Hudud Menafi Hak dan Menganiaya Wanita?

(Jawapan Terhadap Kekeliruan Wanita)

Oleh : Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman

Jab. Feqh & Usul Feqh,
Universiti al-Yarmouk Jordan
Email : zaharuddin@yahoo.com

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh mukiminin dan mukminat yang menurutinya jejak langkahnya dgn kebenaran.

 

Penulisan ini akan menjawab persoalan berikut:

  1. Mengapa persaksian wanita dlm kes zina tidak diterima, adakah hak mrk dinafikan dlm hukuman Islam?
  2. Adakah wanita yang mengandung tanpa suami akan dikenakan hukuman hudud walaupun ia dirogol?
  3. Apa itu ta’zir ? Adakah hukumannya setimpal dgn kesalahan pelakunya.?
  4. Adakah wanita yang dirogol teraniaya, akibat dikenakan hukuman Qazf apabila ingin menuduh perogolnya?
  5. Sekiranya kesalahan melibatkan hudud berlaku di asrama jururawat, bilik air wanita dan seumpamanya, adakah pesalah zina dan lainnya akan terlepas serta tidak dikenakan hudud ke atas pesalah zina krn semua saksi adalah wanita.?
  6. Bagaimana jika tiada bukti langsung .?

 

 

PERSAKSIAN WANITA DALAM KES ZINA DAN  HUDUD LAIN SERTA QISAS.

 

Perlu diketahui bahawa Jenayah zina  telah sepakat dikalangan ulama boleh thabit dari dua perkara :

a)       Pengakuan daripada penzina (الإعتراف)  atau Iqrar.

b)   Bukti yang jelas ( البينة) iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sbg pembohong dan adil.(al-Feqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)

 

Bgmnpun ulama berselisih pendapat dlm persoalan saksi perempuan dalam kes zina ini. Terdapat 2 pendapat dlm hal ini :

a)       Jumhur ( Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyah, Hanabilah) : Tidak harus wanita menjadi saksi dlm hal ini serta tidak diterima penyaksian mereka. (Rujuk Al-Hidayah 3/116, Al-Ikhtiyar 2/140; Tabsirah al-Ahkam Ibn Farhun, 1/264 ; Bidayah al-Mujtahid, 2/464 ; Rawdah at-Tolibin 9/29 ; Mughni al-Muhtaj, 4/441 ; ashbah wa an-Nazair  As-Sayuti , ms 260 ; Al-Mughni Ibn Qudamah, 12/5 ; Kassyaf al-Qina’, 6/433 ; At-Turuq al-Hukmiah Ibn Qayyim, 219)

 

b)      Ato’ Bin Abi Rabah, Hammad (guru Imam Abu Hanifah) serta mazhab Zohiriyah : Harus wanita menjadi saksi, iaitu spt 3 lelaki dan 2 wanita , atau 2 lelaki dan 4 wanita, atau seorg lelaki dan 6 wanita.

Malah Ato’ Bin Abi Ribah mengatakan “ sekiranya  8 wanita adil memberikan persaksian terhdp wanita lain dgn zina, nescaya aku akan menjatuhkan hukuman” ( Lihat Turuq al-Hukmiyah, Ibn Qayyim, ms 207)

Iaitu dgn kaedah satu lelaki bersamaan 2 wanita, berdasarkan persaksian dlm hukum hakam harta.

Bagaimapun pendapat ini adalah syaz dan lemah. Penulisan in tidak akan mengemukan dalil mereka serta jawapan terdhdp dalil mrk.

 

Dalil Para Jumhur Ulama’ :

 

1. Firman Allah :  فاتستشهدوا عليهن أربعة منكم    

Mafhum : “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dgn empat saksi dr kamu” ( An-Nisa’ : 15)

 

Wajh ad-Dalalah (pendalilannya): perkataan ‘Minkum’ dlm  ayat adalah ditujukan kepada Lelaki, tidak termasuk perempuan di dalamnya. (Lihat al-Jami’ li ahkam al-Quran, Imam Qurtubi, 5/83)

 

2. Firman Allah : والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء

Mafhum : “Bagi mereka yang menuduh wanita2 baik (dgn zina) kemudian tidak membawakan empat org saksi” ( An-Nuur 4)

 

Wajh ad-Dalalah : Menurut kaedah bahasa Arab. Nombor 3 sehingga 9  apabila di ‘muannas’ kan maka ma’dud (perkataan selepasnya) adalah ‘muzakkar’. Maka Allah menggunakan kalimah ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dgn mua’annas lalu semestinya ia ditujukan kpd saksi lelaki.

