KERTAS CADANGAN
PROJEK MENCERLANG AGENDA THAQAFAH DAN TARBIAH ( PERMATA 03)
( PROGRAM SEMPENA MUSIM CUTI JUN HINGGA OKTOBER 2003)
 

1. 0 MUKADDIMAH

Alaf baru menyaksikan tanggunggajawab yang ditaklifkan kepada pundak mahasiswa Islam semakin mencabar. Mahasiswa berpendidikan agama samaada lepasan al Azhar dan lain-lain sangat diperlukan untuk meleraikan kekusutan akidah, syariah dan akhlak yang berlaku dari masa ke semasa. Akan tetapi masih ramai yang belum berkesanggupan menghadapi realiti ini menyebabkan kebanyakan mereka tidak bersedia untuk tampil ke hadapan, apatah lagi menjadi agen perubah masyarakat ke arah yang lebih dinamik. Oleh itu kesedaran dan semangat juang yang mantap sangat diperlukan untuk membuktikan mahasiswa Al-Azhar berdaya saing dalam mengemudi perubahan semasa yang global dan pesat dengan mejadikan al Quran dan al Sunnah sebagai teras kegemilangan ummah.

Untuk merealisasikan tuntutan ini, medan mahasiswa dan suasana kampus universiti perlu dijadikan landasan untuk mahasiswa al azhar bertatih, berlatih dan berpraktikal dari segenap segi sebelum azhari turun bergelanggang di medan tempur yang sebenar. Pengoptimumam kegiatan ilmu dan kemantapan dalam perorganisasian perlu diadaptasikan dalam melayari kehidupan sebagai mahasiswa al Azhar samaada ketika masih menuntut atau setelah berada di tanahair. Orientasi ini telah menjadi pegangan Khulafa' Al-Rasyidin dan ulama terdahulu di dalam mengemudi anak bumi menjejak keredhaan Allah S.W.T.

BAgi memenuhi ciri-ciri pelapis kepimpinan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara, Azhari dituntut menggunakan segala peluang dan daya intelektual yang ada, sebagai medium pengenyahan terhadap sikap-sikap yang merugikan dan bersifat negatif, malah cuba mengasosiasikan ilmu dan organisasi sebagai penggerak utama dalam melakukan kegiatan dakwah kepada masyarakat. Sebagai pelapis ulama dan pendakwah pula, tugas menambahkan ilmu di dada bukanlah suatu perkara yang mudah digapai oleh tangan, enteng untuk dibahasakan di bibir, serta terlalu ringan untuk didramakan di pentas sandiwara, tetapi ia memerlukan pengorbanan dan pembaharuan sikap positif yang berterusan agar segala prakarsa dan impian ini menjadi kenyataan dan membuahkan hasil yang membanggakan serta menjadi teladan kepada generasi akan datang.

2.0 PENGENALAN PROJEK MENCERLANG AGENDA THAQAFAH DAN TARBIAH (PERMATA)

Memandangkan mahasiswa mahasiswi al Azhar akan menghadapi musim cuti yang panjang khususnya selepas imtiham fasa kedua nanti, maka Projek Mencerlang Agenda Thaqafah dan Tarbiah (PERMATA) dilakarkan dalam bentuk pengisian jangka panjang dan bersiri, dengan kepelbagaian penyampaian samaada berbentuk daurah, pembentangan kertas kerja, ceramah dan sebagainya. Pengisian yang disusun memerlukan dokongan dari setiap peringkat, dan intraksi positif antara pemberi dan penerima dalam bentuk soal jawab, pandangan dan komentar akan membantu meningkatkan kematangan dalam perbincangan yang bermanfaat. Oleh itu pelaksanaan PERMATA wajar dijadikan medan untuk menggerakkan kekuatan lahiriah dan batiniah dan melahirkan tenaga-tenaga baru untuk ditampilkan di peringkat Dewan Perwakilan Mahasiwa mahasiswi Mansurah atau diperingkat yang lebih umum.


3.0 TEMA UNTUK TAHUN 2003

" PACUAN SWADAYA THAQAFAH DAN TARBIAH "


4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengidupkan budaya ilmu seluruh peringkat
4.2 Menambahkan thaqafah mahasiswa al azhar secara teori dan praktikal dalam
pelbagai sudut
4.3 Membina kemantapan dan persediaan secara bertahap dengan pengisian ilmu
duniawi ukhrawi
4.4 Memperbaiki penggunaan bahasa perantaraan khususnya dalam bahasa arab
4.5 Menghakikatkan peranan mahasiswa Al-Azhar sebagai aset perubah
masyarakat ke jalan yang diredhai Allah Taala
4.6 Mempertautkan dan merealisasikan ukhuwwah Islamiyyah
4.7 Menjana responsif guna membina jatidiri mahasiswa Islam

5.0 PENGISIAN
5.1. Minggu Thaqafah
5.2. Pengajian-pengajian berbentuk daurah
5.3. Pembentangan-pembentangan kertas kerja
5.4. Diskusi-diskusi kitab
5.5. Forum
5.6. Program-program berbentuk kemahiran dan amali

6.0 PENGLIBATAN
6.1 Unit Pengetahuan Dan Persekolahan DPMM
6.2 Unir Pengetahuan HEWI DPMM
6.3 Unit-unit lain yang mempunyai kebersamaan matlamat

7.0 SASARAN
Semua warga DPM MANSURAH

8.0 TEMPOH PERLAKSANAAN
AKHIR BULAN JUN SEHINGGA OKTOBER 2003
( bergantung kepada kesesuaian dan kelapangan masa )

9.0 PENUTUP

Sesungguhnya agenda yang dirancang ini tidak semata-mata berstartegi untuk menambahkan ilmu di dada, tetapi di sana terselit harapan-harapan yang sangat besar bagi meningkatkan kecemerlangan azhari dan Azhariah dalam aspek yang pelbagai. Tugas ini tertaklif kepada semua menuntut di sini dan yang akan menjejakkan kaki ke tanahair sebagai pejuang menegakkan kebenaran Islam. Semoga penyusunan tentatif seperti ini dan perlaksanaannya secara berterusan dapat memberikan manfaat kepada insan yang mahu mencipta perubahan dan mendepani cabaran dengan lebih berswadaya.


"RESPONSIF MENJANA PERUBAHAN"

"BELAJAR DAN BERBAKTI"



Di sediakan oleh,

( AHMAD FAUZAN NAIM MOHD SAIBANI )
Ketua Unit Pengetahuan dan Persekolahan,
DPM Mansurah sesi 2002/2003.
 

 

Menu

Muka Utama
Naik ke atas