|
Antara kesan-kesan sejarah Islam di sekitar Mansurah ialah: |
|
|
|
|
1. |
Maqam Gabenor Mesir Zaman Khalifah Ali
Beliau ialah Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Beliau seorang pendakwah yang ulung
dan disayangi oleh rakyat Mesir tetapi akhirnya beliau dibunuh oleh
pihak Muawiyah yang
bersengketa dengan Saidina Ali. Jenazah beliau telah disemadikan di Mit Damsis. |
|
|
|
|
2. |
Maqam Abdullah bin Salam
Abdullah bin Salam adalah salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijamin masuk
Syurga. Beliau merupakan bekas Pendita Yahudi Madinah yang berketurunan dari Nabi Zakaria dan
Nabi Ishak. Makam beliau terletak di Til Ibn Salam, Sinbalawin. |
|
|
|
|
3. |
Maqam Qa’qa’ Amru at-Tamimi
Beliau merupakan seorang Periwayat Hadith dan Ahli Badar serta pernah mendapat pujian
daripada Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Maqam
beliau dikatakan terletak di Manzalah. |
|
|
|
|
4. |
Maqam
Syeikh Al-Mutawalli Ash-Sha'rawi |
|
|
Ash-Sha'rawi ialah seorang ulama semasa yang terkenal di Mesir.
Rakyat amat mengasihi dan meminati majlis ilmu beliau sehingga Kitab
Tafsir Ash-Sha'rawi dihasilkan. Beliau pernah bertugas sebagai
Menteri Waqaf Mesir. Beliau menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1998
dan disemadikan di Daqdus, Mit Ghamr (45 km dari Mansurah). |
|
|
|
|
5. |
Maqam
Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq |
|
|
Beliau
pernah diberi penghormatan menjadi Syekhul-Azhar dari tahun
sehingga . Jasad beliau disemadikan di Tolkho (3 km dari Mansurah) |
|
|
|
|
6. |
Dar
Ibnu Luqman |
|
|
Sebuah
rumah tahanan Raja Perancis King Louis IX di zaman Perang Salib yang
kedua. Sekarang bangunan ini telah dijadikan Muzium Negeri yang
terletak di Jalan Port Said, Sikkah Gadid, Mansurah. |
|
|
|
|
7. |
Tugu
Syhada' Mansurah |
|
|
Dibina
untuk memperingati jasa pahlawan Mansurah menentang tentera Salib
pimpinan King Louis IX. Tugu tersebut terletak di persimpangan Jalan
Qanal Suez dekat Muhafazah (Wisma Negeri). |
|
|
|
|
|
|
|
|
©
Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |
|