|
Saya mula mengalami masalah berat badan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang pertama hingga ketiga
Saya mula mengalami masalah berat badan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang pertama hingga ketiga. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara ceaseraan/pembedahan kerana kandungan yang besar sehingga mencapai 4 kilo. Saya mula merasa tertekan apabila berat badan saya tidak turun walaupun menyusukan anak saya. Bayangkan berat badan asal saya sebelum mengandung hanya 52 kilo dengan ketinggian 5 kaki 2 inci tetapi menjadi 75 kilo selepasa bersalin.Saya mula mengambil pil kurus dari klinik swasta setelah diperkenalkan pil tersebut oleh rakan sekerja saya 4 bulan selepas bersalin dan berat saya turun kepada 65 kilo. Kerana terlalu ingin kurus dengan kos yang murah saya teruskan walaupun saya mengalami banyak kesan sampingan sehingga memudaratkan. Saya mengalami masalah kesukaran tidur yang amat teruk sehingga 3 bulan lepas walaupun saya telah lama berhenti menggunakan pil tersebut. Sewaktu pengambilan ubat itu saya hanya dapat tidur 2 jam,itupun tidur yang tidak lena, disiang hari saya seperti dalam khayalan dan menjadikan emosi saya terganggu dan dalam kemurungan. Wajah saya seakan tua walaupun ketika itu usia saya 26 tahun. Saya berhenti menggunakannya apabila mengandungkan anak ke 2 dan berat saya ketika itu 60 kilo. Selepas bersalin Sept,2000 berat saya menjadi 80 kilo. Saya mula mengambil semula pil kurus pada Jan,2002 selepas anak saya berhenti munyusu badan. Pada kali ini kesan sampingan yang amat ketara saya mengalami gastrik dan ulser. Dari bulan Januari –April saya kerap ditahan di hospital akibat sakit perut yang amat sangat dan selalu menyerang saya sekitar jam 1.00-3.00 pagi. Saya diberikan suntikan tahan sakit sehingga saya tertidur bagi meredakan kesakitan saya. Saya dinasihatkan berhenti menggunakan ubat tersebut. Selepas ulser dan gastrik saya pulih,berat badan saya bertambah semula dari 58 kilo ke 65 kilo menjadikan saya risau. Saya mengambil pula pil kurus dari jenis yang lain di klinik swasta.Pada Mei,2002 sekali lagi saya dimasukkan ke hospital dalam keadaan sakit perut. Kemudian, saya disahkan mengalami masalah batu karang dalam hempedu pula kerana kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah. Saya menjalani pembedahan pembuangan hempedu dalam bulan Jun 2002.Berat badan saya ketika itu 60 kilo.Selepas itu saya mengawal pemakanan saya dengan tidak langsung menyentuh nasi dan hanya memakan makanan lain selain dari nasi, tetapi saya masih mengambil pil kurus tersebut sekali sekala. Kadangkala terasa seksanya menahan diri dari menjamah makanan yang sedap di depan mata.Pada April 2003 saya mengandung semula dan ketika itu berat saya sekitar 60-65 kilo (turun naik). Selepas bersalin pada Jan,2004 berat saya menjadi 85 kilo sehinggalah awal Sept,2006 setelah saya menjumpai ubat SNE ini. Saya mula ingin menurunkan berat badan saya pada Jan,2006 selepas 2 tahun menyusu kan anak perempuan saya yang ketiga. Pelbagai usaha saya lakukan dan mengambil sejenis ubat kurus jenama lain yang tidak menggangu tidur saya dari klinik swasta.Tetapi berat badan saya akan turun sekitar 2 kilo dan akan naik semula apabila berhenti menggunakannya selama 2 minggu sahaja dan naik 3 kilo pula! Rupa saya pula dengan kulit yang kusam dan badan yang gemuk menjadikan penampilan saya seperti tidak bermaya dan saya terasa malu dan tidak berkeyakinan untuk berada di tempat awam atau sebarang majlis perkahwinan,function dan sebagainya. Pakaian juga amat sukar saya cari untuk disesuaikan dibadan saya. Rakan saya memperkenalkan pula ubat kurus dari jenis bancuhan susu yang bernilai lebih RM2800.00 ringgit untuk sebulan pada Jun, 2006.Saya hanya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 4 kilo sahaja dan apabila tamat sebulan saya mengambil pula ubat kurus juga berupa susu yang di goncang dan harganya juga murah sekitar RM 100.00 setin yang tahan untuk 20-25 hari. Saya mula berhenti menggunakan semua produkt tersebut kerana jemu dengan rasanya yang lama kelamaan memualkan saya disamping terlalu banyak aturan waktu minuman tersebut dan saya tidak boleh mengambil makanan lain selama 4-5 jam selepas meminumnya, sedangkan saya amat lapar dan menahan diri mennaggung keadaan itu. Pada ketika itu saya mulai risau kerana sampai bila saya harus terus meminum minuman kurus berkenaan dan beberapa rakan lain pernah mengalami penambahan berat badan semula selepas berhenti menggunakannya hanya selama beberapa minggu. Turun cepat sebulan sahaja tetapi naik juga cepat setengah bulan selepas berhenti!!!