 

3.  Firman Allah SWT : وأشهدوا ذوا  عدل منكم

Mafhum : Hendaklah kamu bersakasi dgn mrk yg adil dr kalangan kamu ( At-Talaq : 2)

 

Wajh ad-Dalalah : Sekali lagi perkataan ‘minkum’ ditujukan kpd lelaki dan bukan perempuan. Umum sebutan ini telah diterangkan oleh perbuatan Nabi SAW yang mana Nabi tidak menerima saksi wanita dlm hal hudud dan Qisas..

 

Menurut Imam Shihabuddin Az-Zuhri (Ulama’ besar Tabi’ al-Tabi’en) : Telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, sesungguhnya mereka tidak menerima penyaksian wanita dlm kes Hudud dan Qisas. ( Rujuk Nasb ar-Rayah, Imam Az-Zaila’ie , 4/79 ; Musannaf Ibn Abi Syaibah  4/128 Kitab an-Nikah )  

 

4. Sabda Nabi SAW : أربعة شهود أو حد على ظهرك

Mafhum : “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” ( Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili dr anas bin Malik)

 

MENGAPA PERSAKSIAN WANITA TIDAK DITERIMA?

 

Berikut adalah fitrah semulajadi yang ada dlm diri wanita (ia juga ada dlm diri lelaki tapi tidak sebyk wanita) yang menyebabkan persaksian mereka dalam hal Hudud dan Qisas menjadi ragu, lalu tidak diterima: Ringkasnya akibat aqal yang kurang, sifat lalai dan lupa serta tidak mampu menguasai perkara dgn tepat. (Al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 8/6044): Dalilnya seperti berikut:

 

a) Kekurangan aqal wanita ini disebut oleh Allah SWT yang menciptakannya iaitu:

 

Firman Allah : فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان..) ….)

Mafhum : “Dalam kes hutang…Hendaklah kamu bersaksi dgn seorg saksi atau dua org sakasi lelaki ( dlm menulis hutang) maka sekiranya tidak ada dua lelaki, maka cukuplah ada seorg lelaki dan 2 org perempuan..” ( Al-Baqarah : 282)

 

Ayat ini jelas menunjukkan wanita sememangnya dijadikan kurang aqalnya berbanding lelaki, iaitu diperlukan 2 orang wanita bg menyamai kemampuan aqal seorg lelaki (Lihat At-Tafsir al-Kabir, Imam Fakhr Addin ar-Razi, 4/16).

 

Hal ini juga disebutkan oleh Nabi SAW.: Mafhumnya : Dari Abdullah Bin ‘Umar ra “….Sesungguhnya kurangnya aqal wanita krn penyaksiannya 2 orang wanita menyamai seorg lelaki, maka inilah tanda kurang aqalnya, manakala ia duduk tidak solat dan serta tidak berpuasa pd bulan Ramadhan (ketika Haid), maka inilah tanda kurang agamanya.”(Riwayat Bukhari 2/941, Kitab As-Shahadat no hadith 2515 ;  Muslim 2/58 , Kitab Iman ; Abu Daud 5/59 ; Ibn Majah 2/1326 ; Ahmad 7/186 )

 

b) Sifat lalai serta lupa yg wujud dlm diri wanita ciptaan Allah. Disebut dalam frimanNya :

 

أن تضل إحداهما فتذكر إحداهما الأخرى

Mafhumnya : “…maka apabila seorg darinya (saksi wanita) itu lupa maka yg seorg lagi akan mengingatkannya” ( Al-Baqarah : 282 )

 

Selain menyebutkan tentang sifat lupa wanita teruatama dlm hal penyaksian, ayat di atas juga memberikan hukum bhw penyaksian wanita diterima dlm hal kewangan dan harta. Cuma dlm hal Hudud dan Qisas, penyaksian mrk ditolak krn hal ini memerlukan ketepatan dan mengelakkan campur tangan perasaan wanita yang amat cepat bergolak maka, Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar  serta dituruti Jumhur ( Majoriti) ulama’ Islam TIDAK MENERIMA PENYAKSIAN WANITA DLM KES HUDUD DAN QISAS, TETAPI MENERIMA DLM KES HARTA, MELIHAT ANAK BULAN, PENYUSUAN DAN BEBERAPA YG LAIN.

