|
|
|
|
|
Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.
Kalau kita lihat, secanggih mana pun teknologi perubatan kadangkala gagal untuk mengesan dan mengesahkan penyakit seseorang itu. Berbanding dengan kaedah IRIDOLOGI, ianya boleh menganalisis penyakit seseorang itu dengan cepat dan tidak perlu perbelanjaan yang tinggi.
Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopati.
Didalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.
Menerusi kanta pembesar dan sebuah
lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau menganalisa
tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat kekuatan dan
kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu.
Berikut beberapa panduan asas yang perlu anda pelajari :-
1. WARNA HITAM
Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.
2. WARNA COKELAT .
3. WARNA BIRU
4. WARNA PUTIH.
Irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai 'Sodium Ring' ( calsium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolestrol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi memastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bila mana dia bergerak. Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol. Inilah kelebihan iridolgis dapat menganalisis lebih awal lagi tahap kesihatan seseorang. Agar dapat bertindak sebelum terlambat.
5. WARNA UNGU.
6. BENTUK BULAN SABIT ( Crescent Shaped)
Dikawasan jam 11.00 hingga jam 1.00. Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus.
7. GARISAN KUNING
8. GARISAN LEKUK.
Ia berkaitan dengan masalah stress. Akibat daripada beban ditempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.
9. LEKUK ATAU LUBANG.
10. WARNA GELAP ATAU KELAM.
11. COKELAT KEMERAH-MERAHAN.
12. BENTUK SIKU KELUANG.
13. PERUT TERLEBIH AKTIF.
14. KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIANALISIS OLEH IRIDOLOGI.
1. Kadar tekanan
darah seseorang
2. Kadar kandungan
gula, lemak, urik asid dalam darah seseorang.
3. Tidak dapat
menentukan jenis ubat atau dadah yang digunakan oleh sesorang itu.Termasuk
berapa lama telah diamalkan.
4. Apakah jenis
pembedahan yang telah dialaminya.
5. Apakah jenis
yang ia boleh makan dan tidak boleh makan.
6. Bila masakah
atau sebab apakah seseorang itu mengalami kecederaan.
7. Patukan ular
tidak dikesan. Kecuali jika berpuluh-puluh patukan baru ada tanda dimata.
8. Nama penyakit.
Iridologis tidak boleh menentukan jenis penyakit seseorang itu.
9. TIdak dapat
mengenal pasti mata yang dilihat itu lelaki atau perempuan.
10. Jumlah sesuatu
organ dalam badan. Samada ia lahir dengan 3 buah pinggang atau kembar uterus.
11. Jika gigi bermasalah.
12. Kadar kandungan
lead, cadmium, aluminum atau lain-lain elemen besi dalam tisu.
13. Jika wanita itu
mengandung atau tidak. Kerana mengandung itu fisiologi normal.
14. Samada perlu seseorang
itu menjalani pembedahan. Ini perlu pernilaian doktor pakar.
15. Samada terdapat ketumbuhan
dan saiznya.
16. Samada buasirnya terkeluar
atau tidak. Kerana ia bukannya kejadian tisu.
17. Seseorang itu mengidap
AIDS. ( acquired immunodeficiency syndrome)
18. Seseorang itu ada batu
karang atau batu dalam hempedu. Kerana batu bukan dari tisu.
19. Samada seseorang menghadapi
masalah jantung tersumbat.
20. Bila seseorang itu akan
mati.