.      
.

   
  24hb Ogos 2001, Jumaat
   
 





   
 


     
   
     
     
  Ruang Sembang cyBerita  
     
 







  Berita 1 Bilik Cyber Emy


SINGAPURA

Pelajar Melayu pertama raih biasiswa Dr Tay

Oleh Farah M. Nor

JIKA dahulu beliau alami kegagalan dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' sebanyak dua kali, kini Suhaili Othman, 20 tahun, muncul sebagai penerima dua anugerah unggul Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Minggu lalu, beliau meraih kejayaan sebagai satu-satunya pelajar Melayu/Islam yang menerima Anugerah Lee Kuan Yew-Step di kalangan 10 pelajar ITE yang berjaya melanjutkan pengajian ke politeknik.

Semalam, Suhaili mencipta nama sekali lagi apabila beliau menjadi anak Melayu/Islam pertama yang menerima Biasiswa Tay Eng Soon sejak ia dikeluarkan pada 1994.

Biasiswa itu atas nama mantan Menteri Negara Kanan (Pendidikan) serta pengerusi ITE, mendiang Dr Tay Eng Soon.

Bernilai $3,00 setahun, seramai 20 bekas pelajar ITE telah menerima biasiswa itu sejauh ini.

Penerimanya bukan sahaja perlu mempunyai keputusan akademik cemerlang tetapi juga aktif dalam kegiatan luar dan telah memberi sumbangan nyata di kampus.

Suhaili adalah antara enam lulusan ITE terbaik tahun ini yang menerima biasiswa itu daripada isteri mendiang Dr Tay, Cik Rosalyn Tay, di majlis penyampaian di ibu pejabat ITE, Dover Drive.

Ketika dihubungi, bekas pelajar ITE Timur (Tampines) itu berkata dia tidak menjangka akan mendapat 'durian runtuh' dua kali.

"Pada hari yang sama saya terima anugerah Step-LKY itu, saya mendapat panggilan daripada ITE mengenai Biasiswa Tay Eng Soon pula.

"Terpekik sekejap saya kerana terlalu gembira dan tidak sangka akan dipilih sekali lagi," ujarnya.

Bapanya seorang penyelia kanan PSA Corporation sementara ibunya suri rumah.

Kini dalam tahun pengajian kedua di Politeknik Ngee Ann jurusan Kejuruteraan Elektronik, Komputer dan Telekomunikasi, anak kedua dalam keluarga tiga adik-beradik itu berkata wang yang diterima daripada kedua-dua anugerah tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolahnya.

Mengongsi kejayaan anaknya, ibu Cik Suhaili, Cik Surinah Mokhtar, 47 tahun, berkata: "Walaupun keputusan peperiksaan 'O'-nya tidak begitu baik, kami menasihatinya supaya jangan putus asa dan terus mencuba.

"Syukur alhamdulillah, segala usahanya di ITE membuahkan hasil. Saya ikut terpekik bila Suhaili umumkan dia dapat biasiswa lagi."



 
  BERITA LAIN
  • Boon Heng: firma harus inovatif kurangi kos

  • 'Tambang' teksi $130,000 dek lupa

  • Cara segar pikat pelajar

  • 'Batu ajaib' buat warga Indonesia hilang $300

  • Masih ada kes warga ambil kesempatan

  • SNF alu-alu anjuran PM bagi Melayu

  • Dakwa susah, tapi baru naik kapal persiaran

  • Berkali-kali adu masalah yang sama

  • Melayu sambut baik saham Singapura Baru

  • Peluang kedua bagi warga tua sertai skim Medishield

  • Firma tawar khidmat lengkap urus jenazah

  • Case bimbang kesan guna telefon bimbit dikata selamat

  • Sistem tempat lindung baru di stesen MRT dirancang

  • Pasangan suami isteri berteduh di Pantai Changi

  • Asia disyor tingkat dialog, perkukuh kerjasama

  • BG Lee: Asean boleh berasa yakin, optimis

 
IKLAN
   

Copyright © 2000 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.   
Privacy Statement   Conditions of Access   Advertise @ AsiaOne Copyright © 2001~ 2002 to JeJaKA84 Inc. All rights reserved.