SALAM PENGENALAN

Saya Amran bin Hj Tik dan isteri saya Rodziah bte Ramli  telah berkecimpong didalam dunia perniagaan DXN sejak tahun 1994. Sebelum ini bertugas di Universiti Institut Teknologi Mara, dibawah Program Dasar Pandang Ke Timur. Bertugas sebagai Pembantu Tadbir. Oleh kerana mempunyai impian agar dapat hidup senang lenang, saya melanjutkan pelajaran Bahasa Jepun di Universiti Malaya dan hinggalah berpeluang melanjutkan pelajaran Bahasa Jepun di Oversea International College di Okinawa, Jepun.

Sekembali dari Jepun kehidupan saya, masih tidak jauh berubah. Saya berazam untuk mencari satu kerjaya baru. Pada 28hb. September, 1994 tarikh keramat dalam hidup saya. Anak buah saya Tuan Haji Yahaya bin Mohd Ning telah datang memperkenalkan makanan kesihatan keluaran DXN. Saya terus menjadi ahli dan mencubanya. Kebetulan Isteri saya mengalami penyakit Migrane sejak dari bangku sekolah lagi. Alhamdulillah selepas seminggu kemudiannya penyakit Migranenya sembuh sama sekali. Tidak lagi bergantung ubat penahan sakit (Postan) lebih dari 20 tahun.

Setelah terbukti berkesan pada Isteri saya. Saya juga mencubanya. Kerana saya sendiri mengalami masalah rambut gugur hingga botak. Saya juga ada masalah Sembelit, Buasir dan Resdung. Setelah 3 bulan mengamalkannya rambut saya telah mula tumbuh semula dan segala masalah kesihatan saya telah pulih seperti sediakala.

Kemudian saya cuba pula pada abang sulung saya yang mengidap penyakit darah tinggi lebih
15 tahun. Alhamdulillah setelah sebulan mengamalkan, ia tidak lagi bergantung ubat darah tinggi dan tidak perlu berpantang lagi.

Apabila terbukti produk DXN ini berkesan kepada diri dan keluarga saya. Saya bertekad untuk menjadikan satu kerjaya secara sambilan. Oleh kerana saya langsung tidak ada pengalaman dalam dunia perniagaan jualan langsung. Saya terus belajar untuk memahami apa itu jualan langsung. Barangannya, khasiatnya dan pelan pemasarannya.

Setiap minggu menghadiri Mesyuarat Mingguan Stokis untuk mengenali lebih dekat lagi syarikat DXN. Kadang kala saya membawa kawan bersama. Setelah 2 ke 3 bulan mempelajari ilmu barangan dan pelan pemasaran. Saya menghadapi masalah untuk memperkenalkan pada pelanggan. Terutama secara berkumpulan. Sebab saya menghadapi masalah darah gemuruh untuk mengelolakan Home Party.

Jika saya tidak dapat mengatasi masalah ini. Sudah tentu saya akan ketinggalan dan terlepas peluang keemasan ini. Atas nasihat seorang sahabat, mengesyorkan saya berceramah dengan bantuan Slide Projector. Alhamdulillah ianya sungguh-sungguh berkesan. Bermula dengan rumah yang pertama dengan rasa takut, gemuruh dan berdebar-debar, saya berjaya melaluinya. Sehingga kini saya bukan sahaja mampu berceramah dirumah-rumah malahan di hotel-hotel besar, dihadapan ribuan penonton sudah tidak lagi jadi masalah.

Selama 20 bulan saya melalui duri ranjau, onak belukar akhirnya pada 24hb. Jun, 1996 saya telah berjaya mencapai pangkat Bintang Berlian. Dan meraih pendapatan 5 angka sebulan. Dan terus meletakkan jawatan untuk memberi penumpuan sepenuh masa pada perniagaan DXN ini.

Anda bolehlah lihat sendiri hasil kejayaan saya dilaman-laman seterusnya dari semasa kesemasa. Agar ianya boleh menjadi satu Motivasi.

BERJUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.