Surat
Dari Hisyamudin Rais
Kamunting-Gulag.
02-06-02
3.45 ptg. Ahad.
Kepada anak2 muda di bangsar,kawan2 dari UBU,anak2 muda dari
Makanan Bukan Senjata,penyokong dan simpatis UBU,dan anak2 muda yang menyokong
dan bersimpati dgn reformasi.
Aku mengucapkan salam setiakawan dari Kamunting. Hari
ini-genaplah satu tahun aku ditahan didalam kem ini. Satu tahun setelah 54 hari
ditahan didalam dibilik gelap disatu tempat rashia di kuala Lumpur,aku pun
dipindahkan kesini-waktu aku dipindahkan hujan turun di Kuala Lumpur-dan waktu
aku menulis warkah ini-renyai2 telah mulai turun
[di kaca tv-african selatan sedang bertarong bola dengan Paraguay]
Setahun didalam perjalanan tamadun manusia bukanlah satu
waktu yang lama. Tapi didalam perjalanan hidup insan,satu tahun adalah satu
jarak yang luas. Banyak perkara yang telah dan bolih terjadi dalam masa satu
tahun ini. Setelah satu tahun di kem ini-aku telah lama menjalankan rotin harian
:- bagnon seawall mungkin, membaca, sarapan, membaca, menulis, makan tengah hari,
rehat bersukan dan menjaga kebun sayuran. Rutin harian ini tidak pernah
berubah-seperti dulu, bulan lepas, tahun lepas, kelmarin, semalam esok dan tahun
hadapan. Tidak!! Aku tidak merasa bosan!! Buku2 kini menjadi sahabat dan kenalan
baik aku. Buku juga menjadi teman tidur aku-ertinya aku tidak pernah
kesepian-aku bersendirian tapi tidak kkesepian.
Aku menulis surat ini keranaingin menyatakan terima kasih
kami-dari semua tahanan I.S.A – bahawa anak2 muda dari bangsar dalam setahun ini
telah mamainkan peranan dan role anak muda didalam perjuangan menentang undang
zalim I.S.A. aku bagi puhak kawan2 yang lain mengucapkan terima kasih-diatas
sokongan anak2 muda sekalian.
Dan aku juga diberitahu bahawa usaha dan titik peloh anak2
muda mengendalikan semangat khidmat siswa kepada anak2 murid disekitar bangsar
masih diteruskan. Kami di Kamunting ini sama merasa kagum diatas usaha anak2
muda sekalian.
Teruskan lagi!!
Dalam masa satu tahun ini banyak air telah melintasi Sungai
Klang, banyak sampah telah terkumpul di batu caves dan banyak beer telah dimunim
di telawi, dan kini kita telah mula mendengar desas desus dan khabar tak saheh
tentang kedudukan DSAI di Sungai Buluh dan kedudukan kami,enam orang tahanan
I.S.A di Kamunting.
Apa pun yg kawan2 dan saudara/saudari dengar masih lagi
ditakrib dan dianggap sebagai desas desus dan khabar angin. Di Kamunting juga
kami mendengar berita yang sama.
Apa yang penting dan wajibkita sama2 hayati ketika ini ialah
perjuangan kita ini-reformasi yang kita perjuangkan ini-akan mengambil masa yang
panjang. Dalam perjalanan yang panjang pelbagai hal bolih terjadi dan berlaku.
Seperti larian marathon,siapa yang bernafas panjang dialah yang akan menamatkan
larian. Juga seperti manaiki keretapi dari Bukit Kayu Hitam ke K.L, ada yang
turun di Alor Star, ada yang naik di Pulau Pinang dan ada yang terjatuh di Kuala
Kangsar. Tapi keretapi itu tetap akan berjalan.
Begitu juga gerakan dan perjuangan menegakkan keadilan dan
menentang kezaliman ini;ada yg letih,ada yg akan berehat, ada yg akan berundur
dan ada pula yg akan belot.
Anak2 muda,
Janganlan hairan, terperanjat atau kecewa jika terserempak,
mendengar atau terbaca berita tentang ‘orang yg telah meninggalkan’ perjuangan
reformasi. Didalam satu gerakan perjuangan jangka panjang perkara seperti ini
adalah perkara biasa.
Mereka yang terhenti, berehat atau meninggalkan gerakan
reformasi ini kita ucapkan selamat kepada mereka. Berehatlah dengan sempurna.
Tetapi kepada mereka yg telah meninggalkan gerakan reformasi
dan belot dan memasuki kem musuh,maka kita ucapkan kepada mereka selamat
bertempur. Mereka itu akan menjadi musuh kita. Kita tidak akan mengundur
walaupun musuh memakai tank penembak kerusi roda.
Anak anak muda yg baik,
Apa yg penting adalah kita sama2 menilai diri kita sendiri.
Kita menilai kekuatan batin perjuangan kita. Kita menilai kefahaman kita tentang
erti dan perjuangan kita. Kita menilai kefahaman kita tentang erti dan tujuan
perjuangan yg sedang kita sertai ini. Didalam perjuangan tidak ada sesiapa yg
kebal, tidak ada sesiapa yg tidak dapat dirasuk olih virus kuasa-malah aku
sendiri pun saban hari menilai kekuatan diri aku sendiri.
Ketahui diri mu
Ketahui musuh mu
Seratus perjuangan
Seratus kemenangan.
