KOLEKSI RESEPI KEK

1 Apfelkuchen, sehr fein (Apple Cake )
2 Biskuitrolle (Kek gulung)
3 Gefüllte Schokoladentorte (Filling Chocolate Cake)
4 Wiener Schokoladentorte (Vienna Chocolate Cake)
5 Kiwi Joghurttorte (Kiwi-Yoghurt Cake)
6 Karamel Sahnetorte (Caramel Cream Cake)
7 Malakofftorte (Malakoff Cake)
8 Blitz Käsetorte (Simple ‘No Bake’ Cheese Cake)
9 Puddingkuchen (Pudding Cake)
10 Windbeutel Eclairs & Bananenwindbeutel (Cream puff Eclairs & Banana cream puff)
11 Eberswalder Spritzkuchen
12 Gefüllte Halbmonde
13 Sacher-Torte (Austrian Chocolate Cake)
14 Mandelkuchen (Almond Cake)
15 Schwarzwälder Kirschtorte (Black Forest’s Cake)
16 Mokkatorte (Mocca Cake)
17 Käsekuchen (Cheese Cake)
18 Kek Pisang

 

Apfelkuchen, sehr fein (Apple Cake)

Bahan :
125 g majerin atau butter
125 g gula
1 paket gula vanilla / 1 st esen vanilla
sedikit garam
4 titik minyak zitrone (ganti dengan minyak biasa pun boleh)
3 biji telur
200 g tepung gandum
2 st rata baking powder
1 – 2 sm susu
4 – 5 biji epal, kupas kulit, potong empat dan kelar-kelar

Cara :

  1. Pukul marjerin atau butter dengan kelajuan tinggi selama ½ minit. Lepas tu masukkan gula dan vanilla sedikit demi sedikit semasa memutar. Masukkan garam, minyak zitrone dan pukul lagi sehingga adunan kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul adunan ½ minit sebelum telur berikutnya dimasukkan.
  3. Tepung dan baking powder digaul dan ayak terlebih dahulu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu, pukul dengan kelajuan rendah.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar ca. 28cm yang diminyakkan atau dialas kertas pembakar, aturkan epal (tekan sedikit) dan bakar dengan suhu 175 – 200 °C atau gas 3 – 4 selama 40 – 50 minit.
  5. Sementara tu masakkan 2 sm jem aprikot yang disaring dengan 1 sm air. Lepas kek masak (masa tengah panas), sapukan bancuhan aprikot ke atas kek.

# Option : Kalau suka boleh taburkan hirisan badam. Taburkan hirisan badam kira-kira 25 minit sebelum kek masak. Sapukan butter dahulu, taburkan gula dan badam. Kalau taburkan dari awal nanti hangus pula badam tu !

Biskuitrolle (Kek gulung)

Bahan :
3 biji telur
5 – 6 sm air panas
150 g gula
1 paket gula vanilla atau 1 st esen vanilla
100 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 st rata baking powder

Cara :

  1. Pecahkan telur, masukkan air panas dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 1 minit.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dalam jangkamasa 1 minit dan pukul lagi selama 2 minit.
  3. Gaulkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder, ayak campuran ni.
  4. Masukkan sebahagian tepung campuran ke dalam adunan dan kacau dengan kelajuan rendah. Ulangkan proses yang sama untuk baki tepung.
  5. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar dan ratakan adunan. Bakar selama 12 minit dengan suhu 210°C atau gas 3 – 4.
  6. Lepas kek masak, terbalikkan ke atas tuala yang ditabur gula halus (bukan gula castor). Sapukan air sejuk ke atas kertas pembakar dan tanggalkan kertas pembakar dengan segera. Sapu dan ratakan jem (ikut suka jem apa) dan gulungkan kek. Lepas tu taburkan/ayakkan gula castor ke atas kek gulung.

# Tipp : Untuk mendapatkan doh yang elok, pastikan bekas kering dan tak berminyak. Keringkan telur terlebih dahulu selepas dicuci & sebelum dipecahkan.

