|
Mansurah sebuah
bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti
Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran Kristian dan kemasukan
Islam. Mansurah antara yang dikenali sebagai sebuah kuasa besar dalam
tamadun Islam di rantau benua Afrika.
Sejarah silamnya boleh disimpulkan seperti berikut :-
1.Istana firaun dan perkampungan Yahudi.
Zaman pemerintahan Firaun Ramsis II telah membina ibu negeri bagi
mengawal pemerintahannya di sebelah barat dan persisiran pantai Mesir.
Kubu Firaun ini juga terbina dengen lorong bawah tanah bagi batalion
askar Firaun ketika itu. Antara yang terpenting adalah kesan runtuhan
kota Firaun yang terletak 7 km dari Simbilawin. Tempat ini merupakan
kota pemerintahan Ramsis II dan anaknya Munqa'. Mansurah pernah didiami
oleh kaum Yahudi berdasarkan kesan perkampungan mereka di sekitar
Mansurah.
2.Dinasti Rom.
Pemerintahan Dinasti Rom banyak terdapat kesannya di daerah Bilqas.
Terdapat beberapa tugu, rumah ibadat dan bianaan lain yang ditinggalkan
sebagai tinggalan sejarah.
3.Sejarah perkembangan ajaran Kristian.
Mansurah dikenali sebagai rumah suci dan kota peribadatan bagi pengikut
ajaran Masihi. Di sebelah utara Mansurah terdapat kubur seorang
Hawariyyun Nabi Isa a.s. bernama Ajarjis. Beliau mengembangkan ajaran
Kristian bagi rantau Afrika ; Mesir, Uthopia, Sudan, Nigeria dan Kenya.
Pada tanggal 23 September setiap tahun diadakan raptai ulangtahun
pembaptisan bumi Mesir sebagai bumi Al-Masih dengan kedatangan Majarjis,
yang mana gereja Majarjis adalah gereja yang tertua di Mansurah.
4.Kemasukan Islam dan tamadun ilmu.
Kemasukan sejarah Islam ke pelusuk Mansurah melalui pantai ‘Arish di
bawah pimpinan Komander Amru Bin Al-As (radiyallahu anh), zaman Khalifah
Amir Al-Mukminin Umar Al–Khattab (radiyallahu anh) dan batalion Qa’-Qa’
At-Tamimi (radiyallahu anh) yang membuka kota Iskandariah dan pusat
pemerintahan Rom.
Nama “ al-Mansurah” diambil sempena kemenangan Umat Islam dalam
menentang Tentera Salib. Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan
daripada Allah s.w.t.". Ia diasaskan sebagai ibu negeri Dakahliah oleh
Raja Kamil al-Ayyubi pada tahun 1219 M.
Sebagai tanda memperingati jasa dan bakti mujahidin yang gugur dalam
perjuangan menyebarkan syiar islam, sebuah tugu peringatan dibina bagi
para syuahada yang terpahat kukuh nama-nama mereka di batu tersebut.
Ianya terletak dipersimpangan jalan menuju ke Gedela dan di sana juga
terdapat Taman Haiwan Mansurah.
Terdapat sebuah muzium di medan Sikkah Jadidah yang dikenali sebagai
"Dar Ibn Luqman". Kawasan tersebut penah menjadi tempat tahanan Raja
Louis IX ketika berlakunya perang salib di Mesir. Rakyat Daqahliah juga
memainkan peranan dalam gerakan revolusi Islam pada 1919.
Mansurah telah melahirkan beberapa tokoh agamawan yang terkenal di
seluruh dunia. Antaranya Almarhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali, ahli
intelektual Islam; Almarhum syeikh Khalid Muhaamad Khalid, seorang
mufakkir Islam; Almarhum Syeikh Jad Al-Haq, mantan Syeikhul Azhar;
Almarhum Syeikh Mutawalli As-Sya'rawi, seorang ulama Mesir; Almarhum
Syeikh Muhammad Abdul Rahman dan lain-lain lagi. |
|