Sapora Sipun
Sekolah Psikologi & Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Date: 25 October 2001
Time: 5.00-5.30
Mcleod (1996) melihat terdapat minat yang semakin mendalam bagi penyelidikan
yang bersifat kualitatif dalam bidang kaunseling dan psikoterapi. Penyelidikan
yang menggunakan kaedah kualitatif mula mengaplikasikan kaedah yang dahulunya
digunakan dalam disiplin seperti sosiologi dan antroplogi. Kertas kerja
ini akan melihat kajian kualitaif sebagai satu cara penyelidikan dan latihan
dalam psikologi kaunseling. Di samping itu, ia akan melihat latar belakang
kajian penyelidikan kualitatif dalam bidang psikologi kaunseling. Bagaimanapun,
terdapat dilema dan cabaran yang dikaitkan dengan pendekatan kualitatif
dalam proses, hasil dan kesan kaunseling. Beberapa isu berkaitan dengan
kaedah penyelidikan kulaitatif juga akan dibincangkan. Antaranya ialah
hubungan kaedah penyelidikan kualitatif seperti hubungan kaedah penyelidikan
kualitatif dengan klien, etika dalam menjalankan penyelidikan kualitatif
dan pemilihan metodologi yang bersesuaian. Beberapa cadangan untuk mempertingkatkan
pendekatan kualitatif dalam penyelidikan kaunseling dan psikoterapi akan
juga dibincangkan. Kertas kajian ini akan juga melihat satu kajian kes
yang berbentuk kualitatif sebagai satu cara mengintegrasikan penyelidikan
dan praktis dalam psikologi kaunseling. Penekanan akan diberi kepada falsafah
pendekatan kajian kes kualitaif tersebut yang akan dihubungkaitkan dengan
disiplin masing-masing.