Kaitan Makan Daging Dan Kanser




Mereka tang mempunyai diet yang sarat degan daging mempunyai risiko lebih tinggi secara puratanya untuk mendapat kanser salur pemakanan dan dua kali ganda risiko kanser perut.


Menurut laporan, beberapa kajian yang dikaitkan dengan tabiat makan daging secara berlebihan terutama daging berwarna merah dikaitakan dengan beberapa jenis kanser.


Kanser kolon mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan diet yang tinggi kandungan daging.


Kajian yang membabitkan penduduk yang tinggal di Nebraska, Amerika Syarikat mendapati mereka yang makan daging mempunyai 3.6 kali ganda risiko kanser saluran pemakanan dan dua kali ganda kanser perut berbanding mereka yang mempunyai diet yang sihat.


Mereka yang makan produk tenusu juga cenderung untuk makan banyak daging.


Diet yang sihat adalah diet yang mengandungi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang tinggi.


Secara umumnya,mereka yang mengamalkan diet yang sihat ini megambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan lebih sepuluh hidangan bijirin, roti dan pasta .


* sumber:- MINGGUAN MALAYSIA (kesihatan) -30.12.2001