PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN BANGUNAN DAN PERANCANGAN

Home Up

Produk 1
Pensyarah  : En. Wan Burhanuddin & Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi

 

TUGASAN 01

WHAT IS THE POWER THAT CONTROL MINDSET ??

(versi melayu)

 

Kuasa ( Power ) boleh didefinasikan sebagai kelebihan atau kekurangan bagi mengubah suatu perkara atau peristiwa yang luar biasa. Seseorang yang mempunyai kuasa dapat melakukan sesuatu kerja atau perkara dengan lancar tanpa sebarang halangan atau masalah.

Minda ( Mindset ) pula boleh dirujuk sebagai pemikiran manusia yang berdasarkan kepada pengalaman atau perjalanan hidup seseorang. Ia mempengaruhi pemikiran seseorang itu termasuklah dari segi agama, pendidikan, cita-cita, pengalaman kehidupan dan alam sekitar.

Secara azalinya, manusia maju melalui pemikiran. Ia merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi tingkah laku atau tindak tanduk kita dalam kehidupan yang kita percaya dan baca serta pegang. Tanpa pemikiran, manusia hanyut tanpa tujuan dari masa ke semasa, lebih cenderung menanti sesuatu berlaku (menunggu-nunggu) daripada memulakan tindakan dan bergerak maju. Ringkasnya, manusia sangat memerlukan ideologi atau cara hidup yang lengkap untuk diyakini dan mengatur urusannya. Hanya dengan menerima pakai pemikiran atau ideologi yang lengkap, manusia ( secara individu atau berkumpulan) akan mendapat ketenteraman fikiran dan asas yang kukuh dan padat yang ia akan bebas maju.

Pemikiran kita sangat mendominasikan atau memutuskan tingkah laku kita. Oleh itu, kita semestinya mengambil berat terhadap bagaimanakah proses pemikiran bekerja. Melalui lima (5) pancaindera iaitu penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau dan rasa, manusia mampu menerima maklumat.

Terdapat empat (4) elemen yang diperlukan oleh pemikiran iaitu:-

  • Keadaan sebenar ( perkataan, maklumat dll )

  • Pancaindera atau deria yang menghantar kepada pemikiran

  • Pemikiran yang membezakan

  • Maklumat lepas terhadap keadaan sebenar untuk dihubungkan kepada ketiga-tiga perkara tersebut

Oleh kerana keperluan terhadap pemikiran sangat penting, kaedah seseorang menangani pemikiran mempunyai kesan terhadap kualiti penyelesaian masalah dan tingkah laku. Cara manusia mendekati pemikiran berbeza, pemikiran mungkin secara relatif cetek, dalam atau dalam dan menyeluruh. Pemikiran cetek akan cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan sambil lewa dan membuat keputusan tanpa pemahaman. Pemikiran yang dalam sebaliknya meneliti keadaan sebenar secara terperinci, selepas faham kemudian membuat keputusan. Melalui pemikiran dalam dan menyeluruh, manusia bukan sahaja memahami keadaan sebenar tetapi menghubungkan perkara-perkara atau aspek-aspek yang ada kaitan dengannya dan selepas itu, barulah dia membuat keputusan.

Apabila kita menjadi yakin terhadap kebenaran satu pemikiran, pemikiran atau idea itu menjadi konsep yang kita bawa, iaitu ia akan mempengaruhi tingkah laku kita. Konsep itu sangat penting kerana ia boleh ditukar untuk menukar tingkah laku mundur atau negatif (degenerative). Manusia tidak akan maju melainkan dia memegang konsep yang menyeluruh yang menggambarkan keseluruhan situasi kita. Sesuatu konsep mesti menerangkan kaitan antara Manusia-Hidup-Alam-semua yang sebelum ini-semua yang selepasnya. Tanpa pengetahuan melibatkan persoalan terpenting dan pemikiran yang dalam dan menyeluruh, kita tidak mampu menguruskan persoalan dan cabaran yang kita hadapi secara berterusan dalam kehidupan.

 

 

Send mail to eda_481@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 EdaD'Best
Last modified: 12/29/04