Zulkarnain bin Mohamed
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Date: 25 October 2001
Time: 3.30-4.00
Kajian ini berkenaan dengan kepentingan kajian literatur iaitu kajian
teks sebelum memulakan sesuatu penulisan ilmiah seperti artikel, disertasi
dan tesis. Kepentingannya ialah untuk mengenal pasti sesuatu lompang (thesis
statement) supaya ia tidak menjadi suatu ‘pengulangan’ penulisan yang telah
dilakukan oleh orang lain. Dengan kata lain, setelah membuat kajian literatur,
sesuatu lompang atau peluang penulisan dapat dikenalpasti secara objektif.
Tujuan utama kajian ini ialah untuk memperlihatkan bagaimana untuk memulakan
kajian literatur dalam usaha menuju ke arah mengenali lompang. Di samping
itu juga, kajian ini bertujuan memperlihatkan betapa pentingnya penemuan
lompang dalam perkara-perkara yang berkait dengan penulisan ilmiah seperti
penulisan abstrak, menentukan tajuk dan skop kajian, dan menentukan bahan-bahan
yang perlu dibaca sebagai rujukan untuk sesuatu penulisan. Tidak kurang
pentingnya ialah penemuan lompang secara objektif ini dapat membantu mengenal
pasti lokasi bahan-bahan rujukan tersebut berada. Kajian ini dibina pada
pendapat beberapa ilmuan mengenai kajian kualitatif. Kajian ini sebenarnya
mengobjektifkan persoalan subjectif tentang lompang atau thesis Kesimpulannya
dengan penemuan sesuatu lompang secara objektif, seseorang penulis dapat
menulis dengan yakin dan mantap. Karya yang dihasilkan juga berkualiti.