Introduksi

Mukadimah

Jurus

Permasalahan timbul

Emel

Jaringan perlu dilawati

 

Nota ringkas: KLIK sini download (PDF) (Okt.2007)

 

Laman ini dibangun untukskrin bersaiz 800x600 dpi sahaja. Penggunaan I.E versi 5.0 ke atas digalakan.

 

Hyperlink

:: Aidilfitrie festival

:: Traditional Islam

:: ONLINE - study

::

Bismillah,

 

MUKADIMAH INI

 

Bismillah, ..demi furqan, ia mengandungi kekuatan di sisi KAMI..; 

 

Laman ini ditutup sementara waktu untuk membolehkan beberapa maklumat dan bahan perhatian yang baru.  Termasuk dalam perkara hizib, adalah 'amalan yang diberikan oleh Allah ta'ala' untuk mendapatkan perlindungan dan keselamatan.  Hizib itu adalah amalan khusus guna untuk mendapatkan pertolongan. 

 

Terima kasih kepada mereka, terutama saudara Saifullah bin Yazid, golongan senior dan veteran, mereka yang ahli dan bukan yang turut memberi sokongan terhadap keperluan, objektif bagaimana laman ini dibangunkan.  Tetap berdiri di atas paksi, bahawasanya ia adalah laman bagi mendapat gambaran sebenar intipati ajaran ilmu jurus PNM itu dan perkara-perkara bersabit yang dikaitkan.

 

Sempena Aidil-fitri ini, saya mengambil kesempatan, mengucapkan selamat menyambut hari raya.  Maaf dipinta, halalkanlah makan dan minum, terutama kepada mereka itu; Leman PUO, Eary, Man, Boy, Aziz dan keluarga (x-KKTI), Zaki di Kpg. Pandan serta keluarga, Ayong dan keluarga, Wak Nizam di Kota TInggi, keluarga Pak Engku di Kota Bharu Kelantan, kepada seluruh warga PUO 99/2001, Abral, Saleh di Sabah, keluarga Ezywen di Brunei Darussalam, Yusri dan keluarga, semua team tahun 95-97 di Kuala Blait, kepada Mohd. Alif Shah, Sany di Shah Alam, Rahim dan Zani tidak lupa kepada seluruh warga Seri Muda Seksyen 25 - Arin, Add, Zul dan lain-lain (Lee), Mohd. Hazli Hayat yang turut mengikuti perkembangan laman ini.

 

Meur Ahmad Zuraini dan keluarga, terima kasih kerana sudi memberi kesempatan untuk 'menumpang teduh di waktu hari yang gelap kerana diluar gerhana'.  Persahabatan sesuatu yg besar ertinya, apalah lagi dalam suasana serbi kekurangan.  Kepayahan sering kali mengundang rasa cemuih, malas, lembab tetapi, hati sangat keras dalam berkehendak sesuatu.  Apabila 'ia' tetap kukuh, teguh, tidak layu dan bergoyang nescaya pasti memperolehi 'apa itu dikatakan' keluhuran, keikhlasan dan kesungguhan.

 

Kepada adik (angkat) saya, ' janganlah, menunggu besok, belum tentu mata akan celik.  M'gkin hari gelap, tidak mungkin turun menuak, tuai padi pada musim, bercucuk tanam pada usaha.  Jangan engkau pinggir nasihat ku ini, kelak jalan yang mendongak langit itu binasa, jalan yang merendahkan diri pada tuhan itulah hamba. 

 

Sungguhnya ilmu jurus PNM ini adalah meng-tauhid-kan Allah ta'ala, firman Allah ta'ala wahai orang yang beriman jangan kamu syirik kepada KU, walau kamu dibakar dengan api.    Dan sungguhnya bahawasa 'mendekatkan' diri kepada-NYA adalah sebenar kekuatan sebenar kekuatan.  Dan cabang-cabang dari yang telah difardhu itu, apa ditegah dan disuruh.  Perbanyakan apa yang menjadi tuntutan ke atas hamba.

 

Ilmu jurus ini, pusaka. Ilmu dari amalan orang yg sholeh itu, adalah mereka itu hukamak, ulamak wal-aulia'.  Jangan dipinggir, dibuang.  Sesuatu yg diberi tentu tidak akan sama mereka yang mencari-cari.  Dan ingatlah hakikat ilmu dan berilmu itu.  Senya 'ia' adalah pengenalan, perbendaharaan kepada ke-tuhan-anFirman Allah ta'ala Sesungguhnya AKU adalah perbendaharaan yang ghaib dan AKU suka dikenali (maksud hadis qurdsi).

 

Kehidupan bersilih, pencarian terus berjalan.  Matahari tetap pada sunnahnya, yang berubah itu adalah 'hati'.  Hati yg berubah-rubah itu tidak tetap belum teguh lagi utuh.  Allah adalah tempat naungan segala hajat dan impian, firman Allah ta'ala barang siapa yang percayakan Allah bersama dia, nescaya Allah akan menjadi pemimpin kepadanya.

 

Apa yang ada pada aku ini, melainkan dari lopak yang bertakung sedikit, isinya boleh diambil, guna mencurah bumi, tanah yang kontang, harap akan subur, hasilnya boleh dituai guna untuk habluminallah, habluminannas.

 

Jangan pinggir peringatan ku, di dalamnya ada semarak 'kekuatan', pengalaman yang bukan mudah, lagi payah.  Mengopek buah berduri, putih isinya.  Sedap dimakan, lagi enak.   Hasiat besar, lebih besar dari segala bijian.  Maka itulah kalimat 'Allah Allah', lazim di dalam hati.

 

Pandangan pada hati, timbanganya ilmu.  Senjatanya kesabaran dan kesungguhan, redha Allah.  Firman Allah ta'ala, mereka yang beramal sholeh itu akan ditanamkan dalam jiwa mereka perasaan kasih sayang. Itulah jemaah sesama ahli, sabda nabi Jemaah itu didirikan di atas taqwa.

 

Sebelum mengakhiri, terima kasih kepada Tuan Haji Irfan bin Hj. Johanness kerana turut mengikuti perkembangan ilmu jurus PNM ini.  Kepada bekas ahli, sungguh bahawasanya ilmu jurus PNM ini adalah ilmu mengtauhidkan tuhan.

 

 

 

Salam bahagia dan persaudaraan.

 

Anazil bin Nordin

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Telefon/ 0175962269 / 0125835847 (baru)

 

:: Laman ini dibangun untuk kegunaan peribadi, rujukan, pertanyaan, perbincangan tanpa membawa apa-apa maksud atau tulisan yang membawa erti kepada pertubuhan itu (Pertubuhan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia).  Tetap berdiri kepada Objektifnya sebagai laman yang memberi info dan menjawap beberapa persoalan, kekeliruan berhubung dengan amalan-amalan dan pendekatan dalam ilmu jurus itu.  Kiriman emel di anazil73@celcom.net.my