Program-program Yang Ditawarkan
Di atas kesedaran bahawa tugas berat yang di tanggung oleh guru-guru di sekolah, kami menawarkan beberapa khidmat mengendali dan menjalankan aktiviti tersebut.

Diantara program-program
yang ditawarkan ialah:

KEM SAINS UPSR
KEM SAINS DAN ALAM SEKITAR
KEM KEPIMPINAN PELAJAR
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
KEM KECEMERLANGAN
KEM MOTIVASI

Semua aktiviti ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri dari pelajar-pelajar universiti.

JADUAL, KERTAS KERJA / PROPOSAL PAPER DAN SIJIL PENYERTAAN ADA DISEDIAKAN.
En. Harun / Jinggo sedang memberi penerangan semasa aktiviti Kajian Sungai
Hubungi Kami
Home

Ringkasan Program
1.  Kem Sains

Kejayaan di dalam bidang sains merupakan titik tolak kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara

Berdasarkan prinsip di atas , pihak kerajaan memandang serius di atas perkembangan subjek sains di negara kita. Ia seterusnya menjadi satu momentum yang sangat kuat kepada perubahan sistem pendidikan negara.  Terutamanya di dalam subjek sains UPSR di mana bentuk pembelajaran dan pemahaman subjek secara menyeluruh dan praktikal.

Berdasarkan kepada perubahan ini , pihak kami mengambil inisiatif dengan menjalan pemerhatian terhadap sukatan pelajaran , hasilnya ialah satu modul dan bentul pembelajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran , naluri serta praktikal bagi peringkat usia. Dan program ini dijalan secara praktikal yang diasaskan kepada 12 kemahiran proses sains.

Program yang di rancang

*  Kajian Flora & Fauna
*  Kajian Sungai & Hidupan dalam air
*  Kajian Serangga
* Astronomi
*  Kitar Semula Kertas
* Pengembaraan Si Buta
* Tayangan Slide
*  Permainan Sains
*  Orienteering.

2. Kem Kesedaran Alam Sekitar

Kejadian tanah runtuh , banjir kilat , pencemaran air / sungai, jerebu , sampah sarap merupakan sebahagian daripada ' cerita ' yang mungkin tidak asing kepada kita. Dan hari ini kita semakin kerap di hidangkan dengan cerita yang sama. Alam Sekitar yang kita warisi daripada nenek moyang kita dahulunya semakin ' dihimpit ' oleh perubahan yang di kaitkan dengan pembanggunan.

Dan perubahan ini sering dikaitkan dengan ketidaksempurnaan dalam proses pembanggunan itu sendiri. Dan pemasalahan ini seakan tidak berpenghujungnya.

Dan hari ini kita secara sedar ataupun tidak semakin tidak ada banyak pilihan , alam ini perlu kita lihat dari sudut yang berbeza.

Undang undang , penguatkuasaan , media dan pendidikan merupakan satu pakej penyelesaian secara praktikal di samping pemahaman yang jelas secara beretikanya bahawa alam ini adalah warisan bersama.

3. Pendidikan Alam Sekitar