Produk yang merealisasikan impian wanita
Majalah Mingguan Wanita Bilangan 857

Puan Einanis Arshad
21-28 April 2000 -- Bertubuh kecil dan mudah mesra, Puan
Einanis Arshad, 35 tahun tidak pernah menduga dapat menemui penawar kepada masalah kulit
kering dan jeragat yang merunsingkannya sejak beberapa tahun lalu. Dia tidak menyangkal
bahawa kecantikan dan wanita saling memerlukan. Wanita adalah lambang kecantikan dan
pewarna kehidupan. menurut beliau, beliau sentiasa memastikan penampilannya ceria setiap
masa kerana baginya, tampil dengan wajah yang menarik dan segar dapat memberikan keyakinan
diri kepadanya untuk berhadapan dalam apa jua situasi.
Terbaca mengenai produk BML Nouveaux Visages di media tempatan, hati Einanis
Arshad tercuit untuk mencuba apatah lagi selepas beliau membaca pengalaman gembira seorang
pengguna produk berkenaan yang suatu ketika dulu mempunyai masalah yang sama sepertinya.
Menurut ibu kepada dua anak comel ini, dalam masa dua bulan sahaja beliau telah
melihat perubahan yang berlaku ke atas kulit wajahnya. Kini wajahnya kelihatan lebih
berseri serta cerah bermaya.
"Saya mengambil keputusan membuka perniagaan ini selepas percubaan merawat
wajah saya yang mengalami masalah jeragat memperolehi hasil yang cukup memuaskan. Muka
saya langsung tidak menunjukkan kesan sampingan dan saya gembira apabila mendapati kulit
wajah saya semakin licin dan berseri dari hari ke sehari", jelasnya yang amat
berpuashati dengan keberkesanan produk ini yang bertindak membersih dari dalam.
Walaupun salun kecantikan beliau, Einanis Beauty Care baru sahaja beroperasi
sejak April 2000, sambutan yang diterima dari para pelanggan amat menggalakkan.
Di salun beliau juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti rawatan urut
seluruh badan dan bagi wanita lepas bersalin, serta mandi sauna.
Sekiranya anda ingin melihat sendiri kecantikan kulit Einanis atau berkongsi
masalah kecantikan, Einanis boleh dihubungi di:
Einanis Beauty Care
37-3 Jalan Taming Permai 1, Taming Permai Business Park, Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor DE
Tel: 603-89414514, 6013-3807711
FAX: 603-89414514
Internet: einanis@yahoo.com