 

c) Tidak diterima penyaksian wanita dlm kes hudud dan qisash krn ia melibatkan tubuh, badan, nyawa dan kematian, maka para ulama’ sepakat menyatakan ia tidak sesuai dgn fitrah wanita utk menelitinya juga tidak sesuai utk diminta campur tangan dlm perkara sebesar ini. (Lihat al-Ma’unah, Al-Qadhi abd Wahab, 3/1385). Yang mana kesannya amat besar.

 

Ia adalah seperti hak menjatuhkan talaq yg hanya terletak pd lelaki, menurut aqal yg sohih, sekiranya diletakkan kuasa kpd wanita nescaya akan tersgt mudah wanita menjatuhkan talaq, ini adalah krn sifat semulajadi ciptaan wanita yg amat cepat sensitive dan terkesan dgn persekitaran. Maka akibat sifat2 yang diketahui melalui Nas Al-Quran dan hadith2 Nabi, wanita tidak boleh dijadikan saksi dlm kes berat spt hudud qisas. Jika melibatkan wanita maka persaksian tersebut menjadi syubhat (ragu) krn bimbang persakasian dibuat bukan krn kebenaran tetapi perasaan dsbgnya. Lalu Hudud tertolak dgn adanya syubhat.

 

Penyaksian selain hudud diterima krn hal yg disebutkan di atas masih boleh menerima ‘zann yang kuat’ (sangkaan yg kuat), penyaksian wanita boleh sampai ke tahap itu tetapi tahap ini dikira syubhat dlm hudud dan qisas, ia tidak boleh diterima.

 

Adakah ini mengenepikan Haq wanita?

 

Sudah tentu tidak, benar pernyataan “Persaksian bukan hak tetapi tanggungjawab” kerana itulah wajib bg mereka yg mempunyai bukti utk ke hadapan hakim menerangkan dalil dan haram hukumnya tidak memperbuat demikian dan haram juga sesiapa yang menghalang saksi dr memberikan penyaksiannya. Ini disebut dlm Al-Quran Surah at-talaq ayat 2 dan al-baqarah ayat 282. serta 283. Justeru ia wajib menurut  Syafiyyah, Zohiriyah dan Ibn Farhun Al-Maliki. Manakala Mazhab lain menyatakan Fardhu Kifayah. (Rujuk al-Muhazzab 3/435 ;  Fath al-Wahab 2/392 ;  al-Muhalla Ibn Hazm 8/526)

 

Jelas, ia tidak mengenepikan hak wanita, bahkan ia menjaga hak wanita, iaitu dgn mengtaklifkan wanita hanya yg dgm perlkara yang dimampui oleh mereka, bertepatan dgn kelayakan dan kesesuaian fitrah wanita.

 

Persoalan:  Contoh : kalau berlaku di asrama jururawat, adakah pesalah zina akan terlepas serta tidak dikenakan hudud pesalah zina semua saksi adalah wanita.?

 

Sekiranya jenayah bunuh, pukulan hingga cedera (iaitu semua kes yg melibatakan hudud dan qisas) juga zina, berlaku di bilik air wanita atau perkara yang melibatkan urusan dalaman wanita spt kelahiran, tanda dara, aib pd kemaluan wanita, kecederaan di tempat ‘aurat dan yg seumpama dgnnya, yang mana kesemua tempat tersebut tidak mungkin boleh dilihat lelaki atau terdpt lelaki, penyaksian wanita dlm hal ini terdapat perselisihan di kalangan ulama’ :