Gefüllte Schokoladentorte (Filling Chocolate Cake)

Bahan :
250 g tepung
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
70 g serbuk koko
280 g gula
125 g butter
250 ml susu
150 g krim masam (Sauresahne)
3 biji telur – dipukul
190 ml whipping cream (Schlagsahne)

Cara :

  1. Campur dan gaulkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko, ayakkan ke dalam bekas besar.
  2. Masukkan gula, butter, susu dan krim masam ke dalam campuran tepung. Putar adunan hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 4 minit, hingga adunan sebati dan berkrim.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar 20 cm yang telah digris dan bakar dengan suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak.
  5. Bila kek masak, biarkan didalam bekas selama 10 minit sebelum diterbalik dan disejukkan di atas jaring penyejuk.

Topping :

  1. Panaskan 50 g coklat masakan bersama 25 g butter dengan cara ‘double boiled’, kacau hingga coklat cair. Masukkan 3 st gula castor dan kacau hingga sebati.
  2. Pukul whipping cream hingga kembang.

Cara hias kek :

  1. Potong kek yang telah sejuk kepada 2 bahagian. Letakkan lapisan kek pertama ke dalam ringform.
  2. Sapukan whipping cream dan lapiskan dengan lapisan kedua kek.
  3. Tuangkan coklat cair, ratakan. Biarkan coklat beku sebelum dihidanglan

Wiener Schokoladentorte (Vienna Chocolate Cake)

 
Bahan :
250 g coklat semi pahit
250 g butter
150 g gula
5 biji kuning telur
3 biji telur
250 g badam kisar
100 g serbuk roti
2 st rata baking powder
5 biji putih telur

Cara :

  1. Patahkan/potong kecil coklat masakan. Panaskan dengan cara ‘double boiled’, kacau hingga berkilat. Ketepikan dari api dan sejukkan sedikit.
  2. Pukul butter dengan kelajuan tinggi ca. ½ minit. Masukkan coklat cair dan pukul lagi. Masukkan 1/3 daripada gula sedikit demi sedikit bersama 5 biji telur kuning dan 3 biji telur. Putar lagi hingga sebati.
  3. Gaulkan serbuk badam, serbuk roti dan baking powder dalam bekas berasingan. Masukkan ke dalam adunan sesenduk demi sesenduk dan putar.
  4. Dalam bekas yang bebas dari minyak dan air pukulkan putih telur ½ minit dengan kelajuan sederhana. Masukkan lebihan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga kembang dan berkilat.
  5. Tuang dan kaupkan telur putih yang telah diputar bersama adunan. Kaup hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar, ratakan.
  7. Bakar dengan suhu 150 – 175°C (Gas 2 – 3) selama 70 minit. Bila kek masak, sejukkan.

Topping :

  1. Masakkan 3 sm jem black currant dengan 3 sm air. Sapukan pada permukaan dan keliling kek.
  2. Panaskan 100 g coklat masakan dan sedikit lemak / minyak dengan cara ‘double boiled’. Tuangkan coklat ke atas kek, ratakan.
Kiwi Joghurttorte (Kiwi-Yoghurt Cake)
Bahan untuk lapisan biskut :
2 biji putih telur
2 smp gula
secubit garam
2 biji kuning telur
2 smp tepung
2 smp serbuk badam
*smp = sudu makan penuh

Cara :

  1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula, garam dan pukul lagi.
  2. Masukkan kuning telur dan kaup adunan.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, serbuk badam dan kaup lagi adunan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar yang telah digris (diameter 28 cm) dan bakar dengan suhu 175-200 °C (Oven dipanaskan dahulu) atau Gas pilihan 3-4 selama 15 minit. Bila biskut masak, sejukkan di atas jaring penyejuk.
Bahan untuk lapisan yogurt :
8 keping gelatin – rendamkan dalam air sejuk
2 biji kuning telur
3 sm jus limau nipis
75 g gula
300 g yogurt
375 ml (3/8 l) whipping cream

Cara :

