PENGENALAN DPM MANSURAH

Tanggal 3 januari 1993, Mansurah mengukir sejarah dengan menerima kehadiran mahasisiwa dan mahasiswi Malaysia seramai 99 orang sebagai delegasi asing yang pertama bagi meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar. 39 orang mahasisiwa ditempatkan di Kuliah Banin, Murur. Manakala 60 orang mahasiswi ditempatkan di Kuliah Banat, Universiti Al-Azhar, di Talkha.
 
Meneroka bumi Mansurah bukanlah seperti yang diimpikan. Pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi. Pada masa itu, PMRAM bertindak sebagai bapa dan ibu. Saban waktu, Badan Pengurus PMRAM ( BP PMRAM ) meluangkan masa demi melihat kebajikan ahli terpelihara. Adat hidup bermasyarakat, maka PMRAM telah mangambil langkah menubuhkan Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah (DPPM). Penubuhannya bertujuan mengeratkan lagi kesatuan bagi menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

Tidak lama selepas itu, pertambahan mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar semakin menggalakkan. Kemasukan baru sesi 1993/94 seramai 112 orang yang terdiri daripada 32 siswa dan 80 siswi. Di sinilah bermulanya era kematangan bagi DPPM setelah menimba sedikit sebanyak pengalaman daripada PMRAM dan pihak-pihak lain. Pada awal Mei 1994 mahasiswi Mansurah menerima banyak kemudahan dengan perpindahan kuliah ke bangunan baru di Toiron yang berhampiran dengan petempatan mereka.

Sesi 94/95 delegasi ketiga seramai 42 orang terdiri daripada 8 siswi, DPPM mula menuju kematangan dan kesesuaian. Bermula pada sesi ini DPPM dikenali dengan nama baru iaitu "Dewan Perwakilan Mahasiswa-mahasiswi Mansurah (DPMM)". Dewan Syeikh Jadul Haq di Mahattah Utubis Dauliyah dan Dewan Persada Jazirah Al-Ward berhampiran Mauqaf Utubis Jadid mula beroperasi pada penghujung tahun 1995.

DPMM tidak menerima sebarang mahasiswa/wi dalam tahun 95/96. Walau bagaimanapun DPMM tidak ketinggalan mengeluarkan graduan sulungnya seramai 6 orang siswi pada sesi ini. Bermula sesi pengajian 96/97 Al-Azhar cawangan Mansurah membuka ruang sekali lagi untuk menerima penyambung mata-rantai perjuangan seramai 25 siswa dan 121 siswi. Rentetan daripada itu, tahun 1997 DPMM telah melahirkan 56 graduan keduanya, termasuklah 6 orang di antara mereka mampu merangkul pangkat jayyid.
Lambaian fajar baru sesi 97/98 Al-Azhar Mansurah menjemput seramai 200 mahasiswa/wi, mencapai bilangan sedikit mengejutkan. Namun DPMM tetap tabah meneruskan perjuangannya untuk mencerlangkan lagi kebajikan ahlinya. Diikuti dengan kehadiran tetamu baru sesi 98/99 seramai 120 orang mahasiwa/wi.

DPMM melangkah gagah meneruskan perjuangan, menongkah kehadiran alaf baru sesi 2000/2001 dengan menerima jumlah kehadiran yang agak besar menjangkau 285 orang mahasiswa/wi. Jumlah tersebut mencatat sejarah bagi DPMM sejak penubuhannya. Musafir perjuangan yang berjaya melepasi awan biru ke bumi penuh barakah untuk meneruskan kembara yang masih jauh.

Tirai milenium baru 2001/2002 menyaksikan kehadiran majoriti mahasiswa/wi muadalah yang menyambung pelajaran ke tahun 3 dan tahun 4 . Tahun ini sekali lagi DPMM telah mencatat sejarah dengan kehadiran generasi pertama Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Seramai 133 orang mahasiswa/wi telah diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mansurah.

Sesi 2002/2003 menyaksikan ketibaan 120 orang pelajar baru yang bertandang ke bumi Mansurah. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, kehadiran rakan-rakan seperjuangan dari tanah air diharapkan dapat membentuk kekuatan untuk mejana kewibawaan mahasiswa sebagai tujang masyarakat selepasa pulang ke tanahair. DPMM sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengembara ilmu yang dahagakan “khazanah” di Ardil Kinanah.


 

 

     
  © Hakcipta terpelihara DPMM 2003

 

Menu

Muka Utama
Naik ke atas