*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  hizb@hizbi.net         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke iklan@hizbi.net     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: "Dr Ahmad Tajuddin Ibrahim" <ahmadt@um.edu.my>
To:  <dppkepong@yahoo.com>

 


 UMLIST:Kenyataan Media PKAUM

>
> PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA (PKAUM)
> Rumah Universiti, Universiti Malaya
> 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
>
>
>
> Kenyataan Media PKAUM
> Tarikh: 25 Julai 2002
>
>
> Pada hari Sabtu 20 Julai 2002, Menteri Pendidikan Malaysia telah
> mengumumkan mengenai dasar kembali semula pengajaran matapelajaran
> Sains dan Matemetik (S & M) dalam bahasa Inggeris. Proses ini akan
> dijalankan secara berperingkat selama enam tahun dengan universiti
> dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2005.
> Pertukaran dasar ini dikatakan untuk meningkatkan kecekapan pelajar
> dalam bahasa Inggeris. Ini dikatakan untuk memudahkan mereka bersaing
> dalam zaman globalisasi masa kini.
>
> PKAUM berpendirian bahawa:
>
> 1) Pengajaran S & M dalam bahasa Inggeris tidak semestinya
> meningkatkan kecekapan dalam bahasa Inggeris. Peluang untuk
> meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris adalah tidak mencukupi semasa
> pengajaran S & M. Ini diburukkan lagi dengan kekurangan pasarana dan
> guru pakar S & M  dan Inggeris terutamanya di luar bandar.
>
> 2) Pengajaran S & M dalam bahasa Inggeris tidak semestinya
> meningkatkan kecekapan dalam bidang Sains. Tidak ada bukti yang
> menyatakan pelajar akan lebih memahami ilmu Sains dalam bahasa
> Inggeris. Banyak negara dimana sistem pendidikannya tidak menguna
> bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan kebanyakan ahli sains
> tidak mahir dalam bahasa Inggeris, boleh maju dalam bidang sains.
> Sebaliknya, banyak negara bekas jajahan Inggeris dan Amerika, masih
> mundur walaupun keseluruhan sistem pendidikan mereka mengunakan
> bahasa Inggeris.
>
> 3) Kemahiran bahasa Inggeris boleh ditingkatkan dengan memperbaiki
> sistem pengajaran bahasa Inggeris yang ada sekarang. Ianya agak
> mustahil masih boleh terdapat pelajar tidak boleh bertutur, membaca
> dan menulis dalam bahasa Inggeris selepas 12 tahun belajar bahasa
> Inggeris, melainkan jika ada kelemahan-kelemahan besar dalam cara
> pengajaran dan peperiksaan bahasa tersebut. Ini yang perlu dibetulkan
> dan tidak lagi disorok-sorokkan.
>
> Dengan ini PKAUM mengesa pihak kerajaan Malaysia menimbang semula
> dasar kembali semula ke pengajaran dalam bahasa Inggeris, yang telah
> berdekad kita tinggalkan. Terutamanya, PKAUM ingin mengesa:
>
> 1) Pengajaran S & M dikekalkan dalam bahasa Malaysia.
> Jika tidak, sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini mertabatkan
> bahasa Malaysia sebagai bahasa keilmuan sains. Berkuburlah bahasa
> Malaysia saintifik. Tambahan pula, tidak ada kajian yang menyatakan
> pengajaran S & M dalam bahasa Malaysia tidak baik.
>
> 2) Pengajaran bahasa Inggeris diperbaikkan.
> Seperti telah dikatakan tadi, mustahil seseorang pelajar tidak boleh
> mahir dalam bahasa Inggeris selepas belajar selama 11 tahun (sampai
> SPM) melainkan jika sistem pengajarannya lemah. Masa yang
> diperuntukkan sekarang untuk pengajaran bahasa Inggeris di sekolah
> adalah lebih dari mencukupi. Penekanan patut diberi kepada pertuturan
> bahasa Inggeris.
>
> 3) Mutu peperiksaan bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam
> persekolahan ditingkatkan.
> Ini adalah agar pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris dapat
> dikenalpasti pada peringkat awal dan diberi bimbingan sewajarnya.
> Jika perlu, wajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris untuk lulus
> peperiksaan.
>
> 4) Mutu peperiksaan MUET ditingkatkan.
> Kerendahan mutu peperiksaan inilah yang menyebabkan ramai siswazah
> lemah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya MUET mempunyai mutu piawai
> yang tinggi, sudah tentu tidak ada yang lemah bahasa Inggeris di
> kalangan siswazah menggangur.
>
>
>
> Bagi pihak PKAUM,
>
> Rosli H. Mahat
> Presiden PKAUM
> Tel: 016-31255898
>
>
Pengirim: "Ahmad Tajuddin" <j4ahmad@umcsd.um.edu.my>