  1. Pukul kuning telur, gula dan jus sehingga sebati dan berkrim (sampai gula hancur).
  2. Masukkan yogurt dan pukul lagi adunan sehingga sebati.
  3. Perah gelatin dari rendaman air sejuk dan cairkan di dalam periuk dengan api kecil.
  4. Bila adunan yogurt hampir pekat, masukkan gelatin cair dan kacau hingga sebati.
  5. Pukul kembang whipping cream dan kacau sebati dengan adunan yogurt.
  6. Masukkan biskut dalam ‘ringform’. Tuangkan adunan yogurt-cream dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  7. Kupas 7-8 biji kiwi dan potong nipis. Aturkan kiwi di atas lapisan yogurt-cream.
Untuk lapisan jelly :
Campurkan 1 paket Tortenguss dengan 250ml jus anggur (yang jernih) dan 1 sm gula. Panaskan / cairkan di atas api perlahan. Bila suam, tuangkan ke atas kek dan sejukkan.
 
Cream hiasan :
Pukul 125ml whipping cream bersama ½ paket Sahnesteif, ½ st gula dan hiaskan kek dengan corak kerawang atau bunga.
 
*** Untuk lapisan jelly tu boleh gantikan Tortenguss dengan agar-agar. Agakkan kuantiti supaya bila dimasak dengan jus anggur, agar-agar boleh beku! Tapi pastikan agar-agar suam sebelum dituang ke atas lapisan yogurt-cream dan sentiasa kacau lepas diangkat dari api, takut nanti beku / berketul-ketul pulak.
*** Untuk Sahnesteif, gantikan dengan kanji (e.g. tepung jagung & co.)

Karamel Sahnetorte (Caramel Cream Cake)

Bahan lapisan doh :
150 g tepung – diayak
40 g gula
1 paket gula vanilla eqv. 1 st esen vanilla
100 g butter

Cara :

Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati. Canai doh dan bakar dalam bekas pembakar (diameter 28 cm), cucuk permukaan doh dengan garpu dan bakar dengan suhu 200-225°C (Gas 3-4) selama 15 minit. Bila masak, sejukkan.

Bahan lapisan biskut (kek span) :
4 biji telur
2 sm air panas
100 g gula
1 paket gula vanilla
75 g tepung
30 g tepung jagung
½ st baking powder
10 g serbuk koko
secubit serbuk kulit kayu manis

Cara :

  1. Pukul telur dengan air panas dengan kelajuan tinggi selama 1 minit (atau sehingga berbuih).
  2. Masukkan gula dan vanilla sedikit demi sedikit dalam jangkamasa 1 minit. Selepas itu pukul lagi adunan selama 2 minit.
  3. Campurkan tepung, tepung jagung, baking powder, serbuk koko dan serbuk kayu manis. Ayak separuh campuran ke dalam adunan telur dan pukul adunan dengan kelajuan rendah sebentar. Ayakkan/masukkan lebihan campuran tepung dan pukul lagi.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar 28cm dan bakar dengan suhu 175-200°C (Gas 3-4) selama 25-30 minit. Bila biskut masak, keluarkan segera dari bekas pembakar, potong kepada dua bahagian dan sejukkan.

Bahan & cara buat Krim Karamel :

  1. Cairkan 1 paket serbuk gelatin dengan 3 sb air sejuk. Didihkan selama 10 minit. Cairkan 125g gula dalam kuali dan biarkan sehingga kekuningan (jadikan karamel).
  2. Masukkan 125ml whipping cream ke dalam karamel dan kacau hingga gula cair. Angkat kuali / periuk dari api dan kacau, sambil dikacau, masukkan gelatin yang telah cair. Biarkan adunan.
  3. Pukul 625ml whipping cream sampai kembang dan tuangkan ke dalam adunan krim karamel yang suam-suam kuku. Simpan seketika di dalam peti sejuk. Kacau adunan sesekali untuk mengelakkan beku / bergentel.
  4. Campurkan 100g doh marzipan dengan 1 sm jem aprikot dan 2-3 sm rum (option). Kacau adunan hingga sebati.

