah
Sila pengantin berangkat pulangPantun asli saya.
Hakcipta terpelihara 28 November 2003 © Mohamed Yosri Mohamed Yong.
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalahciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang. Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan
Fight
Spam! Click Here!
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth