LAMAN web - mypage. 

 

This page designed since last 2005. I personally would to appreciate all the staff who worked and managed the event.  People who sponsored tools, utilities and digital accessories whereby without, endless the upgrade routine.  M'gkin bahasa Inggerisnya sedikit 'terbalik' tetapi we try as we could.

 

Kampung Talang Hilir located 5 minutes from Kuala Kangsar TOLL EXIT. About 10 minutes from Kuala Kangsar city centre, 45 minutes to North if you drive from Ipoh and 2 hours from Penang.  From main land you see Kuala Kangsar is centre between 2 middle common tourist location, Bukit Larut Taiping and Lumut.

 

This Malay village sited for near 100 years and started 1845. The main culture is farming, padi-fields could be surrounded but in modern days, few of them still working the site. Their generation had left and some doing industries and being part of skills workers.  Kampung Talang had 3 different community leaders - (1) Kampung Talang Hilir, (2) Kampung Talang Masjid, (3) Kampung Talang Dusun and small, (4) Kampung Talang Changkat and (5) Kampung Talang Lawin.

 

Those who interest 'self-defender' and knowing more, could you find them who trained many in martial arts. 'Silat' is Malay martial-art were found these villages.  Some of the names were known, common Malay informal education before young and teen-ages  leave their families.  But, none of the modern community have the interest before.  The word 'modern', 'technology' has comes to change some of the locals tradition.

 

I owed you, these photos is real.  Exclusive brings you some act and very-dangerous.  Only those experience and major, took place.  BOY AND CHILDREN, PLEASE DONT DO IT AT HOME.

 

The page designer.

brunetdotCom

 

Artikel penting perlu dibaca/ diperhati bersama

 

Risalah Tauhid - Dr. Othman el_muhammady

Agama tidak mengajar kita ilmu-ilmu yang bertentangan dengan konsep akidah/tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.  Tujuan beribadat / beramal bukan menjoros diri kita kepada sesuatu yang mengundang kepada kepercayaan kurafat, lebih malang kepada ilmu khadam dalam kebatinan yang akan menjurus kepada 'syirik'. Ikuti risalah tulisan Dr.Othman el_muhammady lebih lanjut.

Foto terbaru 2007: Dapatkan foto terbaru edisi 2007 dengan lagak dan aksi yang lebih mengerikan.  Pasti anda teruja. KLIK SINI LAGI

Foto 2005: Laman web asal yang dibangun pada awal 2005.  Terima kasih kepada mereka yang berusaha mewujudkan suasana meriah setiap tahun menjelang aidilfitri.  KLIK SINI LAGI

my_kampung: Not many of you, know the word 'TALANG'? TALANG is means bertalang, that part of people who worked the padi fields and same period waiting for their bananas, mangoes trees etcs. could deliver their fruit. KLIK MORE, History behind the word TALANG / BERTALANG

introduksi: Darihal 'aidilfitri', bagaimana kita menghayati erti itu? Tanpa kesedaran, penghayatan, tinggalkan 'hari kemenangan' sekadar budaya yang disambut pada tiap-tiap tahun.  Satu kebudayaan untuk mengisi keperluan, berbelanja, menghiasi rumah dan pakaian. KLIK SINI LAGI

SELECTION TEXT FILE

This section view articles, text files, document wrote by Dr. Othman el-Muhammady one of the local Ulama'. Most of the writing is about the traditional education and religious teaching.  You should read all.  Also attached the collection, allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah, the Ulama' who spent most his life doing researches nusantara's kitab.  He is one of the famous Pattani Ulama' grandchils.  CLICK HERE

Laman khusus

Bicara sufi.com

Laman ilmu (ONLINE) Rhoudha.net

Siapa hendak berjihad fisabilillah? Arah mana? Sejarah mereka yang berjihad di zaman Rasulullah saw,jangan memandang remeh KLIK INFO

Ilmu Jurus Persaudaraan Nasrulhaq: Perkembangan terkini, bagaimana?

 

 

 

WAN MOHD SAGHIR ABDULLAH

 

DR. OTHMAN EL-MUHAMMADY

 

:: KLIK INFO

 

 

 

Kata aluan

 

DI BAWAH LEMBAYUNG KERAJAAN YANG DIPERTUANKU INI

 

Bismillah,

 

Laman ini sudah berusia lebih dari 4 tahun.  Asal dibangun untuk Diploma Teknologi Maklumat (DTK PUO) di bawah kendalian saudara Khairul Anwar.  Objektifnya tidak tercapai.  K'dian bagi menyempurnakan domain tersebut maka moleklah diguna pakai sahaja dengan kandungan lain dari apa yang dirancangkan.  Jutaan terima kasih kepada seluruh warga yang menjayakan projek laman ini, AJK yang tidak bernama dan mereka yang berusaha ke arah menrealisasikan aturcara gemilang pada setiap tahun.

 

Ruangan sempit lagi kerdil ini, kesempatan untuk memberi pandangan dan berkongsi sedikit pengalaman.  M'gkin pengetahuan itu jarang kita temui, mungkin pengalaman baru yang tidak pernah kita temui.  Kesedaran-kesedaran dalam tanggungjawab sosial kita, molek sekiranya kita mengambil satu pendekatan, mengambil sikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada.  Kita perlu membebaskan diri dari belengu kejahilan, memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan dankemahiran, itu adalah dua sumber 'kekayaan diri'. 

 

Bebaskan diri kita dari 'belengu' kemiskinan.  Belengu ketinggalan dalam menguasai kemahiran dan pendidikan yang sempurna.  M'gkin waktu kita itu sudah berlalu, apakah perkara yang sama turut dilalui oleh mereka yang junior kepada kita, anak-anak dan adik-adik kita.  Para remaja dan dewasa secara umum.  Dalam 'erti' kebebasan dan kemerdekaan ini, jangan ada dikalangan anak-anak Melayu ketinggalan dari sudut memperolehi pendidikan sempurna, menguasai ilmu kemahiran dan berusaha menguasai bidang-bidang yang menjadi 'agenda' negara.

 

Keluarga Orang Melayu

 

Perjuangan orang Melayu tidak habis-habis dengan pembangunan kewangan dan harta benda.  Membangun para usahawan dan perniagaan, membimbing orang Melayu dalam beberapa perkara untuk membolehkan bangsa mereka tidak 'ketinggalan' dalam tanah airnya sendiri.  Penguasaan bidang ekonomi sudah lama dikuasai oleh orang lain kerana bukan kesalahan orang Melayu.  Pelaku dan perilaku itu terjadi di kebanyakan negara-negara komenwel yang terjajah dan dibelengu oleh penjajah untuk beratus-ratus tahun.

 

Masalah peribumi dan imigran sentiasa dominan.  Kadang-kala pendekatan kekerasan melahirkan ketidakstabilan antara pembangunan ekonomi dan politik.  Kekerasan diguna oleh kuasa pemerintah tetapi pihak lain pula menggunakan kuasa ekonomi untuk mempengaruhi setiap ruang dan sudut yang langsung kuasa pemerintah itu menjadi kerdil.  Akur dengan kehendak-kehendak kadang-kala terpaksa korbankan status dan maruah bangsa peribumi.

 

Tidak ada satu pun di atas muka bumi itu hanya bangsanya sahaja yang mendiami apa yang dikatakan tanah airnya.  Perubahan sejarah, budaya dan faktor penjajahan telah membuatkan kita hidup perlu menerima perbagai bangsa, bahasa dan budaya.  Firman Allah ta'ala KAMI jadikan kamu itu berbilang bangsa, moga-moga kamu dapat mengenali antara satu yang lain.

 

Hidup ini satu 'perubahan'. Masa dan waktu akan memaksa kita, mau tidak mau tetap akan berubah.  Pada waktu lain kita hari ini bertemu, besok-besok akan terpisah.  Kita bertandang, lusa tulat kita berlalu pergi.  Mereka yang dekat dengan kita akan menjauhkan diri, mereka yang dulunya adalah musuh nombor satu paling dibenci, hari ini kita duduk berdua sambil minum 'air kopi'.  Apa yang sudah, telah sudah.  Kehidupan tetap akan terus berubah.

 

Usia muda, adalah tempat mengguna segala kesempatan.  Perbaiki kemahiran diri, mencari ruang meningkatkan pengetahuan. Segala sudah disedia oleh pemerintah.  Usaha sahaja selain keinginan bisa membawa kita kepada obor-obor kehidupan yang sinar bergilapan.  M'gkin juga usaha kita itu menjoros kepada kesesatan, penyelewengan dan permusuhan yang langsung, semalam jiran kita itu manis senyumannya, pagi ini masam seperti cuka.

 

Usaha dan Ikhtiar, dua perkara. Usaha ialah gerak atau diam, sengaja atau tidak.  Manakala ikthiar itu ialah 'memilih', antara dua tempat seperti mana sejarah nabi saw, suatu hari orang bertanya Ya rasulullah, apakah engkau melarikan diri dari qadha Allah? (kerana pada waktu itu dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, Mekah mengalami penyakit taun).  Baginda menjawap ia, sambil baginda memberi contoh. "..jika engkau diberi dua bidang tanah. Satu yang subur dan lagi satu yang kering kontang, maka manalah yang akan engkau pilih?" (Sila dapatkan rujukan lengkap Kitab Aqidatun Najin)

 

Pertanyaan itu terjadi kerana baginda saw, mengubah laluan untuk tidak terus ke Mekah kerana pada waktu itu wabak taun sedang menular.  Darihal usaha dan ikthiar itu jelas menunjuk kepada kita konsep 'akidah ahli-sunnah-wal jemaah' tentang kewajipan beriman kepada qadha dan qadhak Allah ta'ala.  Maka andaikata dihadapan kita itu 2 lorong.  Satu yang lurus, dan satu lagi itu jalannya tidak molek atau bengkok, mana satu yang kita pilih?  Tanpa pengaruh dan ajaran agama manusia pasti akan memilih yang baik buat dirinya.  Antara yang baik sudut fikirannya itu terdapat yang lebih baik dan baik serta terbaik maka seterusnya.

 

Bagi seorang Muslimin, tentulah memilih lorong baik.  Bertepatan pula dengan panduan dan pedoman yang diajarkan oleh kitab dalam agamanya yakni al-Quran dan sunnah itu adalah petunjuk atau praktikal apa yang telah disampai, diperbuat, diamalkan oleh baginda saw.  Ada perkara dalam kehidupan itu secara logik (akliah) adalah baik.  Pada sudut lain, yang dikatakan baik itu sebenar dari pengaruh-pengaruh hawa nafsu.  Apabila manusia menuruti taksiran atau definisi baik mengikut hawa nafsunya pasti akan membawa kerosakan, kemusnahan, bencana dan perpecahan selain yang memudharatkan diri.

 

Umpama kita berniaga, kita suka kepada kekayaan.  Pasti kita berusaha kerana usaha itu jalan atau medium untuk membolehkan cita-cita direalisasikan.  Kaya itu baik untuk kita.  K'dian apabila hawa nafsu itu menguasai fikiran, kita akan berusaha tanpa batasan.  Tanpa ada panduan dan halangan.  Tanpa ada kejujuran dan tegahan mengikut struktur dan rangka yang ditetapkan oleh agama.  Kita akan gunakan rasuah, menipu dalam perniagaan, menjatuh perniagaan persaing kita dan sebagainya.  Padahal menjadi kaya itu baik.  Memiliki wang yang banyak itu baik tetapi, taksiran dari hawa nafsu dikatakan baik itu tidak sebenarnya baik mutlak (sebenar).

 

Kehidupan

 

Jangan fikir hidup ini panjang.  Usia yang tua itu tanah, air, gunung dan bukit.  Pawa lewat usia belum tentu akan mati dan mereka yang baru, kadang-kala pendek.  Lebih pendek dari jarak antara matahari dan sinar cahaya pada lewat senja.  Jangan fikir tidak mengapa membiar diri berada dalam ruang 'tidak tau' dalam urusan agama.  Membiarkan sifat tidak tahu, sekadar ikut-ikutan itu sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.  Seorang Muslim tidak boleh membiarkan diri mereka terus berada dalam kejahilan. 

 

kejahilan akan membinasakan kita.  Kejahilan akan membawa kita kepada kesesatan dan penyelewengan.  Kejahilan turut menjoros kita kepada perbuatan, perkara yang bidaah 'apa yang dibawa al-quran dan sunnah'.  Bida'ah ialah perkara baru yang bersangkutan dengan 'urusan agama'.  Kehidupan ini perlu kepada panduan.  Panduan dan pedoman yang selamat, terjamin itu tentulah al-Quran dan Sunnah saw.  Sunnah ialah 'perkara yang dibuat secara berulangan' atau 'routine job' oleh Nabi Muhammad saw. Sunnah itu berhubungan dengan peribadi, pengurusan, pentadbiran, komunikasi, sosial dan pendidikan selain ia turut berkaitan dengan kehidupan para sahabat dan keluarga. Sunnah itu perlu kita fahami.

 

Dari sebuah hadis maksudnya Sesungguhnya syaithan telah berputus asa dengan dengan kamu, tetapi dia redha selagi kamu melakukan sesuatu yang baru.  oleh itu berhati-hatilah kamu dalam urusan agama mu.  Setiap yang bida'ah (baru) itu sesat.   Tanpa ilmu kita tidak akan dapat mengenali sesuatu yang 'baru' atau bersifat 'batil' atau terkeluar dari ajaran agama.  M'gkin dua perkataan al-Quran dan sunnah itu diulang-ulang akan menimbul suatu perasaan 'big-speech' namun itu sesuatu yang perlu kita fahami.

 

Misalnya, kita tidak pernah sekali melihat atau membelek-belek CD atau DVD yang original.  Apabila kita berkunjung ke pasar-pasar malam, kita lihat, DVD dengan tajuk-tajuk tertentu, bekas, warna, rupa, rekabentuknya, kandungan dan nombor siri selain pelekat keselamatan.  Bagaimana kita dapat kenal pasti sama DVD itu yang original atau palsu?  Mungkin jika harga jauh lebih rendah, itu lebih memudahkan kita.  Bagaimana jika harga itu sama yang dijual di pasaraya besar?  Sama dengan agen penjual kaset yang bertauliah?

 

Sudah tentu kita perlukan ilmu, pengetahuan sedikit sebanyak kerana sudah atau pernah melihat-lihat atau membelek-belek DVD yang original.  Maka mudahlah kita menentukan bahawa DVD yang ada dihadapan kita ini adalah 'palsu', bukan dari 'DVD original'.  Walau bungkusan, warna dan rekabentuknya sama tetapi ia sebenarnya 'palsu'.  Di sinilah peranan besar 'ilmu' dan 'pengetahuan'.

 

Begitu juga dalam kehidupan yang berhubungan dengan agama dan amalan.  Sekarang golongan muda-mudi disogok dengan 'ajaran-ajaran agama' yang diajar oleh mentor berfungsi sebagai pakar motivasi, diajar dengan ilmu kebatinan dengan alasan untuk menjadi 'gagah perkasa', 'berani' dan 'kuat'.  Jika kita tidak ada ilmu dan pengetahuan yang bersumber al-Quran dan sunnah (original source), maka bagaimana dapat kita menapis, mengenali perkara-perkara itu? 

 

Tentulah menguasai al-quran dan sunnah suatu yang sangat besar.  Namun, kita ada tuan-tuan guru (agama) yang boleh didampingi.  Mengajar kita ilmu fardhu-ain kerana itulah ilmu dan pengetahuan menjadi kewajipan kita Muslim dan Muslimat.  Ilmu fardhu-ain itu perkara pokok sebelum kita dapat 'berjalan' kepada perkara yang lain (furuk - cabang-cabang agama).  Fardhu-ain itulah yang perlu dikuasai kerana tanpanya kita meletakan diri dalam suasana dan keadaan 'kejahilan'.

 

Bukan satu kesalahan dan larangan untuk kita bersosial, bergaul dan berkenalan.  Namun, dalam pergaulan itu sering kali akan mempengaruhi.  Orang yang jiwanya kental lagi kukuh, padu dan utuh, jika dirinya berwarna biru, dicelup ke dalam warna hitam, tetap biru.  Dicelup ke dalam warna merah, tetap dia biru.  Jika dia dicelup ke dalam warna kuning tetap ia biru.  Dirinya tidak akan bergoyah dan beralun-alun, kerana dia tau mana yang benar, mana yang hak dan batil (sesat) sifatnya.  Maka dirinya perlu kepada ilmu dan pengetahuan.

 

Kita perlu mendapat dan menguasai ilmu agama dari 'sumber yang asli'.  Dapatkan dari original source tanpa dicampur adukan dengan perkara yang bukan 'pokok'.  Agama tidak perlu kepada ilmu silat, ilmu kebatinan, kebal, ilmu berani dan sebagainya.  Agama itu ialah 'suatu pegangan atau iktikad atau kepercayaan terhadap kewujudan tuhan'.  Agama itu satu pedoman, panduan.  Agama itu kepercayaan.  Agama itu satu perkara yang sangat rapat dengan jiwa manusia. 

