|
|
|
|
|
|
|
Frasarana yang
disediakan di Al-Azhar Cawangan Mansurah (bagi siswa) |
|
|
|
|
|
- Perpustakaan Universiti
- Terletak di aras tiga bangunan
Fakulti Usuluddin. Pelajar-pelajar boleh membuat rujukan di sini
kerana terdapat pelbagai kitab turath dan kitab kontemporari. Kad
pelajar perlu dipamerkan sebelum penggunaan sebarang bahan bacaan.
|
|
|
- Pejabat Pos
- Waktu urusan ialah dari jam 9.00
pagi sehingga 2.00 petang. Para pelajar boleh mendapatkan 'tamghah'
dan stem dengan harga berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan pos
domestik dan antarabangsa. Kebiasaannya surat-surat dari luar negara
(Malaysia) akan diletakkan di sini untuk kemudahan pelajar
mengambilnya.
|
|
|
- Musalla
- Terletak di bahagian belakang
bangunan Fakulti Usuluddin. Di sinilah medan pelajar-pelajar menyemai
bakat pidato atau ceramah selepas solat Zohor, di samping tazkirah
yang disampaikan oleh Doktor-doktor Kuliah.
|
|
|
- Kantin
- Menyediakan skim makanan mingguan
yang amat berpatutan. Pelajar-pelajar perlu membeli kupon di kaunter
aras bawah Fakulti Usuluddin yang berharga LE 2.50 untuk membeli
makanan selama lima hari. Makanan boleh diambil selepas jam 12.00
tengahari, yang mana menunya ialah makanan asasi rakyat Mesir.
|
|
|
- Tempat Letak Kenderaan
- Lokasinya ialah di hadapan bangunan
fakuliti bagi motosikal dan basikal. Manakala tempat letak kereta
ialah di bahagian belakang setiap fakulti. Beberapa orang pelajar
Malaysia yang memiliki basikal akan menguncinya di bahagian hadapan
bangunan demi keselamatan.
|
|
|
- Taman Istirehat
- Setiap lokasi hadapan fakulti
mempunyai taman istirehat yang kehijauan. Kerusi disediakan sebagai
tempat melepaskan penat lelah berkuliah.
|
|
|
- Telefon Awam
- Terletak dalam bangunan Fakulti
Bahasa Arab. Telefon boleh digunakan dengan syiling sahaja.
|
|
|
- Gerai Makanan
- Beberapa orang pelajar mengusahakan
gerai tersebut di tepi Fakulti Bahasa Arab. Antara yang dijual ialah
minuman dan santapan ringan.
|
|
|
|
|
|
Pengangkutan |
|
|
Van : harga tambang =
20 Sen |
|
|
Taxi : harga tambang biasa
= LE 1.00 |
|
|
|
|
|
| © Hakcipta Terpelihara
DPMM 2003 | |
|
|
|
|