Saedah Siraj
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Date: 26 October 2001
Time: 11.00-12.00
Bengkel ini bertujuan memberi pendedakan kepada peserta tentang konsep
dan prosedur penggunaan kaedah analisis kandungan dalam penyelidikan.
Fokus perbincangan menjurus kepada penyelidikan bahan bertulis termasuk
surat khabar, majalah, novel, buku teks, laman-web, abstrak penyelidikan
dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Antara isi utama yang akan
diutarakan ialah: konsep analisis kandungan dan signifikannya; ciri kualitatif
dan kuantitatif; prosedur pengumpulan dan penganalisisan data; pengkodan
secara manifest dan latent; analisis data anekdot dan dan analisis
tematik. Peserta dibimbing membina instrumen analisis kod dan kemahiran
asas menganalisis data. Bengkel ini akan terdiri daripada Pembentangan
Konsep dan Prosedur, Sesi Soal Jawab, Latihan dalam kumpulan (1) Penyediaan
Analisis Kod, Latihan dalam kumpulan (2) Analisis Data dan Pembentangan
Dapatan Kumpulan