 

a)       Penyaksian mereka tetap tidak diterima, cukup sekadar ta’zir.  Demikian pandangan Ulama Hanafiah. (Al-Mabsut, As-Sarakhasi 16/ 136 ; Hashiyah Ibn ‘Abidin 8/195 )

b)      Diterima penyaksian wanita ketika itu akibat dharurat. Iaitu di tempat atau keadaan yg tidak mungkin dilihat atau terdptnya lelaki. Dan disyaratkan terdpt 4 org paling kurang sbg saksinya menurut Mazhab Syafie, seorg menurut mazhab Hanafi, ada juga yg mengatakan 2 org.  Demikianlah pandangan Mazhab Malikiyah, Syafi’yyah dan Hanabilah yang lebih shohih. (Kassyaf al-Qina’, 6/436 ; Ar-Rawd al-Murabba’ 7/614) . Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam Az-Zuhri berkata : Telah berlalu sunnah bhw harus penyaksian wanita dalam perkara yg tidak boleh dilihat kecuali oleh wanita, spt kelahiran dan keaibannya dlm mereka” (Musannaf Abd Razak, Musannaf Ibn Abi Syaibah, lihat Nasb ar-Rayah 4/80 – di naqal drpd Al-Feqh al-Islami wa adilatuhu, 8/6045) Pandangan ini ditarjihkan (dianggap sesuai dan lebih waqi’e) oleh Prof. Dr Fathi Uthman Al-Qafa dari Universiti Al-Azhar.

 

Bgmnpun ulama’ tidak pula menyebut persoalan asrama wanita,  qias antara maslahat wanita di atas mungkin diguna pakai dalam hal asrama wanita. Wallahu a’lam.

 

Begitupun, paling kurang, pesalah tidak akan terlepas, hukuman ta’zir akan dilaksanakan  kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dgn bukti2 yg dikemukan, malah hukuman ta’zir boleh mencecah tahap yang lebih berat dr hudud malah sehingga ke tahap BUNUH, demikian menurut pandangan Mazhab Hanafi iaitu apabila diyakini mafsadah (keburukan) akan merebak sekiranya tidak dilaksanakan hukuman Ta’zir dgn bunuh. 

 

Lalu tidak ada ruang bg mengatakan wanita diketepikan dlm Islam, bahkan penyaksian beramai2 tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah, lalu perbicaraan dan bukti2 dibawakan. Ianya boleh thabit dan si pesalah dijatuhkan hukuman menurut peruntukan hudud ( bg yg menerima pandangan kumpulan kedua) atau paling kurang melalui peruntukan ta’zir. Bukannya si pesalah akan terlepas begitu sahaja krn disaksikan oleh wanita.!.

 

Penjelasan Berkenaan Hukuman Ta’zir

 

Takrif  Ta’zir

 

Menurut Ulama’ Hanafiah : Ta’dib ( Hukuman Pengajaran)  selain Hudud. ( Fath al-Qadir, Ibn Humam 5/112 ; At-Ta’rifat , Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin 3/117)

 

Menurut Malikiah : “Hukuman yang tiada had tertentu drpd Allah, ianya dijatuhkan krn ma’siat yg dibuat kpd Allah ataupun mencabul hak manusia” ( Al-Syarh al-Kabir, Ad-Dardir 4/354)

 

Menurut Syafi’iyyah : Hukuman Pengajaran ke atas dosa seseorg, dan bukan kaffarah (Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini , 4/191 )

 

Menurut Hanabilah : Hukuman yang disyariatkan  ke atas jenayah yang tiada peruntukan hudud padanya ( al-Mughni, Ibn Quddamah, 8/324 )

 

Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan) di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu ( ayat 24 surah An-Nisa’,  serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat Bukhari dan Muslim) , dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan at-Tirmizi) , dari Muadz Bin Jabal (riwayat Ahmad , al-Hakim dan Nuruddin al-Haithami dlm Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti).

 

Kadar Hukuman Ta’zir

 

Terdapat 4 jenis hukuman yang utama, bgmnpun kadarnya diperselisih di kalangan ulama.

 

1.     Sebatan atau pukulan

               Bilangan sebatan diperselisihkan di kalangan ulama’ spt berikut:

 

a)       Tidak boleh lebih dari 10 pukulan shj. Ini adalah pandangan Imam Ishak Rahawaih, Al-Laith bin Sa’ad, Setengah ulama’ Syafie spt al-Balqini dan al-Adzra’ie, majority ulama’ Hanbali dan Zohiri.

 

b)      Harus lebih drpd 10 sebatan dlm ta’zir, tetapi kurang dari kadar hudud. Demikian pandangan Jumhur Hanafiah, pendapat yang lebih tepat bg mazhab Syafi’e dan salah satu riwayat dr Imam Ahmad.

