Introduksi Mansurah

Mansurah (El-Mansoura dalam Bahasa Inggeris) berada di bawah Provinsi Daqahliah. Mansurah adalah sebuah bandar yang mencatatkan banyak peristiwa dan kesan sejarah yang meliputi Dinasti Firaun, Pemerintahan Rom, pengembangan ajaran Kristian dan kemasukan Islam. Kini, sejajar dengan kemajuan yang pesat, Mansurah mencatat pertumbuhan ekonomi yang tinggi sehingga menempatkannya sebagai bandar ketiga terbesar di Republik Arab Mesir.

Bandar Mansurah sebelum ini adalah bandar tua yang dikenali dengan panggilan Jazirah Al-Ward (Pulau Mawar), iaitu pertemuan sebuah pulau dengan sungai kecil dan laut hingga membentuk delta yang ditumbuhi bunga-bunga mawar yang segar dan mekar. Nama “Al-Mansurah” diambil sempena kemenangan Umat Islam dalam menentang Tentera Salib. Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan daripada Allah SWT". Bandar ini diasaskan sebagai ibu negeri Daqahliah oleh Raja Kamil al-Ayyubi pada tahun 1219 H.
 

Bandar Mansurah terletak118 kilometer (km) ke utara Kaherah. Sebelah barat laut 72 km dari Muara Sungai Nil di Dumyat. Manakala 86 km dari Tasik Manzalah di Matoriah yang berada di sebelah timur.

Selain Mansurah, Provinsi Daqahliah mempunyai 14 buah daerah yang lain. Ini menjadikan keluasannya secara keseluruhan sekitar 3,471 kilometer persegi. Jumlah tersebut merangkumi 9.9 % keluasan Mesir. Manakala kepadatan penduduk pula seramai 1,242 orang sekolimeter persegi dengan pertumbuhan sebanyak 1.9 %. Mengikut bancian pada 1 Julai 1998, bilangan penduduk Provinsi Dakahliah dianggarkan mencapai angka 4,553,586 orang.

Mansurah merupakan ibu negeri Daqahliah yang mengandungi 8 daerah dalam provinsinya. Antara aktiviti utama di daerah ini ialah pertanian, perniagaan dan industri perkilangan. Pertanian tertumpu kepada penanaman padi, jagung, sayuran dan buah-buahan. Manakala pada musim sejuk, kapas dan gandum menjadi pilihan utama dalam agenda pertanian mereka.

 







 

| © Hakcipta terpelihara DPMM 2003 |

 

Menu

Muka Utama
Naik ke atas