MAYA PILIH PEMUDA ITALI
SEKEMBALINYA Maya Karin dari Jerman baru-baru ini, ada peminat
ternampak Maya bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris di sekitar Bangsar,
Kuala Lumpur. Ketika itu, lelaki berkenaan berada di dalam kereta sementara
menunggu Maya membeli sesuatu di tepi jalan. Hai Maya, cinta baru ke?
Aduh! Susahlah macam ni. Dia sebenarnya salah seorang kawan baik Maya. Dah hampir
empat tahun kami kenal. Sebenarnya dia ni orang Itali dan namanya... Rasanya
tak perlulah. Cukup sekadar jika Maya memperkenalkan dirinya sebagai R saja.
Nanti kalau cerita lebih-lebih, mulalah press nak gosip. Tolong ya!
Kami bukannya pasangan kekasih. Dia lebih tua daripada Maya. Kami senang berkawan.
Tak lebih dari itu! Terus terang Maya katakan, si R kurang memiliki ciri-ciri
lelaki idaman Maya.
Bagaimanapun jika suatu hari nanti jodoh Maya dengan R, Maya tak dapat nak tolak
kemungkinan itu. Kalau Tuhan dah tetapkan, terima saja. Tapi, not now OK!
Sebelum ke Jerman, Maya berkesempatan ke Filipina mengikuti kelas lakonan dan
nyanyian menerusi bimbingan Pinky Amador dan Karen dari Perancis selama dua
minggu lebih.
Kini, Anugerah Industri Muzik 2002 (AIM2002), 20 April ini menjadi medan untuk
Maya membuktikan kebolehannya dan lari dari imej populariti yang ada kalanya
mengatasi bakat sebenar Maya.
Dalam AIM2002, Maya memperoleh dua pencalonan iaitu Artis Baru Terbaik, yang
turut menyenaraikan Frequency, Joe Radzwil, Pretty Ugly dan Sarimah Ibrahim,
dan Video Muzik Terbaik.
Kalau diperhatikan, artis yang pernah membawa pulang trofi itu seperti Ning
Baizura, Shawn Baharin, Black Maria dan Anuar Zain (sekadar menyebut beberapa
nama), sukar menambat hati peminat. Penjualan album mereka khabarnya lebih rendah
daripada artis yang tidak memenangi kategori itu. Apa kata Maya?
Yang penting Maya dah tercalon. Masuk final tu dah kira OK. Maya dapat tahu
masuk final ketika melayari Internet ketika di Jerman. Maya menjerit! Soal menyerlah
atau dapat bertahan, Maya serahkan kepada peminat. Mereka yang menentukan jatuh
bangun Maya dalam bidang seni.
Maya tak tahu apa kelebihan Maya miliki terutama dari segi teknikal. AIM2002
bukan menilai populariti, justeru, jangan salah faham. Sekiranya Maya menang,
juri menilai kualiti album saya bersama penerbitnya, kata Maya yang dijadual
membuat persembahan di malam AIM2002 nanti.
ELLA, RIZAL SERAH PADA JODOH
BAGI Ella, pencalonannya dalam kategori Album Rock Terbaik menerusi album Ilham
Bicara, memperlihatkan saingan antara Pretty Ugly, Saleem, Def-Gab-C dan Kamikaze.
Jika diamati, pesaing album Ella kesemuanya lelaki dan artis berkumpulan. Apa
kata Ella?El (Ella) takut...
Takut sangat! Seram sejuk badan El (tergelak). Pun begitu, El nak ucapkan terima
kasih kepada AIM kerana mengadakan majlis seumpama ini yang sekali gus mengiktiraf
hasil kerja karyawan muzik. El dapat rasa diri dan album El dihargai oleh pengamal
industri muzik, termasuklah pembabitan wartawan, katanya.Sementara itu,
Ella agak keberatan untuk bercerita mengenai kisah cintanya dengan Rizal, salah
seorang anggota Da Joint. Namun, selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya penyanyi
Tinggal Tanda Tanya itu tidak dapat mengelak.El dan Da Joint diurus oleh kakak
El, Joj (Jojie). Secara tidak langsung, El dan Rizal berkawan. Tapi, sekadar
berkawan sajalah (tergelak). Tapi, kalau nak serius tu, rasanya susah sikit
sebab jadual kerja El ketat.Macam mana nak gitu-gitu! Lagi pun emak El nak Joj
kahwin dulu. Jadi, takkan El nak langkah bendul! Selagi Joj tak kahwin, selagi
itulah El akan membujang. Jadi, kalau nak tengok El kahwin, suruh si Joj ni
cepat-cepat naik pelamin!, kata Ella yang masih mengelak untuk memperkatakan
hubungannya bersama Rizal.
Akhirnya Ella mengalah apabila memberitahu dia sebenarnya mempunyai perasaan
dan suka dengan Rizal.Oops! Not too fast. Feeling tu memanglah ada sikit-sikit.
Tipu kalau El cakap tak ada perasaan langsung. Suka tu, sukalah. El suka dan
senang berkawan dengan Rizal. Tapi, belum masanya lagi kami memikirkan soal
berumah tangga. Tunggulah masa yang sesuai. Kalau ada jodoh, insya-Allah. Kalau
tak kesampaian, tak ada jodoh, El dan Rizal berkawan sajalah. OK kan? DARI kiri,
Dayang Nurfaizah, Maya, Ella, Elyana dan Siti Nordiana.
