Sifat Interpretasi Dalam Penyelidikan Kualitatif

Aini Hassan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Date: 25 October 2001
Time: 4.00-4.30

Kertas ini menggunakan format yang digunakan oleh Peshkin (2000) untuk membincangkan isu berhubung dengan sifat interpretasi dalam penyelidikan kualtatif. Konteks penyelidikan adalah satu kajian yang dijalankan pada tahun 1995 tentang pengetahuan lima orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, kertas kerja ini merupakan penjelasan retrospektif bagaimana idea dalam penyelidikan itu berkembang. Perbincangan adalah dalam bentuk satu siri refleksi metanaratif tentang idea ini yang dipanggil “permasalahan” (problematics).