Jamilah Othman,
Lambak Tompang
Department of Continuing & Professional
Education
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor
Date: 25 October 2001
Time: 5.00-5.30
Kertas ini membincangkan pengalaman pengkaji membangun, membentuk, menentu
dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan penganalisisan dan interpretasi
data dalam kajian secara kualitatif berdasarkan kajian yang telah dilakukan
iaitu fenomena keompetetif di kalangan remisier Melayu. Diakui bahawa kesahan
dan kebolehpercayaan khususnya dalam proses penganalisisan dan interpretasi
data secara kualitatif menjadi polemik. Dalam kertas ini pengkaji mempersembahkan
pengalaman strategi, dan taktik yang digunakan sepanjang proses penganalisisan
dan interpretasi data. Malahan dibincangkan juga pertimbangan kritikal
yang perlu diberatkan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan sewaktu
proses ini berlangsung. Dapatlah dirumuskan bahawa proses penganalisisan
dan interpretasi data secara kualitatif adalah unik dan tersendiri dan
ianya banyak bergantung kepada kemampuan, kemahiran, ketelitian, kepekaan
dan pemahaman yang menyeluruh terhadap data yang dikumpul. Diharapkan pengalaman
yang dikongsikan ini dapat memberikan sesuatu yang bermakna khususnya di
kalangan para penyelidik yang terlibat dalam mana-mana kajian berbentuk
kualitatif.