 

Agama itu satu 'pegangan'/ kepercayaan yang meletakan tuhan sebagai tempat 'tujuan'.  Agama itu satu lorong, jalan untuk mencapai maksud tujuan hidup dan akhir kehidupan.  Agama itu satu kaedah untuk menyatakan manusia percaya kewujudan tuhan.  Agama itu adalah 'jalan' untuk menyatakan kewujudan tuhan atau kewujudan penguasa yang bersifat Kuasa.  Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Bijaksana dan lain-lain.

 

APA DIKATAKAN AGAMA ITU

 

AGAMA itu 'ialah mengenal tuhan'.

 

Imam Malik, "..awal agama itu mengenal tuhan (Allah ta'ala)..";

 

Pengenalan kepada ketuhanan itu akan menimbulkan 'kepercayaan' (iman). 

 

Seorang guru pernah bertanya, apakah iman - percaya itu umpama kita percaya si pulan si pulan itu boleh belajar dan membuat roti canai?  Kita percaya kemampuan si pulan si pulan itu mahir membuat roti canai kerana dia belajar dari seorang.  Atau 'iman' atau kepercayaan itu yang bagaimana definisi dan kehendaknya?  Sejauh mana kepercayaan itu perlu diterap di dalam jiwa dan fikiran?  Bahawa kita percaya kewujudan tuhan.  Wujud tuhan yang sifatnya Gagah Perkasa, Bijaksana, Kaya, Berkuasa Lagi Menguasai, HIdup Lagi Menghidupkan,

 

Agama itu mengenal tuhan.  Mengenal tuhan itu akan menerbitkan kepercayaan.  K'dian dari kepercayaan itu bagaimana pula tuhan itu?  Tuhan yang dikatakan berkuasa?  Bagaimana dikatakan tuhan yang bersifat ESA, ULUNG dan UNGGUL?  Semua agama-agama langit (Ibrahim, Musa dan Isa) mengajar meng-Tauhid-kan tuhan.  K'dian bagi kita, apakah dikatakan TAUHID atau meng-tauhid-kan itu?

 

Ruangan itu kita perlukan kepada ilmu dan pengetahuan.  Adalah kewajipan diri kita untuk membebaskan diri dari kejahilan.  Ilmu fardhu-ain itu ialah;

(1) Ilmu Usulluddin/ tauhid

(2) Ilmu ibadat / fiqih

(3) Ilmu akhlak / tasawuf

 

Ini adalah ilmu diwajipkan setiap individu Muslim itu menguasainya.  Jika tidak kita akan terikat dengan 'taklid' atau 'kepercayaan atau amalan yang sekadar ikut-ikutan' yang tidak bersumber kepada dalil dan kepercayaan yang terbit di dalam hati.  Iman ini perlu terbit di dalam hati bukan seperti kata Dr. Hamka dalam salinan pita tape Kuliah Subuh, jangan sekadar penghias lidah, tidak turun ke hati.  Tanpa perkara ini, ISLAM kita itu tidak akan mengikut acuan-acuan apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.

 

ISLAM, IMAN dan EHSAN adalah rukun agama.  Bagaimana kita hendak berbicara tentang ISLAM, tentang jihad fisabilillah sedang perkara pokok yang menjadi akar kepada 'agama' gagal difahami dan dikuasai sama sekali?  Bagaimana kita hendak menyibuk-nyibuk urusan amal-makruh dalam hubungan sosial atau muamalat sedang perkara fardhu ain tidak pasti.  Bagaimana pekerjaan kepada soal fardhu kifayah sedang pengikut, pemimpin dan mentor-mentor itu turut tidak mahir dengan kecergasan mengenai ilmu yang menjadi fardhu itu.

 

Tidak hairan kita lihat, mereka atau kumpulan yang menggunakan nama dan tema-tema ISLAM tetapi pelakunya membawa kepada sesuatu yang sangat jelek dan menjoros kepada penyelewengan akidah / pegangan.  Menjoros kepada perkara yang memudharatkan IMAN dan TAUHID kita kepada Allah ta'ala.  Mengajar kita dengan tema-tema ISLAM sebutannya tetapi pegangan dan akidah mereka itu menjoros kepada keruntuhan nilai agama yang suci.  Agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw ini mengajar manusia itu Tauhid bukan 'syirik'.

 

Firman Allah ta'ala, "..jangan kamu ikuti Thogut.."; THOGUT itu ialah mereka yang meletakan sandaran-sandaran kuasa selain dari Allah ta'ala.

 

Apakah ilmu kebatinan, ilmu kebal dan susuk kuat dan sebagainya itu mendapat tempat di sisi Allah ta'ala?  Dengan ilmu-ilmu itu tadi menjadikan diri kita gagah perkasa, kuat, kebal, lagak, sombong, berani.  Apakah sifat-sifat itu mendapat tempat di sisi Allah ta'ala?  Firman Allah ta'ala, "..sesungguhnya KAMI jadikan syurga itu untuk mereka yang tiada berkehendak kepada kemegahan..";

 

Jalan dikatakan syurga dan ISLAM tetapi 'tidak lulus' dalam syarat-syaratnya.  Bagaimana?  Kita hendak pergi belajar di Universiti, tetapi dalam syarat itu menyebut mesti lulus Matematik dengan markah kepujian A1, bahasa Inggeris paling minimum C+.  Kita tidak memiliki itu.  Apakah layak kita?  Perhatikan itu.  Dalam waktu lain kita ingin dinaikan gaji, kitapun bekerja dengan kuat.  Setulus jiwa.  Tetapi majikan kita telah menetapkan, salah satu syarat organisasinya tidak boleh 'calon-calon' untuk dinaikan pangkat dan gaji itu datang lewat.  Tetapi kita orang yang selalu datang lewat tidak mengikut puch-card.

 

IMAN DAN ISLAM

 

islam ITU BUKAN SATU BENTUK PERTUBUHAN ATAU ORGANISASI. 

