Soalan yang ditanya oleh wartawan

  1. Adakah pelaksanaan Hudud dan Qisas berlainan apa
    yang kita dengar di Afghanistan terutama cara puak
    Taliban, kerana ada orang takut undang-undang hudud
    ini sama malah kerajaan (BN) telah menyamakan
    kedua-dua hukum ini ... ?
  2. Sebagaimana Dato' Seri beritahu, apa yang telah berlaku
    di Afghanistan, kerajaan sekarang yang masih lemah dan
    tidak memberi keamanan dengan kehadiran beberapa kes
    seluruh negara Afghanistan. Apakah pandangan Dato'
    Seri selepas proses yang Dato' Seri terangkan tadi,
    apakah rasionalnya untuk mengadakan hukum ini di
    suatu negara seperti Malaysia yang berbilang kaum dan
    berbilang agama....
  3. PAS telah dikaitkan dengan kejadian 11 September,
    ahli-ahli PAS setengahnya telah ditahan. Ada atau tidak
    pihak PAS atau Dato' Seri sendiri menyokong apa yang
    dikatakan militan-militan yang mahu mengadakan Darul
    Islamiah daripada Filipina sehingga ke Indonesia dan juga
    selatan Thailand. Adakah PAS menyokong persetujuan
    itu.... ?

Hudud PAS = Hudud Taliban... ?

[Perlu difahami Taliban itu adalah pelajar-pelajar agama bukan
pakar agama, mereka adalah di kalangan pemuda-pemuda
yang bangkit menentang penyelewengan kerajaan dahulu di
Afghanistan, dan mereka membuat perubahan secara spontan
yang tidak terancang dan mempunyai kelemahan, kerana tidak
mengikut prosedur serta proses yang betul. 

Hukum Islam adalah hukum yang adil dan baik diterima
manusia apabila dilaksanakan. 

Keadaan berbeza di Kelantan dan Terengganu di mana
langkah yang diambil bukan sahaja dikalangan pakar-pakar di
dalam PAS tetapi melibatkan kalangan akademik dan
profesional dalam bidang undang-undang. Antaranya bekas
hakim, seperti Tun Salleh Abas, peguam dan kalangan
akademik iaitu Prof Dr. Ahmad Ibrahim dan Prof Saidon Awang
Osman. 

Walaupun kedua-dua orang ini (Ahmad Ibrahim dan Saidon)
sudah diminta di peringkat awal supaya meletak jawatan tetapi
mereka telah memberi semangat yang besar. 

Kita mempunyai juga Tuan Haji Idris yang juga penggubal
undang-undang di Jabatan Perdana Menteri di bawah Perdana
Menteri sendiri. Yang mana telah berhenti dan seterusnya
melibatkan diri dengan kerajaan PAS di Terengganu. 

Kita juga melibatkan pakar-pakar dari semua kalangan. Oleh
kerana itu, sudah tentulah proses pelaksanaan yang berlaku di
Kelantan dan Terengganu sangat berbeza dengan apa yang
berlaku di kalangan Taliban yang digembar-gemburkan oleh
media barat. 

Bahkan saya difahamkan bahawa pihak kerajaan Taliban
sendiri telah berjaya mewujudkan keamanan di Afghanistan.
Apa yang tidak berjaya diwujudkan oleh kerajaan yang ada
pada hari ini walapun ada kelemahan dalam pelaksanaanya. ]

Back to Top

" Masyarakat Majmuk faktor halangan hudud ... ?

[Rasionalnya, kita perlu melihat kegagalan undang-undang yang
ada hari ini dalam membanteras jenayah dan maksiat, sebagai
contohnya undang-undang mengatasi masalah pengedaran
dadah di mana pengedar dadah akan dijatuhkan hukuman
bunuh mandatori. Sehingga hari ini pengedar dadah terus
meningkat sehingga tidak berjaya diturunkan. Masalah dadah
sudah menjadi masalah negara, maksiat meningkat sehingga
berlakunya sumbang mahram. 

Kadar jenayah juga meningkat sehingga rompakan berlaku
tiap-tiap minggu dan bulan, kecurian berlaku tiap-tiap malam.
Ini membabitkan anak-anak muda. Ramai yang takut hendak
menjadi pegawai keselamatan sekarang. Saya difahamkan
bahawa syaraikat-syarikat yang mengendalikan keselamatan
telah mengalami masalah mengambil pekerjanya. 

Ini adalah kegagalan undang-undang yang ada. Puncanya,
undang-undang ini tidak ada spiritual yang menggerunkan dan
menakutkan penjenayah. Di mana undang-undang hudud dan
qisas adalah undang-undang yang mempunyai aspek spritual
kerana terlalu susah untuk menjatuhkan hukuman seolah-olah
tidak boleh hendak dikenakan hukumnya kerana hudud, qisas
dan takzir memerlukan empat saksi. Hendak jatuh hudud terlalu
payah. 

Undang-undang ini menggerunkan, malah apa yang kita lihat
bukan sahaja perompak, pencuri, pembunuh malah orang yang
tidak merompak pun turut takut. Rakyat biasa berasa takut
walaupun mereka tidak buat salah. Inilah yang dinamakan
kehebatan undang-undang dan hukum hudud dan qisas. 

Di Terengganu, sejak kita mengemukakan draf undang-undang
dan belum lagi diluluskan apa yang berlaku kadar jenayah
sudah menurun kepada 51.07 peratus. Ini adalah kesan
kejayaan sesuatu undang-undang, bukannya berapa ramai
yang dijatuhkan hukuman. Kejayaan sesuatu undang-undang
ialah peratusan menurun dan menghapuskan jenayah sehingga
tidak ada orang yang dihukum, itulah kejayaan undang-undang. 