 

         Semua mazhab mempunyai dalil tersendiri yang panjang untuk didedahkan disini.  Pendapat yang  ditarjihkan ( dianggap terkuat) oleh Prof. Dr  Abd Fatah Idris ( Prof. Feqh Perbandingan di Universiti Al-Azhar dan kini mengajar di Universiti al-Yarmouk) adalah pandangan mazhab pertama iaitu sebatan tidak melebihi 10 sebatan.

 

         Kekuatan pukulan adalah dgn pukulan yang kuat, demikian menurut mazhab Hanafiah malah lebih kuat drpd pukulan hudud zina. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 )

 

         Manakala pandangan Jumhur dari Mazhab Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah menyatakan sebaliknya. (Pukulan yg tidak mencederakan). Bgmnpun pendpt Hanfiah disokong oleh tindakan oleh Saidina Umar yang memukul dgn kuat semasa menjatuhkan hukuman ta’zir. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117  Ad-Durr al-Mukhtar 3/178). Justeru, pandangan Hanfaiah lebih tepat sekiranya pukulan biasa tidak mampu memberi pengajaran kpd si penzina dan penjenayah. Krn matalamat pukulan ini  adalah pengajaran.

 

2.           Kurungan atau penjara

Mazhab Jumhur (Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) menyatakan harus memenjarakan atas nama ta’zir, serta tidak ditetapkan kadar masanya. Ia bergantung kpd tercapainya matlamat pengajaran terhdp si pesalah. (Rujukan yg sama ) . Hal ini berdalilkan kdp Hadith  dari Bahaz bin Hakim (riwayat Al-Hakim, Abu Daud(3/314) , An-Nasaie(2/255), At-Tirmidzi (4/28) ) dan dari Abu Hurairah (riwayat al-Hakim 4/102) dan dari Yahya Bin Said al-Ansari.

 

3.           Rampasan harta

Hal ini juga diperselisihkan di kalangan ulama’ . Pandangan yang lebih kuat menurut Prof. Dr Abd Fatah Idris setelah meneliti setiap dalil adalah, harus mengambil harta pesalah atau menghapuskan pemilikan harta pesalah sbg ta’zir. (Lihat Ahkam at-Ta’zir, hlm 85)

 

4.           Hukuman Bunuh.

Mazhab Jumhur (Maliki, Syafi’e dan Hanbali serta Zohiri)  : TIDAK HARUS menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah. Melalui peruntukan hukuman ta’zir.

 

Mazhab Hanafi : Iaitu hukuman bunuh boleh dijatuhkan bagi kesalahan yang berat spt Zina berulang2 kali, iaitu dijatuhkan secara politik. Atau mencuri berulang2 sehingga membawa kemudaratan yang besar. Dan yg seumpama dgnnya. (Fath al—Qadir, 5/113 ; Radd al-Mukhtar 3/180)

 

Prof. Dr  Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Feqh Muqaran dari Univ. Jordan dan Univ. al-Yarmouk, lulusan Phd Univ. al-Azhar thn 1978) mentarjihkan pandangan yang mengharuskan ta’zir ke tahap bunuh bila ada maslahat. Hukuman ini sebenarnya biasa menurut perundangan sivil yg ada skrg ini, spt menjatuhkan hukuman mati mandatory bg pengedar dadah, atau pembocor rahsia negara kpd musuh.tetapi perlu diingat menurut Islam mendedah dan menegur kesalahan pemimpin negara yg dianggap rahsia bukanlah bermaksud membocor rahsia negara!.Berdasarkan hadith Nabi yang membenarkan merebut kuasa ( dgn cara mendedah kejahatan pemimpin agar rakyat tidak terpedaya)

 

Ini berdasarkan Hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid dari Ubadah bin Somit r.a. katanya: “Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang jelas) yang kami mempunyai alasan disisi allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Haq dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836) dlm riwayat Ibn Hibban disebut. Apabila jelas pemimpian mengajak kamu ke arah kemaksiatan. ( al-Minhaj syarh Shohih Muslim, Imam An-Nawawi)

 

Ta’zir2  yang lain spt berikut :

a.             Buang negeri/daerah.

b.            Diruntuhkan rumahnya.

c.             Dikeluarkan dr rumahnya.

d.            Diiklankan sbg pelaku maksiat atau jenayah atau saksi palsu kpd umum.

e.             Dicat hitam wajahnya atau disapu tepung dsbg.

f.              Dicukur rambutnya.

g.            Diikat hidup2 dgn diberi makan dan minum dan hak utk solat . Tetapi tidak lebih 3 hari.

h.            Dipulaukan.