**gantikan rum dengan air biasa atau jus anggur sebagai agent pencair!

Cara hias kek :

  1. Letakkan doh yang telah siap ke atas dulang etc. Lapiskan dengan lapisan marzipan, tekan sedikit supaya lapisan doh dan lapisan marzipan melekat.
  2. Lapiskan dengan kek span 1 (biskut). Tuangkan separuh krim karamel dan ratakan. Lapiskan dengan kek span kedua. Tuangkan lebihan krim karamel dan ratakan pada permukaan kek.
  3. Hias kek dengan corak kerawang atau corak bunga & coklat. Simpan kek beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Malakofftorte (Malakoff Cake)
Bahan :
150 g butter
150 g gula halus
1 paket gula vanilla equ. 1 st esen vanilla
3 biji kuning telur
150 serbuk mandel yang dibuang kulit)
½ paket gula vanila
125 ml whipping cream
250 ml susu cair
3 – 4 sm rum (option)
250 g Löffelbiskuits (Ladyfingers)

Cara :

  1. Pukul butter selama ½ minit. Sambil memutar masukkan gula dan vanilla sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang / sebati.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu. Selepas setiap biji telur dimasukkan, pukul adunan selama ½ minit terlebih dahulu sebelum telur berikutnya dimasukkan.
  3. Campurkan serbuk mandel dengan vanilla dalam bekas. Masukkan dan pukul campuran mandel berselang- seli dengan whipping cream ke dalam adunan. Gunakan kelajuan rendah.
  4. Campurkan susu dan rum dalam bekas berasingan, celupkan Löffelbiskuit dan aturkan dalam ring form. Lapiskan dengan separuh krim. Buat lapisan kedua Löffelbiskuit dan tuangkan lebihan krim. Simpan dalam peti sejuk selama 3 – 4 jam.
Untuk topping :
250 ml whipping cream
1 st gula
1 paket Sahnesteif (kalau tak ada gantikan dengan 1 – 2 st tepung jagung)
 
Pukul whipping cream selama ½ minit. Masukkan gula, Sahnesteif dan pukul lagi hingga kembang. Sapukan sebahagian krim pada permukaan kek. Sebahagian lagi buatkan corak kerawang / bunga.
Blitz Käsetorte (Simple ‘No Bake’ Cheese Cake)
Bahan :
120 g Ladyfingers
75 g butter
--- Hancurkan ladyfingers, campurkan dengan butter dan gaul hingga sebati.
Bahan filling :
1 paket Götterspeise perasa citrus – option Trifle atau bleh gak gantikan dengan jelly (!)
200 ml air
200 g curd cheese (Frischkäse)
125 g gula
1 paket vanilla
2 sm citrus juice
500 g whipping cream – pukul hingga kembang

Cara buat filling :

  1. Bancuh Götterspeise dengan air. Biarkan selama 10 minit. Panaskan dan sentiasa kacau hingga Götterspeise larut. Biarkan suam-suam kuku.
  2. Campurkan curd cheese, gula, vanilla, citrus juice dan kacau hingga sebati. Masukkan Götterspeise yang suam ke dalam adunan, kacau lagi. Bila adunan mula nak kembang/pekat, masukkan whipping cream dan kaupkan adunan hingga sebati.

Cara hias kek :

Masukkan campuran ladyfingers + butter yang telah digaul sebati ke dalam springform 28cm yang digris. Tuangkan adunan filling ke dalam acuan, ratakan.Hancurkan 60 g ladyfingers, taburkan ke atas kek. Simpan kek di tempat sejuk sebelum dihidang.

Puddingkuchen (Pudding Cake)
Bahan doh :
500 g tepung
1 paket serbuk yis
75 g gula
1 paket gula vanilla
secubit garam
75 g butter cair – suam kuku
1 biji telur
250 ml susu suam

Cara :

  1. Ayakkan tepung. Gaulkan dengan serbuk yis hingga sebati.
  2. Campurkan tepung dengan semua bahan di atas gunakan ‘dough hook’ untuk menguli. Mula-mula dengan kelajuan rendah selama 5 minit. Biarkan di tempat panas (suhu bilik pun cukup) hingga doh naik lebih kurang 2 kali ganda dari saiz asal.
  3. Uli doh hingga lembut.
Bahan filling :
2 paket serbuk puding perasa vanilla – 1 paket lebih kurang 50 g
80 g gula
1 liter susu sejuk

Cara :

  1. Campurkan serbuk puding dengan 8 sm susu. Bancuh hingga serbuk puding larut.
  2. Didihkan lebihan susu. Bila susu mendidih, angkat dari api. Tuangkan bancuhan puding perlahan-lahan ke dalam susu. Sentiasa kacau adunan supaya tidak berbiji. Masakkan semula untuk seketika. Sejukkan. Sesekali kacau adunan untuk mengelakkan berbiji.

