Siti Rahayah Ariffin
Siti Aloyah Alias
Date: 26 October 2001
Time: 11.00-11.30
Kajian kualitatif ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji pelaksanaan
program PEKA Biologi. PEKA Biologi adalah suatu program baru bagi
menggantikan peperiksaan Amali Biologi Kertas 3 dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999) . Implementasi
program ini membawa kepada perubahan yang besar dalam senario pendidikan
sains khususnya penilaian proses dan produk yang berbentuk penilaian formatif
di sekolah. Penilaian amali secara sumatif yang menjadi amalan dalam
penilaian tradisional berbeza dengan PEKA Biologi di mana penilaian berasaskan
prestasi yang ditadbir dan dilaksanakan oleh guru di sekolah masing-masing.
Sampel kajian terdiri daripada 3 orang guru Biologi dari sebuah sekolah
menengah di Seremban. Kaedah temubual semuka digunakan berpandukan senarai
semak yang mengandungi soalan-soalan terbuka yang dibina sendiri oleh pengkaji.
Temu bual kumpulan fokus dilakukan kepada personel dan pemantau program
ini untuk mengenal pasti tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak
yang terlibat di dalam perancangan dan pemantauan program Analisis
dokumen dilakukan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi oleh
guru Biologi di peringkat pelaksanaan program.. Dapatan kajian menunjukkan
tiga aspek yang perlu diberi perhatian iaitu aspek latihan guru, bantuan
dari institusi sokongan dan darjah perubahan peranan yang mesti berlaku
pada guru demi kejayaan implementasi program yang berkualiti dan bermakna
.
The purpose of conducting this qualitative study is to investigate
the implementation of the PEKA Biology program. PEKA Biology is a new program
replacing the Biology Paper 3 Practical Exam in the Sijil Pelajaran Malaysia
examinations beginning from 1999 (Malaysian Ministry of Education 1999).
The implementation of this program has brought about a major change in
the science education scene especially in formative evaluation through
process and product assessments. Summative practical examination
in the traditional form of assessment is unlike PEKA Biology is a performance
based assessment that is administered and implemented in schools by teachers
themselves. The sample consisted of 3 Biology teachers from a school in
Seremban. Data was gathered by using face-to-face interviews using a interview
checklist containing open-ended questions as a guide line. Focus
group interviews were done on the key personnel and planners to identify
any problems that may arise while implementing the program. Analysis
document was carried out to identify any constraints faced by the
teachers while implementing the PEKA Biology. Research findings showed
that 3 important aspects should be given due attention. The first aspect
is teachers’ training, the second is institutional support and lastly but
not least is the degree of role change expected from the teacher herself
in order to guarantee the successful implementation of PEKA Biology.