musa
mohd
-
mahathir's
new found
idiot
a member of
the national
idiots
team
GURU JSR PERLU LETAK JAWATAN JIKA DEGIL UNTUK AKUR PADA KEMENTERIAN
  
   SESETENGAH GURU yang terlibat dengan Jawatankuasa Syura' Rakyat (JSR) Terengganu sepatutnya memilih sama ada ingin terus menjadi guru bermajikan Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Pusat atau terus memegang jawatan dalam JSR.

Langkah berkenaan untuk memastikan maruah guru terus dipertahankan dan profesionalisme keguruan terus dinobatkan, kata kebanyakan guru Terengganu yang prokerajaan.

"Tidaklah bermaruah guru yang makan gaji dengan kerajaan pusat, tetapi mahu menentang kerajaan pusat. Guru berkenaan perlu letak jawatan segera dan sepatutnya pergi makan gaji dengan kerajaan Terengganu," kata ustaz Ramli Karim mengulas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang melarang semua guru menyertai JSR.

Jabatan Pendidikan Terengganu dibawah kepimpinan baru Pengarahnya, Razali telah mengambil tindakan tegas termasuk meminta guru-guru berkenaan meletak jawatan dalam JSR atau menerima tindakan tatatertib.

Tindakan JPNT itu selari dengan konsep demokrasi iaitu kakitangan awam mestilah setia kepada kerajaan hari ini (kerajaan yang memberi gaji kepada kakitangan berkenaan). 

Guru-guru bekerja dan `makan gaji' dengan Kerajaan Persekutuan, bukan melalui Kerajaan Negeri.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad turut mengeluarkan kenyataan yang jelas sebelum ini bahawa mana-mana guru yang menyokong pembangkang dan bekerjasama dengan perbangkang, perlu dikenakan tindakan tatatertib kerana mengikut prinsip demokrasi sewajarnya kakitangan awam menyokong `government of the day'.

Tan Sri Musa berkata, kakitangan awam termasuk para guru boleh bekerjasama dengan JKKK kerana JKKK adalah salah satu mekanisme kerajaan pusat, sedangkan JSR adalah mekanisme kerajaan Pas Terengganu.

Menurut ustaz Ramli, tindakan JPNT itu adalah untuk memastikan kewibawaan guru dan maruah mereka terus terpelihara, serta bersikap tahu berterima kasih dan 
beryukur bermajikan kerajaan Persekutuan.

"Jika haiwan boleh berterima kasih dan berkhidmat serta sayangkan tuannya, maka manusia sepatutnya lebih tinggi maruahnya dan tahu kedudukan mereka sebenar.

"Bagaimanapun, jika mahu terus bekerjasama dengan kerajaan Pas Terengganu, guru-guru berkenaan perlu meletak jawatan dan makan gaji dengan kerajaan Terengganu," katanya.

Seorang Pengetua di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Marang yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Abu berkata, kebanyakan guru yang menyertai JSR adalah guru-guru yang malas mengajar.

"Kemalasan itu dijadikan alasan untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, kononnya. Sedangkan, rata-rata guru-guru yang prokerajaan mengajar dengan dedikasi, rajin dan kreatif," katanya.

Menurutnya, kakitangan awam terutamanya guru-guru rata-rata menyokong kerajaan pusat kerana mereka tahu jasa dan pengorbanan kerajaan pusat kepada rakyat.

"Mengapa mahu menggigit tangan tuan yang memberi makan. Kerajaan Pusat lebih prihatin terhadap rakyat, sedangkan kebanyakan pemimpin Pas hanya pandai bercakap," katanya.