Rasionalnya mengapa undang-undang ini perlu dikemukakan
kepada masyarakat dan kita telah mengemukakan secara yang
betul melalui proses demokrasi, di mana drafnya dibentangkan
kepada umum. Tidak timbul ragu-ragu sebagaimana yang
ditimbulkan oleh kerajaan, kita terus kemukakan kepada orang
ramai supaya orang ramai membaca dan melihat dua aspek
utama iaitu yang pertama, dasar undang-undnag hudud dan
qisas dan yang kedua adalah teknikal dan persediaan
(bersedia). 

Kita melihat pandangan-pandangan dalam kritikan adalah
berhubung perkara teknikal, tidak dalam perkara lain dan inilah
satu kejayaan yang sangat besar. Misalnya undang-undang
bunuh, sebagaimana undang-undang yang ada hari ini
pembunuh dijatuhkan hukuman bunuh, undang-undang qisas
juga pembunuh dijatuhkan hukuman bunuh tetapi pengampunan
dalam undang-undang yang ada diberi hak kepada
pengampun. Berbeza pula dengan hukum Hudud dan Qisas
pengampunan diberi kepada keluarga mangsa bukan kepada
lembaga pengampun. 

Ini terdapat perbezaan dan kita melihat sendiri bagaimana
berlakunya sikap 'double standard' dalam pengampunan. Hari
ini misalnya menteri ataupun bekas menteri yang membut
kesalahan jenayah membunuh boleh diampun malah beberapa
orang lagi yang terlibat dalam kesalahan rasuah. Misalnya apa
yang berlaku, menteri dalam kerajaan BN telah membuat
kesalahan rasuah dan telah diampun, tetapi Lim Guan Eng
tidak diampun. 

Beberapa orang lagi di kalangan bukan melayu juga tidak
diampun kerana kesalahan mengedar senjata api telah
dijatuhkan hukuman bunuh. Mereka belum bunuh orang lagi
tetapi mereka memiliki senjata, ini pun tidak diampun. 

Ini berbeza dengan hukuman qisas iaitu hukuman yang adil
dalam menghadapi masalah jenayah. Sepatutnya masyarakat
mencari undang-undang alternatif tetapi mengemukakan
secara terbuka bukannya tersembunyi. 

Back to Top

Pas militan  ... ?

[Kita terus mengambil pendekatan cara demokrasi dan PAS
sepanjang masa menyertai pilihanraya sejak merdeka.
Sebelum merdeka 1955, PAS adalah parti pembangkang yang
pertama menang satu kerusi, dan PAS telah menang di
Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959. Kerajaan PAS
jatuh di Terengganu tahun 1961 kerana berlakunya rasuah,
politik wang, provokasi yang dibuat oleh BN. Dan kita sabar
dan terus menghadapi pilihanraya walaupun kalah hampir 40
tahun, terus juga masuk pilihanraya dan kita tidak pilih cara lain
malah kita sudah biasa dengan kekalahan. 

Begitu juga apabila kerajaan kita jatuh di Kelantan pada tahun
1978, kita tidak putus asa malah masih terus masuk
pilihanraya. Tidak ada proses lain iaitu kita tidak mengikut cara
Acheh, Selatan Thailand dan tidak ikut mana-mana negara
selagi ada demokrasi kita akan ikut saluran demokrasi
walaupun kita menunggu berpuluh-puluih tahun untuk menang. 

Ternyata Umno adalah parti yang tidak boleh menerima
kekalahan. Sekali dia kalah sedikit dia akan melenting. Pada
tahun 1969 apabila partinya merosot di kedah, Terengganu,
Kelantan, Selangor, Perak, Pulau Pinang maka Umno membuat
sesuatu. Iaitu peristiwa 13 Mei. Sepatutnya rakyat jangan lupa
sejarah ini, Umno adalah sebuah parti yang tidak jelas dalam
mendokong sebuah parti dan apabila dia kalah dia sanggup
menggunakan politik wang dan rasuah. Kita adalah satu parti
yang menggunakan saluran yang betul. 

Sehingga hari ini Umno tidak boleh mensabitkan PAS terlibat
dalam gerakan militan walaupun kita dapati berlakunya
provokasi yang dilakukan oleh Umno untuk mengaitkan PAS
dengan berbagai-bagai umpan. Sehingga hari-hari ini kita
dapat mengawal ahli-ahli kita dengan cara sebaik-baiknya. 

Dengan politik PAS yang dibawa, adakah Malaysia ini
hanya untuk orang Islam sahaja bukan kepada kaum
yang berbilang bangsa dan agama? 

PAS menerima realiti berbilang kaum dan berbilang agama.
Oleh kerana itu, PAS tetap berpegang kepada dasar
mengambil kira masyarakat majmuk yang berbilang kaum
dalam negara Malaysia. Oleh kerana itulah juga, tujuan hudud
dan Qisas kita menonjolkan aspek bahawa kita tidak ada
paksaan kepada penganut agama lain dan mereka dibenarkan
membuat pilihan sendiri. 

Kita telah membuktikan satu prinsip dasar dan pendekatan
dalam menangani masyarakat majmuk di Kelantan dan
Terengganu walaupun dalam jumlah yang kecil. Tetapi kita
mengambil kira penglibatan mereka dalam pentadbiran dengan
kita latih mereka menjadi ahli Majlis Daerah. 

Di Terengganu kita akan meminda perlembagaan negeri untuk
memilih calon dikalangan orang bukan Islam yang akan dilantik
oleh Dewan Negeri sekiranya tidak ada wakil rakyat yang
dipilih sama ada dari Barisan Alternatif atau BN dalam
pilihanraya.

Back to Top




Author information goes here.
dengan ehsan harakahdaily.net. All rights reserved.
Revised: July 30, 2002 .