 

Islam itu 'ad-din' atau 'agama'.  Di dalamnya ada ruang untuk dikatakan kepercayaan dan mentadbir hubungan sosial dan kehidupan (syarak).  Islam itu 'penyerahan' yakni 'agama yang mengajar manusia menyerah diri kepada tuhan'.  Firman Allah ta'ala, "tidak jadikan jin dan manusia itu untuk menghambakan diri kepada KU..  

 

IMAN DAN ISLAM tidak perlu kepada perkara-perkara tambahan untuk menjadikan kita lebih beriman dan sempurna Islamnya.  Perkara tambahan itu ialah sesuatu yang diluar dari ajaran agama dan apa yang ditunjuk oleh nabi kepada kita.  Apakah kita belajar ilmu kebal akan bertambah iman dan amal kita?  Beroleh ilmu gagah perkasa, menuntut ilmu kebatinan akan menambah baik kepercayaan kita kepada Allah ta'ala dengan meng-ESA-kan-NYA?

 

Atau mungkin belajar ilmu demikian akan menambah pengetahuan kita tentang agama?  Perkara yang banyak terjadi itu lebih terjoros kepada bertambah-tambah kita percaya kepada kuasa-kuasa makhluk.  Bertambah percaya kita diri kita lebih gagah, hebat dan kuat.   Tambahan ilmu yang berhubung dengan 'makhluk' atau 'ilmu khadam'.  Akan bertambah-tambah percaya kita dengan mereka kerana setiap perbuatan pasti 'berlaku' dengan bantuan danpertolongan dari makhluk itu yang dianggap orang sebagai karib, teman dan khadam.

 

Dulu saya tidak faham dalam perbincangan dengan saudara Saifullah Yazid sewaktu berkunjung ke Seremban dengan katanya, Islam tidak perlu ilmu kebatinan.  Maksudnya kita tidak perlu kepada ilmu seperti itu untuk menambah iman dan amal atau bertambah dekat kita dengan tuhan.  menurutnya ini kerana ISLAM itu syumul, lengkap.  Sudah lengkap dengan hujah atau dalil kepada akli (akal) dan nakli (kitab).

 

Apabila kita faham perkara yang syumul itu, kita belajar dan menguasai ilmu lain dari itu tidak akan menjadikan kita itu sesat dan terjoros kepada perilaku yang salah.  Apabila kita sudah faham tentang ilmu fardhu-ain, tentang tauhidnya, ibadat dan peribadi yang mulia, tidak akan dapat membawa kepada jalan yang salah.  Jalan atau iktikad atau pegangan atau kepercayaan yang diluar dari apa yang diajar oleh al-quran dan nabi Muhammad saw kita.  Jiwa kita sudah dipandu dan kita sudah miliki pengetahuan yang akan menjadi benteng.  Sempadan.

 

Perumpamaan itulah seperti DVD cetak rompak dan DVD original.

 

Tanpa membelek-belek atau memiliki pengetahuan yang original tentang 'agama', kita tidak akan dapat menepis dan menapis sesuatu yang 'sesat'.  Kita tidak akan dapat menghalan diri dari terjoros kepada perkara yang membatalkan iman dan membawa kita kepada 'syirik kepada Allah ta'ala' atau perkara yg merosakan akidah/ kepercayaan.

 

ILMU KEBATINAN, SUSUK KUAT DAN BATU HIKMAT LAGI AZIMAT

 

Kita perlu perhatikan perkara ini dengan sebaiknya.  Perkara ini sering menjoros kita kepada kesyirikan.  Membawa iktikad yang salah lagi sesat.  Bukan sedikit, bukan pula sesuatu yang perlu dianggap remeh dan mudah hanya kerana orang yang mengajar ilmu itu dilihat sebagai seorang Muslim (Islam) dengan perwatakannya baik, berpakaian seperti orang alim dan warak, semua itu tidak memberi jaminan seperti firman Allah ta'ala, Kebanyakan mereka itu beriman tetapi mereka itu syirik.

 

Pokok pangkal sesuatu ilmu itu akan jatuh kepada TAUHID kepada Allah ta'ala.

 

Akhir perjalanan suatu ilmu pasti akan menemukan kita bahawa yang bersifat hakikat itu ialah tuhan.  Tetapi bukan sedikit yang akhirnya menjoros kepada 'kebesaran diri', kebesaran makhluk dan kehebatan-kehebatan yang telah dikuasainya.  Langsung pekerjaan dan amalan itu meletakan 'tuhan' itu ditempat kedua.  Mereka berdiri dan berjalan, gagah perkasa, lagak dan angkuh.  Mencari musuh dan lawan semata-mata untuk memaju apa yang ada pada mereka itu. Perhatikan.

 

Firman Allah ta'ala, "..ego itu selendang KU, barang siapa yang memakainya akan KU lemparkan ke dalam api neraka..";

 

Cuba kita perhatikan itu.  Bagaimana seperti kesimpulan kita hendak masuk universiti tetapi tidak mau mengikut syarat dan peraturannya.  M'gkin kita ingin naik gaji tetapi tidak mengikut syarat yang layak dan membiarkan kita berada pada 'jalan' atau 'keadaan' yang reject our personal credibilities.  Segala ini perlu kita perhati dan amati.  Jangan kita ikut dan akur tanpa mengguna akal fikiran dan panduan.

 

Panduan kita ialah agama.  Maka 'agama' itu ialah yang diambil dari sumber yang asli.  Sumber yang asli itu ialah dari guru-guru agama.  Guru agama itu adalah sandaran kepada golongan ulama'.  Ulama' itu pewaris nabi.  Tidak ada mana-mana ruang yang menyebut guru ilmu kebatinan, guru silat itu mendapat perhatian dan tempat yang tinggi dalam kedudukan institusi agama kita itu.