 

Demikianlah antara bentuk lain ta’zir yang disebut di dlm kitab feqh bg keempat mazhab. (  Rujuk Fath al-Qadir, 5/112 ; Ad-Durr al-Mukhtar 3/178 ; As-Syarh al-Kabir Ad-Dusuqi 4/141 ; Jawahir al-Iklil 2/296 ; Mawahib al-Jalil 4/381 ; Rawdah al-Tolibin, 10/174 ; Muhgni al-Muhtaj 4/192 ; Al-Mughni Ibn Qudamah 8/236 )

 

 

PERSOALAN2 BERKAITAN WANITA TERANIAYA

 

Berikut ingin diperjelaskan beberapa persoalan yang sering kedengaran di kalangan wanita awam di Malaysia :

 
Persoalan Pertama

 

Perempuan yang hamil / lahirkan anak tanpa suami boleh dijadikan qarinah (tanda) perbuatan zina dan boleh didakwa melakukan zina kecuali beliau boleh kemukakan bukti bahawa dia tidak berzina.

 

Ada yang mengatakan: “ Ini jelas menganiayai wanita - sudahlah hamil kena tuduh zina pula dan dikenakan hukuman.”

 

Penjelasan:

Ini tidak benar, hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya wanita tersebut mengaku berzina, lalu hukuman thabit dgn iqrar atau pengakuan. Tetapi sekiranya wanita ini menyatakan bhw ia dirogol (tanpa menuduh sesiapa) atau tidak sedarkan diri semasa berlaku hubungan seks itu akibat termakan ubat tidur berlebihan atau apa jua kenyataan yang menolak bhw dia berzina. Maka Hukuman hudud TIDAK BOLEH DIJALANKAN SAMA SEKALI. Walaupun wanita tersebut menipu. Ini adalah krn berlaku syubhat (ragu) dlm pen’thabit’an jenayah zina nya. Justeru, perbicaraan akan dilakukan sbgmn perbicaraan mahkamah syariah. Hukuman akan diputuskan berdasar dalil2 dlm perbicaraan. Sabda Nabi SAW :

 

إدرأوا الحدود بالشبهات, إدفعوا القتل عن المسلمين ما استطعتم

 

Mafhum : “Tertolak pelaksanaan Hudud dgn adanya keraguan, cubalah sedayamu untuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Muslim ” (Ibn ‘Adi dari Ibn Abbas, Musaddid dlm musnadnya mawquf atas Ibn Mas’ud.  Hadith di dalam bab ini terdpt yg mawquf dan dhoif pd sanadnya, bgmnpun menurut Imam As-Syawkani, byknya jalan periwayatan hadith yang sama maknanya menyebabkan ia boleh digunapakai sbg hujjah, juga melihat bhw ia telah diamalkan oleh Saidina Umar dan Saidina Uthman ra – Nailul Awtar, 7/117, cet Dar al-Khair)

 

Jelasnya, wanita tidak langsung dianiaya dlm hal ini, tidak pula dgn mudah dilepaskan, krn telah mempunyai tanda hamil tanpa suami.maka semestinya telah berlaku hubungan seks di luar nikah. Kalau thabit ia dirogol, maka sudah tentu tidak dijatuhkan hukuman. Tapi kiranya gagal menolak qarinah (bukti) ia berzina ( krn Hamil tanpa suami ) dgn sbrg dalil yg kuat, barulah ia akan dikenakan hukuman, iaitu dgn ta’zir.

 

Malah sekiranya thabit dia berzina dgn qarinah dan baiyinah, maka hukuman hanya akan dijatuhkan selepas bersalin, Ini jelas dr perbuatan Rasullah SAW yang tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas wanita yang mengaku berzina dan minta utk direjam, sehinggalah wanita tersebut selesai melahirkan kandungannya, malah Rasul juga mengambil berat tentang hal penyusuan anak yang dilahirkan itu. Iaitu hanya selepas seorg lelaki bersedia mengurusakn hal penyusuan bayi tersbeut, barulah Rasulullah melaksanakan hukuman rejam.  (Hadith ini daripada Sulaiman Bin Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar 7/123) . Ia merupakan hadith yang shohih. Begitulah betapa toleransinya Islam.

