Banyak perubahan trend yang telah berlaku di alaf baru ini. Kesemua
perubahan ini selalunya berkaitan dengan trend di alaf baru ini. Fesyen di
alaf baru ini semakin mendedahkan tubuh badan.
Jika pada zaman dahulu, corak serta warna yang digemari remaja adalah
corak yang ringkas dan berwarna gelap, remaja masa kini pula gemar memakai
baju yang bercorak unik dan berwarna terang. Pakaian-pakaian seperti ini
semakin meningkat. Lebih-lebih lagi, ada juga pakaian seperti
‘miniskirt’, ’miniblouse’ dan bermacam-macam lagi yang mendedahkan
aurat lebih-lebih lagi di bahagian kaki dan dada.
Pakaian adalah lambang kebudayaan sesuatu budaya. Contoh yang ketara nyata
ini ialah baju kurung. Ia merupakan lambang kebudayaan Melayu di Singapura,
Malaysia dan juga di seluruh Nusantara. Setiap bangsa mempunyai pakaian
kebangsaanya yang tersendiri. Bangsa Tionghua cheongsamnya dan India
dengan sari tradisionalnya.
Selain dari trend dan fesyen yang saya perkatakan di atas, ada juga fesyen
yang kasual seperti kemeja-T dengan selaur jeans sahaja. Walaupun ia
ringkas tetapi ia sesuai untuk dipakai ke tempat kerja, berkelah, kedai,
pasar, dan di mana-mana sahaja. Walaubagaimanapun fesyen seperti ini hanya
boleh dipakai oleh remaja lelaki kalau mengikut undang-undang Islam.
Pakaian seperti ini menjadi pilihan ramai kerana ia murah dan mudah
didapati di Singapura ini.
Selain dari pakaian, remaja lelaki terutamanya gemar berambut panjang,
berwarna-warni dan berambut punk. Anting-anting juga menjadi satu trend
yang semakin meningkat di kalangan bangsa Melayu dan juga bangsa bukan
Melayu. Menindik telinga telah menjadi suatu perbuatan yang menjadi
kegilaan remaja-remaja masa kini. Kalau dahulu menindik di bahagian
telinga menjadi kebiasaan sekarang bahagian lidah, bibir, hidung, pusat
dan sebagainya turut ditindik.
Trend memakai kasut juga telah banyak berubah mengikut peredaran masa.
Jikalau dahulu, ramai yang memakai terompah, capal dan kasut, Kini para
remaja gemar memakai kasut bertumit tinggi dan kenali sebagai kasut jenis
‘platform’.
Capal masih digunakan juga tetapi hanya dipakai apabila ke majlis
perkahwinan atau semasa bermain kompang. Banyak wang diboroskan hanya
untuk memebeli kasut. Kasut-kasut pada masa kini sangat mahal dan masih
juga menjadi satu trend.
Pakaian-pakaian yang mendedahkan yang dipakai oleh remaja-remaja liar masa
kini tidak akan berlarutan jika ibu bapa remaja-remaja tersebut memainkan
peranan yang proaktif dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. Mereka yang
tiada perdidikan ugama akan menyebabkan fesyen seperti ini berlarutan di
kalangan anak Melayu. Gejala-gejala ini harus dikurangkan asalkan pakaian
yang dipakai tidak terlalu menonjolok mata kerana ia boleh menaikan nafsu
seks seseorang.
Mohd Redzuan
Menengah 5N2
Sekolah Menengah Dunearn
|