 

Janganlah kita dikotak katikan atau diperbodohkan kerana kejahilan kita.  Jangan biarkan diri kita ini dijajah dan tidak merdeka.  Tidak merdeka kerana mengikuti telunjuk dari pemimpin dan mentor yang membawa panduan dari acuan kotak fikiran dan mengikuti selera mereka.   Jalan menuju Allah itu tidak perlu kepada kumpulan dan pertubuhan, melain kepada iman dan taqwa.

 

Apabila kita belajar sesuatu 'ilmu' itu tanpa ada amalan-amalan, maka jika perkara itu terjadi pasti sesuatu yang diragui.  Umpama kita belajar ilmu kebatinan, cukup sekadar menyebut-nyebut nama dan doa (pendek) tanpa perlu kita melatih diri dengan jalan-jalan agama, perbanyakan sholat, doa, wirid dan zikir, terus terjadi sesuatu yg dianggap luar biasa atau magis.  Maka kelakuan magis itu sifatnya terbatal.

 

Pada pertengahan kalimat Allah dan Muhammad atau pada awal menyebut Gerak Allah dan Gerak Muhammad, kemudian dapat bergerak dengan sendiri sedar atau tidak, maka yang datang itu bukan dari Allah ta'ala.  Penggerak itu dari makhluk dibangsakan kepada jin atau khadam.  Mereka berkata, kami tidak menyeru bangsa jin?  Sekadar selawat dan zikir.  Tetapi apa yang terkandung 'dalam doa' itu?  K'dian sewaktu menerima ilmu tersebut, apa yang diberikan oleh 'guru' tersebut?  Batu? Cincin? Kain dan sebagainya.

 

Dari segi akidah, KENAPA DIWAKTU ITU SAHAJA KITA NEKAD DAN YAKIN ITU DARI ALLAH TA'ALA SEDANG DILUAR DARI ITU BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH TA'AL?   Kenapa di waktu hendak bergaduh atau bertumbuk sahaja perlu ingat kepada Allah dan mengucapkan kalimat-kalimat zikir.  Pada waktu yang lain kita seorang yang lalai.  Seorang yang jauh sama sekali untuk meletakan tuhan di dalam jiwa dan fikiran.  Tingkah laku kita jauh sama sekali mengikuti ajaran agama dan sebagainya.

 

Perhatikan itu.

 

Ini termasuk jenis-jenis 'susuk' dan sebangsa dengannya.  Susuk yang dipakai kepada batu dan cincin yang dikatakan hikmat.  Cukup sekadar memakai cincin, kemudian keadaan perlu terus kita lafazkan doa dan azimat dari ungkapan mantera untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk tenaga, gerakan dan 'jurus'.  Kelaku yang terjadi itu bukan dari Allah ta'ala tetapi makhluk.

 

Kita perlu berhati-hati kerana perkara itu menjoros kita kepada syirik, merosakan amal.  Tujuan kita zikir itu dari kalimat zikri, ertinya ingat atau sebut nama atau kepada Allah ta'ala.  Tujuan untuk mendekatkan diri bukan untuk 'bergaduh dan bertumbuk'.  Bukankah dari segi logiknya sudah ganjil dan pelik.

 

Kemudian kita tanya apakah perkara-perkara itu dikatakan ajaran ISLAM? 

 

al-fatihah buat guru ku Bapak Hamarjan bin Imam Mat Sholeh, adalah orang besar jajahan ini.  Kepada allahyarham Tuan Haji Johanness Choeldi, beserta Tan Sri Samad Idris adalah pengasas dan guru kepada pertubuhan PNM, moga-moga keberkatan ilmu yang mereka tinggalkan itu dapat kita guna untuk memandu kehidupan, menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat selain untuk agama dan negara.

 

Wahai orang-orang muda jiwa bangsa, jangan kita membiarkan diri dalam kejahilan (agama). Kelak yang dikendung itu tercicir, mereka yang palsu itu diikuti.  Nanti akan jadi kita ini pengikut-pengikut Thougut dan Yakjuj-Ma'juj yang melakukan kerosakan di  atas muka bumi.  Keras bunyinya tapi biarlah ia menjadi peringatan.  Salah tidak akan jadi benar.  Lurus itu terang lagi benderang, yang gelap dan samar-samar itulah disembunyikan.

 

al-Quran itu suatu mukjizat akli (akal), ia terang dan jelas.  Mengajar dan mengajak manusia berfikir.  K'dian mendapati jawapan-jawapan suatu hakikat kehidupan.  Bukan sekadar digendeng, diletak di tempat tinggi tetapi tidakpernah dipakai.  Disimpan dalam al-mari.  Kita ini hidup biar 'berilmu', dengan manusia 'biar berbudi'.  Berbudi tidak bermakna menuntut kebaikan melain kebaikan itu hanya akan dibalas oleh Allah ta'ala.

 

Sabda nabi Muhammad saw, orang yang paling mulia kedudukannya, ialah mereka yang banyak memanfaatkan orang lain.

 

Permasalahan dengan 'ilmu kebatinan dalam kontek mempertahankan diri', sesuatu yang perlu diambil kira.  Ibubapa dan pemimpin masyarakat, pemimpin politik khususnya.  Perhatikan dalam setengah gerakan dan perkumpulan, mengajar anak-anak kita, remaja kita dengan segala macam ilmu kebatinan.  Perkara yang mendatangkan masalah itu ialah;

 

(1) Ilmu yang tidak ada amalan, hanya sekadar membaca mantera, doa dan selawat terus mendapat hikmat dan 'tenaga' yang dianggap magis /luar biasa

 

(2) Pemimpin ilmu kebatinan yang di dalamnya membawa pegangan / iktikad atau doktrin yang mengajar manusia itu meletakan sandaran-sandaran kepada kuasa dan makhluk (ghaib).  Selain terdapat pegangan / iktikad yang menyalahi sama sekali dengan akidah ahlu-sunnah wal-jemaah dari bab Tauhid.