DAYANG TAK RASA KEMANISAN CINTA MONYET PENYANYI
bersuara lemak berkrim disukai ramai, Dayang Nurfaizah Awang Dowty dicalonkan
untuk tiga kategori dalam AIM2002 iaitu Vokal Wanita Terbaik Dalam Album, Album
Pop Terbaik dan Lagu Terbaik. Dayang rasa diri ini kecil sangat apabila diletakkan
dalam kategori Vokal Wanita Terbaik. Pesaing Dayang seperti Siti Nurhaliza,
Syafinaz Selamat dan Ziana Zain hebat-hebat belaka. Rasa takut tu masih menebal.
Bukan tak percaya pada diri sendiri, tapi AIM bukanlah medan populariti, sebaliknya
anugerah teknikal. Namun, Dayang serahkan segala keputusan di tangan juri. Pun
begitu, Dayang anggap AIM sebagai platform untuk Dayang terus dikenali. Pada
AIM2002 nanti, Dayang juga akan buat persembahan secara medley bersama beberapa
lagi artis terkenal. Secara tak langsung, AIM membantu dari segi promosi, katanya
lagi. Bercakap mengenai cinta, Dayang yang kini memasuki umur 21 tahun, berkata
dia tiada pengalaman dalam hal ini. Apa itu cinta monyet pun Dayang tak tahu!
Masa sekolah dulu, Dayang ramai kawan perempuan. Lagipun pergaulan dengan pelajar
lelaki agak terbatas kerana Dayang sekolah agama. Masa tu mana pandai cinta-cinta
monyet ni. Sampailah sekarang ni. Dayang belum bersedia. Kawan lelaki tu memanglah
ramai, tapi tak ada yang istimewa. Namun, perasaan untuk diri ini disayangi,
memanglah ada. Tapi, belum masanya lagi. Biarlah Dayang benar-benar berjaya
dalam kerjaya. Dayang percaya, cinta tak perlu dicari. Dayang juga percaya pada
jodoh. Namun, jodoh dengan laki orang, tolonglah..., terangnya lagi. Bagaimana
dengan Anuar Zain? Anda sering berduet dengan Anuar. Hai, takkan tak ada perasaan
apa-apa kot? Anuar Zain? Dayang minat dengan suara dan lagu-lagu Anuar. Nak
bercinta dengan Anuar, rasanya belum masanya lagi. Buat masa ini biarlah kami
jadi kawan baik, pinta Dayang.
RAMAI YANG MINTA NANA KEMBALI KE PANGKUAN ACHIK
SITI Nordiana atau Nana mengakui dia dan Achik dari kumpulan Spin memang berkawan
baik. Tapi, itu dulu! Sekarang ni kami dah tak mesra lagi. Biarlah kami dengan
haluan masing-masing. Nana masih single dan rasanya pintu hati ini belum terbuka
untuk sesiapa. Nana nak berjaya dulu sebagai penyanyi. Lepas sekolah ni Nana
nak melipat gandakan lagi usaha Nana selama ini. Jangan tanya pasal Achik lagi.
Pun begitu, kami masih berkawan. Soalnya sekarang ni Nana tak tahu dengan siapa
dia (Achik) berkawan. Tapi biasalah... Nana harap jangan ditanya lagi soalan-soalan
macam ni. Kami masih muda dan perjalanan hidup kami masih jauh. Mengenai Tomok
pula, itu sekadar gosip. Peminat yang pandai-pandai buat cerita. Semuanya tak
betul. Tapi, Nana dapat tahu ada peminat yang minta Nana kembali kepada Achik.
Sudah Nana katakan tadi, Nana belum bersedia untuk bercinta dan menerima cinta
daripada mana-mana lelaki!, katanya bersungguh-sungguh. Katanya lagi, buat masa
ini dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya, lebih-lebih
lagi kepada AIM2002 di mana dia bersama Syura tercalon dalam kategori Album
Pop Etnik Terbaik bersama calon lain seperti Helmi The Gimmick dan Tan Sri SM
Salim. Sementara itu, Nana juga baru muncul dengan album terbarunya, Bingkisan
Kasih yang memuatkan lagu hits Seandainya Kau Tidak Mampu Berubah.
ELYANA
MALU DIGOSIP
TOLONGLAH! Jangan gosip Elyana dengan sesiapa lagi. Elyana dengan Mus (Boboy)
tu kawan biasa. Kawan sesama artis. Kalau diri Elyana terus digosip, Elyana
malu dengan kawan-kawan di sekolah yang suka mengejek. Cikgu-cikgu pun pandang
semacam aje. Jadi, sekali lagi, tolonglah..., rayu Elyana yang masih bersekolah
di Sekolah Menengah Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Pun begitu, Elyana, 15, mengakui yang dirinya sedang menyayangi seseorang, tapi
bukan Mus sebaliknya orang lain. Apabila dia ditanya, siapakah si dia, Elyana
terus membisu. Dia boleh jadi sesiapa saja. Emak, ayah, guru, rakan dan sesiapa
saja, katanya yang dicalonkan untuk kategori Artis Harapan di samping calon
lain seperti Izzla, Nitrus, Pop Shuvit dan Uno di malam AIM2002.