Cara melapis kek :

  1. Ambil 2/3 bahagian doh dan uli nipis. Letakkan lapisan doh di atas dulang pembakar yang telah digris. Tekan di bahagian tepi (keliling) doh supaya tinggi sedikit.
  2. Tuangkan vanilla filling dan ratakan.
  3. Uli nipis lebihan doh dan lapiskan ke atas lapisan filling. Tekan di bahagian tepi doh. Cucukkan permukaan doh dengan garpu. Biarkan doh naik 2 kali ganda dari ketinggian asal (biarkan ca. 1 – 1 ½ jam). Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 – 225°C (Gas 4 – 5) selama 15 – 20 minit. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.
Untuk topping :
Hancurkan 100 g ‘plain chocolate’. Campurkan dengan 25 g lemak kelapa. Panaskan dengan cara ‘double boiled’ hingga coklat dan lemak sebati. Tuangkan topping ke atas kek yang telah sejuk, ratakan. Taburkan ‘chocolate flake’ ke atas topping.
Windbeutel Eclairs & Bananenwindbeutel (Cream puff Eclairs & Banana cream puff)
Bahan doh :
200 ml air
40 g butter atau marjerin
20 g gula
1 paket gula vanilla
125 g tepung
20 g tepung jagung
4 biji telur
1 st rata baking powder

Cara :

  1. Campurkan air, butter, gula dan vanilla ke dalam periuk. Didihkan adunan. Angkat dari api.
  2. Gaul sebati tepung dan tepung jagung, ayakkan.
  3. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran air + butter dan kacau sebati. Sambil dikacau, panaskan adunan lagi ca. 1 minit.
  4. Tuangkan doh ke dalam mangkuk dan putar dengan menggunakan ‘dough hook’. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga adunan sebati. Bila adunan sejuk, masukkan baking powder dan putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam ‘piping bag’ dan buatkan bentuk bulat, bentuk pisang, jalur panjang (2-3 cm untuk eclairs) di atas dulang yang dialas dengan kertas pembakar. Bakar dengan suhu 200 – 225°C (Gas 4 – 5) selama 20 minit untuk bentuk pisang & jalur panjang dan 25 – 30 minit untuk bentuk bulat (puff).
  6. Puff hendaklah dipotong segera setelah masak.
Strawberry filling
Bahan :
6 keping gelatin
1 paket serbuk kastard
250 ml susu
2 sm gula
250 g strawberry
250 whipping cream
1 sm gula
1 sm gula castor

Cara :

  1. Rendam kepingan gelatin selama 10 minit di dalam air sejuk, perahkan. Masak custard, susu dan 2sm gula mengikut arahan pada paket. Masukkan gelatin ke dalam adunan (puding) yang panas, kacau.
  2. Cuci bersih strawberry, toskan dan kisar hancur. Campurkan strawberry dengan puding dan sejukkan.
  3. Pukul whipping cream dan 1sm gula hingga kembang. Campurkan dengan puding yang telah sejuk dan kaup sebati.
  4. Dengan menggunakan piping bag, hiaskan strawberryfilling pada puff. Ayakkan gula castor ke atas puff.
Pistachio filling
Bahan :
375 whipping cream
1 sm gula castor
100 g pistachio
1 sm almondliqueur

Cara :

  1. Pukul whipping cream dan gula hingga kembang.
  2. Kisar halus pistachio. Campurkan pistachio dan liqueur dengan whipping cream dan kaupkan hingga sebati.
  3. Hiaskan eclairs dengan filling dengan menggunakan piping bag, dan tangkupkan.
Banana filling
Bahan :
375 g whipping cream
1 st gula
4 biji pisang

Cara :

  1. Pukul whipping cream dan gula hingga kembang.
  2. Kupas pisang dan potong nipis. Hiaskan puff dengan cream dan aturkan hirisan pisang, tangkupkan.
Untuk topping :
Bancuhkan 75 – 100 g gula dengan kira-kira 3 sm air dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Sapukan di bahagian atas banana puff, biarkan kering.
 