 

 

Persoalan Kedua 

 

Timbul dari Kesalahan qazaf perkara 9 (1). Dlm Sebahagian daripada(Draf) Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)

 

Mereka mengatakan : Kalau tak ada bukti alangkah teraniaya wanita itu. Iaitu tidak dpt menuduh lelaki yang dikenalpasti  merogolnya. Akibat tidak mempunyai 4 saksi.

 

Sbgmn tercatat d dalam Enakmen Hudud yang di bawakan oleh Kerajaan Terengganu iaitu :

 

BAHAGIAN III

 

QAZAF

 

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.”( Surah al-Nur, 24 :4)

 

 

 

Qazaf

 

7. (1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina.

 

    (2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara yang nyata seperti menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.

 

    (3) Pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf  melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.

 

    (4) Sesuatu pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seseorang atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan itu atau jika keterangan itu diberi keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf.

 

Hukuman Qazaf

 

8.       Sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu.

 

Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf

 

9. (1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendaki oleh syarak berkait dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong dakwaannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

 

      (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.          - TAMAT

 

 

Penjelasan Terhdp Persoalan Di atas:

 

Persoalan menuduh individu tertentu sbg perogol atau berzina adalah kesalahan yang serius di dalam Islam. Malah Islam meletakan Maruah di dalam salah satu Dhaaruriyat al-Khams ( Lima keperluan asasi yang mesti dijaga) di dalam Islam. Manakala menuduh sesorg zina tanpa bukti adalah salah satu drpd tujuh dosa besar : Sbgmn Sabda Nabi dlm hadith daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (Rujuk talkhis al-Khabir, Ibn Hajar , Naylul Awtar 7/252).

 

Justeru, Tidak ada sesiapa boleh menuduh zina seseorg yang lain tanpa mengemukakan 4 org saksi lelaki adil yg melihat dgn jelas kejadian zina atau rogol berlaku, sehingga mrk dpt melihat sbgmn pen dimasukkan kdlm tutup pen. Barulah boleh dianggap saksi. Jika sekiranya hanya ‘berbaring di atas’ tanpa dpt melihat yg dinyatakan tadi, maka  tidak dianggap saksi.

 

Perkara ini sememangnya sukar, krn Hudud tidak boleh dilaksanakan walaupun terdpt hanya 1 % keraguan. Tetapi ini tidaklah bermakna si pesalah boleh berseronok tanpa hukuman, kerana, jika jenayahnya ‘thabit’ melalui bukan jln saksi, ia akan dikenakan ta’zir sbgmn yg telah diterangkan bentuk2nya tadi. Bukankah ta’zir juga cukup berkesan utk mengajar dan menghukum si pesalah.

 

Cuma, wanita tanpa mempunyai saksi, tidak dibolehkan menuduh sesiapa kecuali dgn kaedah membawa bukti2 ( qarinah2) terkuat mengikut cara perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Tanpa melakukan tuduhan rambang, terbuka kpd umum dsbgnya, krn ia mungkin tersilap lalu menyebabkan maruah yg dituduh tercalar  teruk pd pandangan umum. Dgn membawa bukti2 itu ke muka pengadilan, wanita tersbeut tidak dikenakan qazf. Ini jelas disebut di dalam enakmen di atas, Perkara 9(2). Iaitu ayatnya “dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.” JELASNYA WANITA TIDAK TERANIAYA LANGSUNG.

 

Bagaimanapun, perlu diingat, brp ramai pula hari ini, muncul wanita yang berzina dgn teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdpt juga wanita jahat yang diupah dsbg, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh diri nya dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dgn adanya hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang.

 

Maka,  keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua2 pihak, samada pihak wanita yang dicabuli (dgn hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yg mencabulinya) dan pihak lelaki ( boleh dithabit hanya dgn 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua2 belah pihak tanpa sedikit pun menzalimi mereka.

 

Apa itu Qarinah ?

 

Bukti2 ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu qarinah yang kuat dan yang lemah. Qarinah yang kuat, cukup utk mengharuskan hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128) . Di dunia hari ini contoh qarinah spt kesan air mani, bulu2, darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya sabit, ia cukup utk dilaksanakan ta’zir. Bgmnpun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bg menthabitkan hukuman krn minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah.

