KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W
Diriwayatkan
bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu
pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan[Wada*].Pada
masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini
turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas
penerimaannya
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk
perlahan-lahan.Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:"Wahai
Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu,
maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan
demikian
juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu
dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu
dengan kamu."
Sebaik
sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat
ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan
para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah
diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat
mendengar
hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah
sempurna. Agama kila telah sempuma." Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan
Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia
pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu
Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah
tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain,
maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka
berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga
begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita
telah sempuma."
Mendengarkan
pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah
kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah
akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan
perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim
dan para isteri nabi men-jadi janda." Selelah mereka mendengar penjelasan
dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar
r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah
didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah
s.a.w. tentang apa yang mereka
lihat
itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami
baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis
dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah
s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah
s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda
bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?."
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a.
adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah
hampir dekat." Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah
s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan,
sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang
lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung,
batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang
baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah
s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada
mereka.
Kisah
Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yangmengatakan
81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas
turunnya ayat terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35
hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan
untuk
mengeijakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid
Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at
bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun
dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin,
sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada
jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu
kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia
bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut
di
hari kiamat."
Rasulullah
s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki
yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya
Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali
sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata
lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya
Rasulullah,
pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya
pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha
anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan
cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul padatulang rusuk saya.
Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul
saya
atau hendak memukul unta tersebut." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah,
Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata
kepada Bilal r.a.: "Wahai
Bilal,
kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar
dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas
kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untukdibalas
[diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a.berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullahs.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka
Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah,
janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.
maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu
berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu
berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah
orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah
aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah
s.w.t.
telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan
dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu
bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami
sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya
RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu
berdua."
Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya
sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju,
sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka
baju
maka menangislah semua yang hadir. Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh
badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus
anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul
anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda
yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga
saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah
orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan
mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu.
Setelah
itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling
besar bagimu, engkautelah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. didalam syurga."
Apabila
ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat
ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua
semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua
agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan
mentaati
segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu
semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air
dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah
aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah
aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah
kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku.
Pertama
yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat
aku ialah
Jibril
a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang
akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah
itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku." Sebaik sahaja
para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka
pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w.
anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti
kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan
kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku
tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai
bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran
dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit
di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku
dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati."
Setelah
Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi
oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w.
diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit
Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh,
maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal
r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika
ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih
sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari
Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata
Fatimah r.a. itu. Apabila waktu
subuh
hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w.
dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah
di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar
mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah
mendengar
kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke
masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka
Bilal
r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w.
katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia
melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis
sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh
rendah
dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
"Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata:
"Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah
s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu
Rasulullah
s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama
dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w.
pun her-kata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan
dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa
kcpada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari
terakhir
aku di dunia."
Setelah
berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau. Kemudian
Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut
sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih
dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia
tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku." Sebaik sahaja
malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail
pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai
di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu
alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi
dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang
memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai
hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan
kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah,
siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah,
ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa
anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam
sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.
" Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang
itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat
yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah
serta
mera-maikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah
mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia
menangis sepuas-puasnya.
Apabila
Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata:
"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput
malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:
"Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa
alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut
rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu
dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak
izinkan maka aku akan kembali.
" Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata
lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang
memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan
duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat
kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril,
tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang
tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.:
"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi
menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua
para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." Berkala Rasulullah
s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari
kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman
yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk
ke dalam syurga
sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki
syurga sebelum umatmu memasuki syurga.
" Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku." Kemudian
Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat
lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa
mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w.
apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s.
itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak
suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah
orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratulmaut?" Anas
bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di
dada
beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga
shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali
r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku.
"Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata
kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan
sebuah
laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu
membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari
laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut
akan menjadi batu."