 

(3) Menerapkan beberapa unsur-unsur dari Tasawuf Batiniah (mahzab) dengan syarah-syarah atau bicara-bicara tentang Ilmu Hakikat dan Makrifat.  Selain unsur-unsur hakikat insan seperti mana tulisan Dr. Othman el_muhammady, 'wusyul' atau 'wahdatul wujud' tanpa mujahadah adalah terbatal. 

 

(4) Ilmu kebatinan dengan bantuan-bantuan makhluk ghaib yang disabit dengan ilmu khadam, makhluk halus atau jin dengan dakwaan inilah pertolongan tuhan katanya kerana membantu mereka sewaktu keadaan untuk bergaduh atau bertumbuk, mereka akan jadi gagah perkasa dan kuat.

 

Saya memohon pihak pemerintah dan berkuasa, memerhatikan pergerakan-pergerakan seperti itu kerana akan mengancam akidah / pegangan agama yang telus lagi suci.  Mangsa adalah anak-anak kita, keluarga dan masyarakat secara umum.  Bagi ibubapa pastikan anak-anak mereka dibekal dengan ilmu dan pengetahuan agama secukupnya. 

 

KONSEP JEMAAH DAN PEMIMPIN DITAATI

 

Sabda nabi Muhammad saw, " aku ingin memperingati kamu, akan lahir pemimpin yang bodoh selepas ku". Lalu orang bertanya siapa gerangan pemimpin yang bodoh itu? "..pemimpin yang tidak mau mengikuti kitabullah dan sunnah ku.  Melakukan kezaliman dan pembohongan.  Barang siapa yang membenarkan mereka, mereka bukan golongan ku dan aku bukan dari mereka.."

 

Kitabullah itu al-quran dan darihal sunnah itu ialah pelaku, keperibadian, cara, kaedah dalam hubungan agama dan sosial.  Jika mereka atau kumpulan atau pertubuhan yang tidak mengikuti itu, pasti itulah yang dimaksudkan oleh peringatan nabi kepada kita.  K'dian kita ikut sebagai satu pertubuhan dan ikutan. 

 

Auzubillah.  Sebarkan text ini moga-moga kita dapat melindungi, menyelamat, memberi amaran kepada kaum keluarga, adik-adik dan masyarakat terutama golongan muda-mudi yang 'ikut semborono' tanpa ilmu dan pengetahuan.  Dijanjikan kebaikan dan keseronokan dan kehebatan.  Kerana manusia itu suka kepada keseronokan, kemegahan dan kehebatan selain malas berusaha.  Cara terbaik itu tentulah dengan jalan ekspres dan cepat utk memperolehi sesuatu

 

Maksud hadis, suatu hari kamu akan mendapati keadaan kucar-kacir.  Kamu tidak mengetahui mana yang benar. Lalu orang bertanya bagaimana kami menemui keadaan itu?  Jawap baginda, hendaklah kamu berada dalam jemaah.  Lalu baginda bersabda, Jangan kamu keluar dari jemaah. Taat kepada pemimpin selagi dia mengikut kitabullah dan sunnah ku walau dipimpin seorang Habsyi (orangnya hitam legam kulitnya).

 

Apakah pemimpin dengan mana-mana pemimpin kita, ikuti mereka yg mengikut ajaran al-Quran dan sunah nabi?  Atau mungkin kita sekadar menjunjung al-Quran tetapi hati dan fikiran kita tidak pernah langsung 'mengagung-agungkan al-quran sebagai panduan dan panduan'.  Firman Allah ta'ala, "..sesunggunya al-quran itu mengandungi hikmat.." dan lagi "..sesungguhnya quran itu mengandungi cerita nabi dan umat sebelum kamu, moga-moga kamu memperolehi panduan..";

 

Pernah kita dalam hidup menelek-nelek al-Quran?  Jadikan al-quran itu sebagai panduan hidup atau sekadar junjungnya sahaja? Baik pemimpin atau pengikut.  Jika tidak ada ini, bagaimana kita.  Apakah selamat darihal Iman dan Islam kita itu?  Apakah benar pertubuhan, kumpulan dan jemaah yang kita ikuti dan akuri ini?  Apakah sebenarnya lorong dan jalan yang kita ikut ini?

 

Apa yang diajar oleh al-Quran?  Apa yang diajar oleh nabi kita?  Keduanya berhubungan dengan agama.  Agama itu sudah pasti akan mengajar kita tentang tauhid kepada Allah ta'ala.  Apa yang dikatakan Tauhid itu?  Apa dia itu meng-tauhid-kan Allah ta'ala?  Maka pasti jika kita mengikuti gerombolan yang mengatakan ISLAM, akarnya membimbing kita kepada tauhid yang suci.  Bebas dari kesyirikan.

 

Jika mereka tidak membimbing kita dengan ilmu dan pengetahuan tentang perkara asas (fardhu) tentang agama, maka kita perlu mengelak diri.  Apa perlu kita bersama-sama mereka dan membuang masa.  Duduk bersembang dari hal yang sia-sia (dunia).  Apa yang dikatakan 'demi masa, manusia itu dalam kerugian'.  Antara menghabiskan waktu berjam-jam lamanya tanpa menambah ilmu dan pengetahuan terhadap agama, baik kita berdamping dengan tuan-tuan guru yang mengajar agama, membebaskan diri dari kejahilan dan 'taklid'.

 

Kita beramal, perlu kepada ilmu.

Sembahyang, puasa, wirid, zikir kita perlu kepada ilmu.

Tanpa 'ilmu', sesuatu perkara itu dilaku secara membuta tuli. Dibuat secara taklid/ ikut-ikutan dan tidak lahir dari ilmu yang bakal menerbitkan kesedaran dan kefahaman.  Urusan atau amalan dalam agama yang wajip atau sunat, tanpa ilmu adalah 'sia-sia' kerana dilakukan di atas kepercayaan sekadar ikutan, tidak lahir dari sanubari / hati.

