Lembaran Cinta Pudar
Malam semakin pekat dan
sunyi. Aku seorang diri di dalam kamarku. Hujan gerimis laluku tutup
jendela yang terbuka luas agar air hujan tidak tempias masuk.Kedengaran
lagu “Kau Kekasihku” nyanyian Siti Nurhaliza berkumandang di corong
radio.
“Duhai malam tiada bintang menghiasi …taman kasih ini Hanya aku… sendirian Tak berteman…keseorangan” Perasaanku bertambah sayu apabila aku mengamati lirik lagu itu.Hatiku tergerak untuk menulis sepucuk warkah buat seseorang. Di kala aku kesepian itu, aku teringat akan satu peristiwa yang begitu menyentuh hati dan perasaanku selama ini. Sebagai manusia biasa, aku juga tidak dapat lari dari perasaan ingin dicintai dan menyintai. Cinta pertama adalah cinta yang terindah dan bahagia jika berjaya ke jinjang pelamin. Tetapi apabila terluka, perasaan kecewa amat sukar dilupakan. Kenangan demi kenangan akan terus menghimpit ruang fikiranku. “Izhardi”.Itulah nama yang selama ini bertakhta di hati. Aku mengenali Izhardi semenjak di bangku sekolah lagi.Tanpa aku sedari rupa-rupanya dia telah menaruh perasaan cinta terhadapku selama ini.Maka bermulalah epilog cinta kami.Terlalu cepat masa berlalu dan dalam diam tak diam usia percintaan kami telah menjangkau empat tahun. “Kita umpama langit dan bumi Iz, Farisha hanya seorang pengarang dan pelukis biasa manakala Iz dibesarkan dengan seribu kemewahan,”selalu aku mengingatkan Izhardi dengan kata-kata begitu.Namun Izhardi tetap berdegil ingin memperkenalkan aku dengan ibunya.Dan tanpaku duga, percintaan antara dua darjat rupanya mengundang cabaran yang begitu hebat. Aku masih ingat lagi kata-kata Puan Kalsum, ibu Izhardi ketika kali pertama berhadapan dengannnya. “Kerja apa?”tanya Puan Kalsum.Lantas aku menjawab, “Kerja sendiri.Mengarang dan melukis.” “Apa? Mengarang dan melukis? Pelukis jalanan!”katanya dengan nada yang tinggi.Tersentap jantungku mendengar ungkapan itu. “Novel pula sudah berapa yang diterbitkan?Bermutu karya awak tu?” katanya lagi. Aku bagaikan kehilangan kata-kata dan pertimbangan. Hatiku bagai disiat-siat dengan soalan sinis begitu.Seumur hidupku tidak pernah aku menerima penghinaan sedemikian rupa. Diriku bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Aku terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakiku lumpuh.Aku terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Pada mulanya, memang sukar bagiku untuk menerima hakikat ini.Namun,aku cekalkan hati.Mujurlah ada kedua orang tuaku yang sentiasa menguatkan semangatku. Masihku ingat kata-kata ayahku,”Tabahkanlah hatimu Sha,anggaplah semua ini sebagai Qadak dan Qadar dari Tuhan.Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.” Semenjak kemalangan itu, Izhardi pula mula menjauhkan diri daripadaku.Setiap kali aku mengajaknya keluar,dia akan memberi alasan yang sama. “Iz sibuk dengan perniagaan Iz.Tolong jangan ganggu Iz,O.K.”katanya dengan nada yang marah.Hatiku sebak mendengar alasannya. Tiba-tiba lamunanku terhenti. Haruskah aku terus begini? Menyeksa diriku? Aku dibelenggu keresahan. Air jernih tergenang-genang di kelopak mataku, kemudian turun tanpa diundang membasahi pipi.Aku mencapai sekeping kertas dan sebatang pena laluku tulis ayat yang pertama lembaran itu… Sayang…surat iniku tulis di kejauhan malam ketika hujan gerimis Biarpun bercinta denganmu sungguh indah Namun memutuskannya aku terluka tapi biarlah kekecewaan hari ini Dari nanti kehilangan harga diri Aku telah tiba di penghujung kesabaran sebelum lebih menderita biarlah aku yang memberikan keputusan… Izhardi, Mungkin kau tertanya-tanya mengapa dengan secara tiba-tiba aku mengirimkan lembaran ini kepadamu.Sebenarnya sudah lama aku menanti jawapan pasti darimu.Kau telah memberikan aku seribu harapan dan kau meninggalkanku dengan seribu kehancuran di saat-saat aku memerlukanmu.Setalah kukorbankan segalanya,beginikah balasan yang harus aku terima? Tiada lagi kasihmu yang dulu, tiada lagi kemesraan antara kita. Kau permainkan kasih sayang yang kuperuntukkan hanya untukmu dan kau lenyapkan seluruh kepercayaanku terhadapmu.Adakah ini semata-mata kerana aku seorang pengarang dan pelukis biasa atau kerana aku seorang gadis cacat? Aku tahu ibumu tidak pernah merestui