‘Double boiled’ 30 g coklat masakan (coating chocolate). Isikan ke dalam piping bag dan hiaskan banana puff.
Eberswalder Spritzkuchen
Bahan :
250 ml air
50 g margarine
150 g tepung
30 g tepung jagung
25 g gula
1 paket gula vanilla
4 – 6 biji telur
1 st rata baking powder
minyak untuk menggoreng

Cara :

  1. Masakkan air bersama margarine. Ketepikan dari api sebentar.
  2. Campur dan gaulkan tepung bersama tepung jagung, ayakkan. Masukkan tepung ke dalam campuran air + margarine, kacau hingga sebati. Masak semula selama 1 minit. Masukkan doh ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula, vanilla dan telur sedikit demi sedikit dan putar menggunakan ‘dough hook’ hingga doh sebati dan lembut.
  4. Masukkan baking powder ke dalam doh yang telah sejuk dan putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag dan buatkan bentuk seperti donat, gorengkan dalam minyak panas.
Untuk topping :
 
Ayakkan 200 g gula castor. Campurkan dengan 2 sm jus limau dan 2 sm air panas. Kacau hingga sebati.
Sapukan campuran gula ke atas kuih yang telah masak, sejukkan.

 

Gefüllte Halbmonde
Bahan doh:
300 g tepung
1 paket yis kering
50 g gula
1 paket gula vanilla
3 titik minyak Citrus
garam
50 g butter /margarine cair yang suam
1 biji telur
125 ml susu suam

Cara :

  1. Ayak tepung. Gaulkan sebati dengan yis kering.
  2. Masukkan semua bahan dalam satu bekas dan uli menggunakan ‘dough hook’ dengan kelajuan rendah selama 1 minit. Selepas itu uli dengan kelajuan maksima selama 5 minit, sehingga doh lembut dan sebati. Sekiranya doh melekat, tambahkan tepung. Jangan tambah tepung terlalu banyak kerana tepung yang banyak akan menyebabkan doh keras.
  3. Biarkan doh ditempat panas (suhu bilik) sehingga naik menjadi dua kali ganda (ca. 1 jam).
  4. Uli lagi dengan kelajuan maksima sehingga sebati semula.
  5. Canai doh setebal 1 cm. Buatkan bentuk bulan sabit dengan menggunakan pencetak.
  6. Aturkan di atas dulang pembakar yang ditabur dengan tepung dan biarkan ia naik sekali lagi.
  7. Goreng dengan minyak panas. Angkat dan sejukkan.
Untuk filling :
300 ml susu
1 paket cake-cream powder perasa vanilla (gantikan dengan vanillapudding) – 1 paket equv. 50 g
100 – 200 butter

Masak / sediakan cream mengikut arahan pada paket. Potong bahagian belakang kuih (jadi macam kocek). Hiaskan cream ke dalam ‘kocek’ dengan menggunakan piping bag. Taburkan gula castor pada kuih.

 

Sacher-Torte (Austrian Chocolate Cake)
Bahan:
125g butter
110g gula
4 biji telur, asingkan
125g coklat masakan, cairkan dan sejukkan
90g tepung gandum
2 sudu besar jem Aprikot
Topping:
150g coklat masakan (semi pahit)
60ml whipping cream

Cara:

