PMRAM Jam'iyah
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah


Pekeliling bil. 1 : 2002/2003 – berkuatkuasa 01 Ramadhan 1423H / 6 November 2002

Peraturan 1

Peraturan 2

Peraturan 3

PERATURAN UMUM UNTUK AHLI DPM MANSURAH
01) Bagi memelihara kesatuan yang telah wujud, ahli tidak dibenarkan memasuki mana-mana persatuan selain daripada DPM, BKAN dan PMRAM, serta tidak dibenarkan juga mana-mana individu menubuhkan atau bersepakat dengan mana-mana pihak bagi menubuhkan persatuan selain DPMM.
02) Setiap program individu yang melibatkan ahli DPMM mestilah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Pengerusi atau Naib Pengerusi I HEWI.
03) Ahli-ahli DPMM tidak digalakkan tinggal senegeri dan satu institusi pengajian terakhir di dalam sesebuah penginapan kecuali dengan sebab-sebab tertentu dan mendapat keizinan Pengerusi atau Naib Pengerusi I HEWI.
04) Sebarang masalah di DPMM hendaklah dirujuk kepada pihak AJKT DPMM sahaja atau dirujuk khusus kepada unit yang dipertanggungjawabkan.
05) Ikhwah tidak dibenarkan menziarahi atau memasuki rumah akhawat yang bukan mahram sekalipun bersama pasangan suami isteri tanpa tujuan yang dizinkan,begitu juga akhawat.
06) Akhawat tidak dibenarkan membuat jemputan majlis dan jamuan makan kepada ikhwah, begitu juga sebaliknya melainkan tempat jamuan itu dikhususkan; seperti jamuan untuk akhawat di penginapan akhawat dan jamuan ikhwah di penginapan ikhwah.
07) Akhawat dilarang keluar dari rumah pada waktu malam (selepas Maghrib) kecuali atas sebab-sebab tertentu dengan ditemani ikhwah (bukan Arab).
08) Akhawat tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam secara berseorangan terutamanya teksi.
09) Akhawat tidak dibenarkan mengikut sahabat daripada kalangan Arab ke perkampungan mereka atau mengundang mereka ke rumah.
10) Sebarang perjalanan keluar-masuk Mansurah bagi akhawat hendaklah tiba ke destinasi sebelum waktu maghrib.
 

“ RESPONSIF MENJANA PERUBAHAN ” 

SEBARANG PERMASALAHAN HENDAKLAH DIRUJUK KEPADA
MANA-MANA AJKT ATAU PENASIHAT DPMM

Dikeluarkan : Jabatan Setiausaha Agung DPMM sesi 2002/2003

© Hakcipta Terpelihara DPMM 2003