Sejarah perjuangan dan sejarah tamadun manusia seringkali
dianggap sebagai sejarah individu. Ini adalah satu kesilapan ilmiah-kerana
sejarah perjuangan adalah sejarah ratusan dan ribuan manusia-tamadun manusia
adalah pengumpulam pengalaman dari ratusan juta tenaga rakyat-bagitu juga
gerakan reformasi-ianya bukan milik olih si anu atau si polan atau dipunyai olih
sidia dan si itu- Reformasi ialah gerakan massa ialah gerakan kesedaran rakyat
yg ingin menuntut perubahan didalam struktur politik dan agihan ekonomi di
negara kita ini.
Reformasi adalah milik seluruh rakyat Malaysia!!
Seluruh rakyat menuntut reformasi-menuntut keadilan. Menuntut
dihapuskan penyalah gunaan kuasa. Dihapuskan rasuah. Seluruh rakyat menentang
kezaliman. Ini adalah hakikat. Hanya manifestinya berbeza2. Ada yg turun kejalan
raya. Ada yg menulis dilaman web. Ada yg berceramah. Ada yg masuk ke parliment.
Ada yg menyebar surat terbuka. Ada yg berbincang sesama sendiri. Ada yg jatuh
cinta dengan awek reformasi. Ada yg jatuh cinta dengan mamat reformasi. Ada yg
kena tahan. Masuk lokap dan ada yg dipenjarakan. Semua ini adalah manifestasi
gerakan reformasi.
Jadi anggaplah reformasi ini hak kita bersama. Dan ktia sama2 berjuang dan
mempertahankan cita2 REFORMASI ini-
Nah! Anak2 muda akan bertanya apa tujuan reformasi ini??
Reformasi yg kita dukung bersama adalah cita2 kita untuk
menegakkan keadilan. Keadilan ini bermakna agihan ekonomi, harta kekayaan dengan
lebih adil. Keadilan bermakna rakyat bebas bersuara menyatakan pendapat mereka
secara terbuka tanpa dipukul olih FRU. Keadilan ini juga bermakna anak2 muda
diberi kebebasan untuk melakukan dan menjalankan kehidupan muda mereka tanpa
diganggu, dikacau atau disaman olih pihak polis.
Untuk anak muda reformasi amat penting kerana hari ini setiap
kali sahaja berlaku krisis politik anak muda akan dipersalahkan. Anak muda akan
di tohmah. Anak muda akan difitnah.
Anak muda dituduh punca –gejala social.
Anak muda difitnah mengikut ajaran sesat.
Anak muda menyembah Black Metal.
Anak muda dituduh rosak akhlak.
Anak muda dituduh tidak bersopan
Anak muda ditohmah sek rambang.
Anak muda difitnah kaki dadah.
Anak muda dituduh tidak berterima kasih.
Anak2 muda yg baik hati,
Sampai bila orang tua yg berleter ini perlu kita dengari? Sampai bila orang tua
yg gila kuasa ini wajib bertahta? Jawabnya – semua ditangan kita.
Tepuk dada
Tanya selera
Usik ke kiri si anak muda
Usik ke kanan si anak muda
Gengam tangan
Tunjuk perkasa.
Aku cukup percaya dan yakin – bahawa apa saja perubahan dan
arus perubahan akan dilakukan olih anak2 muda. Lihatlah di Tehran, di Seattle,
di Manila, di Korea, di Jakarta – semua nya adalah gerakan anak2 muda. Sejarah
di dunia ini – sejarah kepunyaan kita semua – telah diukir olih nyawa, idea,
pemikiran dan daya kreativ anak2 muda.
Ingatlah !! Kemudaan hanya datang sekali! Dan jagan bersikap tua semasa masih
muda.
Diwaktu muda inilah masa dan ketikanya untuk melakukan apa saja.
Anak2 muda,
Kami disini tidak tahu berapa lama lagi kami akan ditahan
dikem ini. Tetapi kami penuh yakin – apa yg tak dapat kami lakukan,telah dan
sedang dilakukan olih anak2 muda yg lain. Kami dan aku sendiri yakin anak2 muda
dimana saja didunia ini adalah sama sahaja.
Dengan kemudaan mereka – dengan tenaga mereka – mereka akan mencipta sejarah.
Yakinlah dunia ini akhirnya adalah kepunyaan si anak muda.
Kawan2 di bangsar dan anak2 muda,
Aku berharap satu masa nanti kita akan dapat berlabuh,
bersembang dan ketawa bersama2 di gigian jalan bangsar sekali lagi. Bila masanya
bukan satu yg dapat aku pastikan. Tapi waktu dan ketikanya akan sampai.
Sementara itu aku ucapkan salam hargai,salam setiakawan yang
berkekalan. Dan aku akhir dengan sajak ini khusus setahun aku disini.
ANAK MUDA
Anak muda paw motosikalmu
sederas mungkin
langgar apa saja yg merintangi jalan
anak muda gengam tangan kekasih mu
berdiri sama di dataran merdeka
tepiskan gas pemedih mata
balingkan kembali ke arah musuh
anak muda gemparkan negara
dengan laman web mu
gegarkan segala yg tua
kocakkan segala yg tenang
anak muda ! yakinlah
dunia ini akhirnya milik mu.
Salam setia dari aku
[ tanda tangan hisyamudin rais]