  1. Panaskan oven 180°C. Sapukan bekas pembakar (diameter 23cm) dengan butter atau minyak. Alaskan permukaan dalaman dengan kertas pembakar.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukan telur kuning satu persatu. Pukul adunan ½ minit setiap kali hendak memasukkan telur berikutnya.
  3. Masukkan coklat yang telah disejukkan. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan. (sesenduk demi sesenduk) – gunakan sudu atau senduk metal. Kaupkan adunan, jangan pukul!
  4. Pukul putih telur di dalam bekas berasingan sehingga kembang. Pastikan bekas tidak berminyak dan kering. Kaupkan putih telur yang telah kembang ke dalam adunan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar dan bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan kek selama 10 minit di dalam bekas sebelum diterbalikkan. Sapukan jem aprikot di permukaan kek dan sejukkan.
  6. Untuk Topping, masakkan coklat dan cream dengan api perlahan sehingga adunan pekat/likat. Sejukkan sedikit (ca. 3 minit). Tuangkan coklat ke atas kek dan ratakan.

**Kek yang disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk boleh tahan sehingga seminggu

Mandelkuchen (Almond Cake)
Bahan:
250g butter
300g gula
esen badam – option
6 biji telur, dipukul kembang
180g serbuk badam
120g tepung gandum
badam untuk hiasan
50g coklat masakan, dikisar kasar
180g ceri dalam botol, ditoskan

Cara:

  1. Panaskan oven 180°C. Sapukan bekas pembakar (diameter 23cm) dengan butter atau minyak. Alaskan permukaan dalaman dengan kertas pembakar.
  2. Pukul butter, gula dan 2 titik esen badam sehingga kembang.
  3. Masukkan 1/3 telur yang telah dipukul dan 1/3 serbuk badam ke dalam adunan butter dan pukul lagi adunan. Ulangkan proses 3 untuk baki telur dan serbuk badam.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan, kaupkan sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan coklat dan ceri, kaupkan adunan lagi
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar, hiaskan dengan badam dan bakar di dalam oven selama 1 ¼ jam atau sehingga kek masak.

Kek yang disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk, tahan selama 3 hari. Kek yang dibekukan tahan selama 2 bulan.

**Sentiasa gunakan butter yang telah dibiarkan dalam suhu bilik untuk membuat kek!

**Untuk mendapatkan tektur kek yang elok bila membuat kek, butter hendaklah dipukul selama lebih kurang 6 minit!

Schwarzwälder Kirschtorte (Black Forest’s Cake)
Bahan:
90 g tepung
1 st baking powder
2 sudu besar serbuk koko
4 biji telur, asingkan putih & kuning
110 g gula
375 ml whipping cream
425 g (satu botol) cherry - toskan
125 g cooking chocolate
Ceri, chocolate rice utk hiasan

Cara:

  1. Gaulkan tepung, koko dan baking powder – ayak sebanyak 3 kali.
  2. Pukul putih telur dalam bekas yang kering dan tak berminyak, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi ca. 30 saat.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak dan kaupkan adunan.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar (diameter 20cm) dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak. Setelah masak, biarkan kek di dalam bekas ca. 5 minit sebelum disejukkan di atas jaring penyejuk.
  5. Setelah kek sejuk, potong kek menjadi 2 lapisan. Sapukan kedua-dua bahagian dengan air cherry.
  6. Pukul whipping cream sampai kembang, sapukan ¼ whipping cream ke atas lapisan pertama kek, taburkan cherry yang telah ditoskan dan lapiskan lapisan kedua kek. Sapukan lebihan whipping cream pada permukaan atas dan tepi kek, ratakan. Taburkan choclate rice di bahagian tepi kek dan hias kek dengan cherry.
Mokkatorte (Mocca Cake)
Bahan:
125 g tepung – diayak sebanyak 3 kali
4 biji telur
150 g gula
60 g butter yang telah dicairkan dan disejukkan
Bahan Buttercream (Moccacream):
110 g gula
80 ml air
4 kuning telur
250 g butter lembut – dibiarkan dalam suhu bilik
2 sudu makan instant coffee
1 sudu makan air panas
Cocoa cream
125 g hirisan almond yang telah dibakar

Cara:

  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. (ca. 6 minit). Tepung dibahagi kepada 2 bahagian. Masukkan bahagian pertama tepung ke dalam campuran telur dan kaup sehingga sebati. Masukkan lebihan tepung dan butter cair dan kaup lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar (ca. 23 cm) dan bakar dengan suhu 180°C selama 35 – 40 minit. Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu.
  3. Selepas kek masak, biarkan selama 2 minit sebelum kek diterbalikkan.