 

Ada orang yang melihat 'perkara agama sebagai permainan'.  Mengikut budi akal fikiran.  Malas mengejar dan mencari ilmu dan pengetahuan.  Sekadar tau menyebut-nyebut sesuatu perkara tetapi tidak tau apakah amalannya.  Orang seperti itu bukanlah ingin mencari sebenar kebenaran di dalam kehidupan.  Melainkan sekadar 'ingin mencuba-cuba'.  K'dian jika tidak sanggup, tinggalkan dan kemudian pergi lagi pada kumpulan dan majlis ilmu yang lain.  K'dian jika tidak sanggup, tinggalkan lagi dan seterusnya.

 

 

 

 

 

FALSAFAH

 

Jangan kita pinggir, meminggir orang yang datang.  Pada mereka itu ada teladan yang baik atau ilmu yang manfaatkan.  Kelak akan menjadikan kita suatu penyesalan.  Sesal kerana tidak ambil peduli, kata dan hikmat.  Nasihat dan teguran.  Peringatan itu sangat mengkehendaki kita, menguasai ilmu dan pengetahuan.  Ilmu agama-lah menjadi priority dalam usaha meningkatkan iman dan ISLAM kita. Seorang Muslim tidak akan tentu menjadi seorang Mukmin, kerana seorang Muslim belum tentu dia orang yang benar imannya manakala seorang yang beriman (mukmin) sudah tentu dia ISLAM.

 

Masa tidak menunggu kita. Buah yang rendang masa, perlu diambil, dikait. Jangan sampai yang rendang jadi busuk.  Musim yang lebat, tidak selalu.  Kadang hujan panas, ribut lagi petir. Mgkin pokok yang rendang itu mati.  Dan kita, orang yang rugi.  Rugi kerana sudah ada pada waktu dan masa, buah yang lebat dan rendang, dibiarkan. Tidak ambil peduli dan pusing.  Entahlah, 'muda-muda' fikir akan hidup besok, belum tentu.

 

Ketulusan dan kejujuran sering diabaikan.  Buah yang busuk, selalu diambil kerana tertipu dengan kata-kata manis jurujual.  Kelaku dan pakaian yang baik, tidak ada jaminan, isi-nya hati itu yang telus lagi suci.  Cantik lagi manis dipandang mata, sedap baunya, enak pendengarannya itulah yang selalu membawa kepura-puraan.  Terlindung segala macam jampi serapah. Kata nista dan dusta.  Bagaimana mengenali itu?

 

Seorang namanya Mukadir, katanya "..wahai adik ku, jangan engkau jadi seperti 'kaldai', umpannya 'makan'.  Tiada ia sampai-sampai.  Tujuannya samar lagi berpusingan.  Tiada telus lagi benar.  Apa yang engkau cari?  Tidak ada sesuatu di situ.  Tempat jatuhnya pada kekufuran, sesat lagi membawa mulhid.  Penyuluh kegelapan adalah cahaya.  Sinar bergilapan itu adalah permata delima.  Di mana hendak dicari? 

 

Maka hendaklah engkau menelek kata hati mereka.  Apakah 'sinar cahaya' itu menerbitkan erti kehidupan kepada 'ketuhanan'.  Mg'kin kata hati mereka itu mencari ruang kehebatan dan kemegahan, maka terbatal-lah mereka itu.  Tiada boleh engkau bersama mereka, makmum lagi melantik sebagai 'imam'.  Kelak, 'haram', berdosa kerana umpama membenar tingkah laku dan kelakuan  mereka.  Tiada beriman sebenar beriman, tiada 'tanglung' dikatakan 'nur Illahi' pada lehernya melainkan 'kufur'.

 

Jangan engkau nanti menyesal.  Awalnya 'sinar' dalam ketaatan diri mu pada agama.  Lorong yang salah membawa kepada 'sifat yang menghapuskan segala amal'.  Syirik itulah perkara membatalkan segala amalan.  Beramal tetapi membawa kepada ke-syirik-an di dalam diri.  Belajar ilmu itu perlu kepada kesucian dan kejernihan.  Jernih itu adalah apa yang diajar oleh al-quran dan nabi kita kemudian kepada para sahabat kemudian kepada para hukamak dan ulamak kemudian kepada terhampir dengan kita itu ialah 'guru'.

 

Kata ulamak, kamu memandang wajah orang alim itu mendapat pahala.

 

Hati-hatilah engkau.  Usaha telah mati.  Kasihnya telah hilang.  Kesungguhan silih berganti antara suka dan duka.  Duka kerana tidak mau dengar kata.  Kehidupan tidak lama, pokok yang lama akarnya di mamah usia.  Akhir mati dan terhapuslah segala perbuatan dan amalan.  Apa yang tinggal itu ialah 'ilmu yang dimanffatkan', anak yang sholeh mendoakan, harta dibelanjakan, sedekah jariah.  M'gkin nanti kamu akan sedar, betapa harga buat pelukis yang melukis, dengan pena dan warna-warna dalam perbagai rupa bentuk. Tapi tiada engkau dapat mengerti.

 

Kita tidak lupa, firman Allah ta'ala jangan kamu mengherdik suatu kaum, mungkin kaum itu amalannya lebih mulia dari kamu.

 

Wallahua'lam.

Anazil bin Nordin

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Emel anazil73@celcom.net.my

 

 

 

 

 

 

 

 

The page designed for 1024x720 dpi.  I.E version 4.0 and above.

All text, files, document in herewith is personal opinion.  Some part of the pages may censored or sensitive issues may argue by certain people, groups, organization and associates.  All through some experience and knowledge may the public never force the issues.  Also the common part Jurus Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia, the issue had past for many years as illegal.  By this great leaders of new era what we called democratic, public speech and opinion is the right for everyone.