 

Bagi mereka yang menyatakan : “Bgmn Jika tiada bukti?”

 

Maka soalan ini sepatutnya ditujukan juga kpd undang2 yang ada hari ini, adakah undang2 yang ada hari ini membenarkan si lelaki dijatuhkan hukuman tanpa bukti.? Maka mengapa ingin disalahkan hukuman Islam kerana memerlukan bukti, tanpa dilihat semua undang2 memerlukan bukti untuk dithabitkan kesalahan. Hanya undang2 rimba ciptaan manusia tertentu, tidak memerlukan bukti atau cukup dgn saksi pembohong. Telah disebut tadi bahawa qarinah( bukti) boleh didapati dgn mudah bagi mereka yg dirogol spt air mani, air liur, cap jari dsbgnya. Adalah sukar utk tidak  meinggalkan tanda secara total.

 

KESIMPULANNYA :

 

  1. Penyaksian wanita tidak diterima hanya dlm kes hudud dan Qisas atas sebab fitrah semulajadi yg dijadikan Allah SWT. Ia juga diakui oleh Nabi SAW. Ia adalah sebenarnya suatu keadilan iaitu melatakkan wanita hanya di tempat yg mampu baginya.Bgmnpu penyaksian wanita diterima dlm perkara harta dan beberapa yg lain.
  2. Hudud tidak akan dikenakan ke atas wanita yg mengandung tanpa suami, sekiranya ia menyatakan ia dirogol, krn syubhat, tetapi hukuman haqiqi di akhirat adalah terlebih amat berat, kiranya ia berbohong.
  3. Wanita yg dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sbg perogolnya, kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya tiada bolehlah wanita membawa bukti2 lain yang ada ke muka pengadilan, tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum qazaf lalu disebat dgn 80 sebatan tanpa cedera.
  4. Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak mempunyai 4 org saksi, tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut kadar keseriusan jenayahnya (kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dgn bukti2). Hukuman Ta’zir juga cukup berkesan dlm menghukum pesalah.
  5. Wanita langsung tidak teraniaya dan dizalimi dalam peruntukan hukuman hudud, demikian juga lelaki yang diberi hak seadilnya.
  6. Mereka yang sering memprtoes hukuman Islam ini tidak lain hanyalah akibat kurang ilmu dan kefahaman atau kerana benci terhdp Islam atau  kurang imannya. Juga akibat sebab2 politik sempit perkauman tanpa di dasari Islam.
  7. Sebenarnya protes terhdp hukuman hudud, (kononnya menganiaya wanita dirogol dan hak wanita) adalah isu lapuk dan tradisi pemimpin kerajaan, ia dibuat akibat benci dan jahil terhdp kandungan Perundangan Islam. Padahal, lebih utama jika mrk selaku pemimpin negara membanteras sebab2 berlakunya jenayah rogol dlm masyarakat Malaysia yang semakin menggila kadarnya. Bukankah itu lebih relevan dgn tugas mereka.?!

 

Demikianlah perbincangan serba ringkas tetapi cuba dipadatkan, semoga memberi menfaat utk semua golongan yang masih merasai rungsing dan tidak yakin dgn hukuman adil ciptaan Allah Rabbul Jalil, ia hanya diolah dlm bentuk perundangan semasa oleh panel khas yang pakar lantikan kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, terdiri drpd kumpulan ulama’ dan cendiakawan bertauliah.

 

Akhirnya, Islam tidaklah beria2 menggalakkan umatnya dijatuhi hukuman hudud jika tidak mempunyai kepastian 100 % , ini dijelaskan oleh Nabi SAW :

 

إدرأوا احدود عن المسلمين ما استطعتم فإن وجدتم للمسلمين مخرجاً فخلوا سبيله, فإن الإمام لأن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Mafhum : Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud keatas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dlm menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi , al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdpt dhoif dlm sanadnya tetapi mempunyai byk cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud.Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

 

Segala yg baik dan benar hanya dari Allah SWT, yang silap dtgnya dari kelemahan diri, penulisan ini terbuka untuk menerima komentar kiranya terdpt kesilapan.

 

Al-Faqir ila afwi rabbih,

1 Jamadil awal 1423 H

12 Julai 2002 , Irbid, Jordan