Surah Ath Thaariq     Laman Senarai Terjemahan

Sahabat..ini untuk kita semua

Terjemahan drp Surah Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)

Tiap-Tiap Manusia Itu Ada Yang Menjaganya

1. Demi langit dan yang datang pada malam hari.
2. Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?
3. Iaitu bintang yang cahayanya menembus.
4. Tidak ada suatu jiwapun diri melainkan ada penjaganya.

Allah Yang Kuasa Menciptakan Manusia, Kuasa Pula Membangkitkannya

5. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?
6. Dia diciptakan dari air yang terpancar.
7.Yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada.
8. Sesungguhnya Allah benar-benar kuasa untuk mengembalikannya hidup sesudah mati.
9. Pada hari dinampakkan segala rahsia.
10. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatan pun dan tidak pula seorang penolong

Al-Quran Pemisah Antara Yang Hak dan Yang Bathil

11. Demi langit yang mengandungi hujan.
12. Dan bumi yang menpunyai tumbuh-tumbuhan.
13. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang  bathil.
14. Dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.
15. Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.
16. Dan Aku pun membuat rencana pula dengan sebenar-benarnya.
17. Kerena itu tangguhlah orang-orang kafir itu iaitu tangguhlah mereka itu barang sebentar.
 

Surat Ath Thaariq menerangkan bahawa tiap-tiap diri tidak luput dari pengawasan Allah. sebagaimana Allah menciptakan manusia maka Allah dapat pula menghidupkan kembali bila ia telah mati.

Laman Senarai Terjemahan