Akhirnya saya berjumpa Pil Kintop 1,2,3 , Teh dan Pil SNE ini melalui rakan internet saya iaitu Atty dan Fiza. Terimakasih!!! Selama 3 bulan penggunaannya bukan sahaja berat badan saya turun secara sekata tetapi inci dibadan saya terutama di punggung, belakang badan, peha juga turun dari hari kehari sehingga kini. Kulit saya juga mulai bermaya dan tiada lagi kusam seperti 2 tahun sebelum ini. Penggunaan pil herba ini juga amat mudah dan flaksibel tanpa menggangu tugasan harian saya walaupun dipejabat. Dan berita baiknya, saya tidak perlu lagi menahan lapar kerana saya boleh memakan apa sahaja (makanan halal la) makanan favourite saya tanpa perlu risau berat badan bertambah kerana saya akan berhenti makan apabila saya merasa kenyang walaupun saya mengambil jumlah makanan dalam kuantiti yang sedikit.Anda tidak perlu risau jika anda kuat makan, cukuplah dapat merasa makanan enak tanpa menahan nikmat makanan itu.
Kini, saya mulai ke shopping kompleks dan tanpa perasaan malu saya mula mencari baju-baju yang bersaiz M/L.Walaupun berat saya kini 60 kilo (Nov,2006)tetapi kerana pengurangan inci yang sekata ditubuh badan saya, saya boleh mengenakan pakaian saiz tersebut. Kalau dulu walaupun berat saya sama seperti sekarang tetapi saya masih mengenakan saiz XL kerana tiada pengurangan inci yang sekata di badan saya. Dan paling ketara pada minggu lepas di Ikano, Mutiara Damansara sejak sekurun lamanya saya berjaya mengenakan jeans jenama Disney yang mempunyai cutting perempuan dengan saiz L & M.Selama ini saya membeli jeans saya adalah dari jenis cutting lelaki. Saiz seluar saya pula ketika itu adalah saiz 36. Saya masih menyimpan 2 jeans berkenaan untuk dijadikan kenangan betapa gemuknya saya dahulu.
Saya juga hampir tidak dikenali oleh beberapa rakan lama saya serta saudara mara saya pada 2, 3 minggu lepas (kali terakhir bertemu adalah pada hari raya puasa 2006 dan rakan saya pula pada 4,5 bulan lepas). Sehingga rakan saya takut untuk menegur saya kerana takut salah orang katanya walaupun hatinya berkata mungkin itu saya. Akhirnya saya yang menegurnya dahulu. Dan yang pasti ramai customer saya (kerana saya berkerja bahagian front line) yang mengatakan saya telah kurus!!! Itu baru 3 bulan berat saya 60 kilo. Dari itulah saya ingin berkongsi rahsia saya selama ini setelah saya mendiamkan diri dari menjawab pertanyaan anda semua dari mana hasilnya semua ini yang menjadikan saya hampir kurus!!! Saya akan meneruskan usaha saya ini untuk mendapat berat badan yang ideal. Saya mula berkeyakinan dan menghargai semula segala anugerah Allah berikan dan akan saya hargai dan menjaga tubuh badan saya,bukan sahaja selain menjadi kurus tetapi SNE juga menjaga kesihatan saya di luaran dan dalaman saya.Jika dahulu period saya tidak betul aturannya sehingga 3 bulan sekali sahaja sejak saya mula datang "period" tetapi menjadi sejarah pertama dalam hidup saya,period saya kembali normal dan setiap sebulan sejak 3 bulan lalu saya mendapatnya semula dalam susunan hari yang lebih kurang sama iaitu sekitar 27hb -30 hb sehingga 6 ke 7 hari. Terimakasih SNE dan rakan yang perkenalkan saya kepada jenama ini, ATTY dan FIZA. Walaupun mereka pernah diketawakan dan ditegur kerana mempromosikan SNE ini, tetapi ingatlah mereka yang membuat impian saya hampir menjadi kenyataan untuk kurus dan mendapat kualiti hidup yang lebih baik dari sebelum ini.
|
|