t
adnan
-
ummi's
idol
a member of
the national
idiots
team
Ahli UMNO Minima 3 Juta Pada 2004 – Bukti Melayu Yakin UMNO

Kuala Lumpur – Bilangan ahli UMNO dengan mudah akan mencapai angka paling minima 3 juta orang pada 2004 menjelang pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Kerja UMNO, Senator Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, ketika ini sahaja selepas dilakukan kemaskini keahlian; ahli UMNO didapati sudah mencapai lebih 2.8 juta orang berbanding 2.74 juta orang tahun lalu. 

Katanya, permohonan bagi penubuhan cawangan baru UMNO juga terus meningkat di mana baru-baru ini 40 cawangan baru telah diluluskan penubuhannya manakala 300 buah lagi sedang dalam proses pendaftaran. Buat masa ini UMNO mempunyai 18,000 cawangan di seluruh negara.

“Ini membuktikan UMNO terus mendapat sokongan padu di kalangan orang Melayu biarpun pelbagai usaha puak-puak pembangkang cuba menghasut orang ramai termasuk ahli UMNO untuk membenci parti.

“Nampaknya usaha pembangkang adalah sia-sia, malahan ahli UMNO terus bertambah kerana semakin lama rakyat semakin sedar dengan penipuan dan dakyah pembangkang yang jahat itu,” katanya di majlis perasmian mesyuarat Pemuda dan Wanita Bahagian Seputeh.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang merupakan sejarah politik tanahair khususnya bagi UMNO kerana sebelum ini hanya pemimpin parti yang merasmikan mesyuarat UMNO.

Malah, perasmian mesyuarat itu juga menyaksikan kehadiran barisan pemimpin MCA tempatan.

Datuk Tengku Adnan berkata, kehadiran Datuk Seri Ong merasmikan mesyuarat UMNO adalah bukti betapa semua komponen BN bersatu padu dan berfungsi sebagai sebuah keluarga parti yang besar tetapi saling memahami.

“Ini adalah satu realiti dalam BN kerana perjuangannya adalah untuk memastikan keharmonian dan kemakmuran demi kepentingan semua kaum sebagai rakyat Malaysia. 

"Berbeza dengan pembangkang yang suka menabur dakyah dan memberikan janji-janji manis serta membangkitkan isu-isu mengikut sesuatu kaum.

“Bagaimanapun adalah penting bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu terlebih dahulu kerana runtuhnya perpaduan Melayu maka runtuhlah perpaduan Nasional…inilah yang dikehendaki pembangkang. Mereka tahu tanpa BN, parti kita hancur dan negara kita akan hancur,” katanya. 

Datuk Tengku Adnan berkata, perasmian mesyuarat Bahagian Seputeh oleh pemimpin MCA itu hanyalah satu permulaan kecil. 

Ini kerana pada masa akan datang, UMNO Wilayah Persekutuan bercadang menjemput pemimpin komponen BN merasmikan mesyuarat cawangan mahupun bahagian terutama jika mempunyai calon-calon pilihanraya dari komponen berkenaan.

Beliau juga menasihatkan perwakilan Pemuda dan Wanita Bahagian Seputeh supaya bijak memilih pemimpin dari kalangan yang mampu memimpin dan elakkan sikap adu-domba serta irihati yang boleh menjurus kepada kehancuran bangsa.

“Jika kita semua bersatu, adalah tidak mustahil kita merampas kembali Seputeh yang memerlukan hanya tiga peratus undi bagi memihak kepada BN. 

"Sehubungan itu amalan jihad menyingkir pembangkang perlu dilakukan bersama-sama di antara orang Melayu, Cina dan India dalam BN untuk mendapatkan Seputeh,” ujarnya.