hubungan kita. Aku sedar siapa diriku.Selama ini aku hanya bermimpi untuk mendampingi seorang jejaka tampan dan berjawatan tinggi sepertimu. Memang tiada jodoh antara kita.Kini,aku telah mengambil keputusan untuk mengakhiri lembaran cinta pudar ini.Sekurun lamanya kita bercinta, musnah jua akhirnya di muara kasih. Yang benar Farisha Ibu menguak daun pintu lalu masuk ke dalam kamarku. “Apa yang telah berlaku,Sha?Kenapa Sha menangis?”tanya ibuku kehairanan. “Hinakah Sha ini,mak?Hinakah seorang pengarang dan pelukis cacat seperti Sha?” “Tidak nak,Kau tidak hina.Manusia sama saja di sisi Allah,”kata ibuku. Aku mendakap ibuku erat-erat dengan satu tangisan menyayat hati.Sebagai hamba Allah yang lemah,aku pasrah. Waktu berlalu terus menerus, matahari beralih dari Timur ke Barat dan bumi berputar tidak pernah berpatah balik ke arah asalnya.Semenjak perpisahanku dengan Izhardi,aku banyak menumpukan perhatianku terhadap pekerjaan.Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.Muncul seorang jejaka bernama Sharil dalam hidupku.aku berkenalan dengannya di tempat kerja.Kebetulan kami mempunyai minat yang sama.Kehadirannya memberikan sinar baru buat diriku.Sharil memang banyak membantukan dan mengajarku tentang erti kehidupan.Dia adalah seorang insan yang menghormati wanita cacat sepertiku.Pernah dia menghadiahkanku sebuah sajak : “Hidup itu satu perjalanan Mati itu satu kemestian Andai esok bukan semalam Pastinya hari ini satu penentuan Yang pasti, Kau tetap di hati Sampai ke akhir nanti” Aku sungguh terharu dengan pemberiannya.Sharil mencintaiku bukan semata-mata kerana paras rupa ataupun harta.Atas dorongannya juga,aku telah berjaya menjadi seorang pengarang yang dikenali ramai dan banyak novel-novelku telah diterbitkan. Namun semenjak kebelakangan ini,sikap Sharil mula berubah.Wajahnya pula kelihatan sugul dan tidak bermaya.Dia lebih suka mengasingkan diri daripada orang ramai. “Sha tengok Sharil sekarang sudah banyak berubah.Kenapa? Jika Sha ada membuat silap, Sha ingin meminta maaf,”kataku kepadanya. “Tidak,Sha.Tidak.Suatu hari nanti pasti Sha akan tahu apa sebabnya,”sahutnya. Aku berasa keliru dengan kata-katanya itu. Suatu hari, ayah Sharil datang ke rumahku. Aku terperanjat mendengar khabar yang dibawanya. Air mata jatuh berlinangan membasahi pipi bak pecahan ombak. “Inalilahwainnailaihirajiun,”kataku.Hatiku terus digigit rasa pilu dan sedih.Cita-citaku terputus di tengah jalan dan kebahagiaanku kian pudar. “Sudahlah,Farisha.Usah ditangisi pemergiannya.Sebelum arwahnya meninggal,dia ada meninggalkan surat ini buatmu,”katanya sambil menghulurkan sampul surat itu. “Pakcik minta diri dulu,ya.Jaga dirimu baik-baik,”sambungnya lagi. Aku terus membuka surat itu lalu membacanya. Kepada: Insan yang kukagumi,Farisha Farisha Setibanya surat ini di pangkuanmu,mungkin aku talah pergi jauh,jauh dari dunia ini.Sebenarnya, tanpa pengetahuanmu,aku mengidap penyakit barah dan diriku dalam tahap merbahaya.Aku tidak pernah menceritakan hal ini kepadamu kerana aku tidak mahu melihat dirimu sengsara.Aku ingin memohon maaf darimu. Semenjak berkenaln denganmu,diriku terasa sungguh bahagia.aku mula belajar tentang erti cinta walaupun ianya hanya untuk seketika.Ketahuilah Sha,kau adalah insan yang pertama yang bertakhta di hati dan kau adalah yang terakhir. Yang benar Sharil Aku mengesat butir-butir mutiara yang membasahi pipi.Aku tahu Sharil,perpisahan ini bukan kita yang pinta.Tetapi suratan takdir yang tertulis untuk kita menempuhnya.Andai aku tidak lagi bernadi,aku terlalu ingin bersemadi di sisimu.Walaupun kita tidak dapat bersama,namun di hati kita membawa cinta nan satu. Walau apa pun jua kuteruskan juga sisa-sisa hidupku ini demi cita-citaku sepertimana kau sendiri mahu melihat aku berjaya sebagai penulis dan pelukis.Insya Allah,namamu akan sentiasa menjadi sumber ilhamku. Aku berhasrat untuk menulis semula kisah kehidupanku agar ia menjadi sebuah novel yang bertajuk “Kau Kekasihku”.Kutitipkan Al-Fatihah buat dirimu,Sharil.Moga kau lena dan damai dalam tidurmu yang panjang. Marissa Bte Mohd Taib Menengah 3 Ekspres (2) Sekolah Menengah Dunearn |
Please report any broken links to the webmaster here.
Copyright Perbayu 2000/2001