Cara buat Mocca-cream:

  1. Panaskan campuran gula dan air (sentiasa dikacau). Bila gula cair, biarkan campuran diatas api ca. 5 minit dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur selama 2 minit. Selepas itu, sambil memutar telur, tuangkan air gula yang suam-suam kuku sedikit demi sedikit. Pukul sehingga campuran sejuk.
  3. Bila campuran sejuk, masukkan butter sedikit demi sedikit dan pukul lagi sampai adunan kembang. Masukkan kopi segera yang dibancuh dengan air panas dan putar lagi hingga sebati.

Cara Hias:

Potong kek menjadi 2 bahagian.

Sapukan sedikit Mocca-Cream pada lapisan pertama. Tangkupkan lapisan kedua. Sapukan lebihan Moccacream pada semua permukaan kek. Taburkan hirisan almond dikeliling kek dan buatkan corak bunga dengan lebihan moccacream di atas kek.

***kek yang disimpan dalam bekas kedap udara boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Käsekuchen (Cheese Cake)
Bahan doh:
150 g tepung gandum + ½ st rata baking powder – gaulkan dan ayak
75 g gula
1 paket gula vanilla / 1 st esen vanilla
secubit garam
1 biji telur
75 g butter lembut (biarkan dalam suhu bilik)

Cara:

  1. Campurkan semua bahan dan uli dengan mixer denga kelajuan minima ca. ½ minit dan dengan kelajuan tinggi ca. 3 minit. Kalau adunan melekit, masukkan dahulu ke dalam peti sejuk selama 15 minit.
  2. Canaikan doh mengikut ukuran pembakar (pembakar bulat ca. 26 cm). Tinggi doh di keliling ca. 3cm. Bakar dengan suhu 200 – 250 °C ca. 10 minit. (Panaskan oven terlebih dahulu)
Bahan Custard:
500 g Speisequark (Curd Chesse)
100 g gula
3 sudu makan jus limau nipis
50 g tepung kastard / 1 paket vanilla puding
3 biji kuning telur
3 biji putih telur – pukul sehingga kembang dalam bekas asing
200 ml Schlagsahne – pukul sehingga kembang

Cara:

  1. Masukkan Quark, gula, Jus limau, kuning telur dan tepung kastard dalam bekas, kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan putih telur dan Schlagsahne, kacau lagi hingga bahan sebati. Masukkan custard ke atas doh yang telah dibakar, ratakan.
Bahan crumble topping (Streusel)
100 g tepung gandum
60 g gula
1 paket gula vanilla
75 g butter lembut
  • Campurkan semua bahan & putar dengan penguli doh (dough hook). Bila adunan elok (jadi crumble) taburkan ke atas custard. Bakar dengan suhu 175° ca 70 – 80 minit. Setelah masak, biarkan kek dalam oven ca. 15 minit (pintu oven biarkan terbuka)
Kek Pisang
Bahan:
3 biji pisang
25ml susu cair atau 2 sudu besar susu pekat manis
1 st esen vanilla / 1 paket gula vanilla
secubit garam
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum, diayak
½ cawan minyak masak
1 st soda bikarbonat

Cara:

  1. Lenyek pisang dan campurkan dengan susu, garam dan vanilla.
  2. Pukul telur dan gula dalam bekas berasingan sehingga kembang. Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam adunan, pukul lagi ca. ½ minit.
  3. Masukkan tepung , kacau adunan. Masukkan minyak dan akhir sekali masukkan soda bikarbonat, kaup adunan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar (diameter 23 - 25cm) dan bakar di dalam oven dengan suhu 160°C selama 1 – 1 ¼ jam.
  5. Setelah masak, biarkan kek di dalam bekas ca. 10 minit sebelum dikeluarkan dan sejukkan di atas jaring penyejuk

 

 


BACK TO IZZAD & ZUE'S HOMEPAGE