Konversasi
Magazine Humanistik bersama Faisal @ Dhani Ahmad
First of all, I would like to say thank you for sparing me your time to answer
my questions. I am Siew Ling, 26, reporter of a Chinese magazine called
Humanistik. Some of these questions below might be considered personal, but I
think this will help me to understand who you are the young guys who involve in
FNB. The answer will act as a platform for me to write out an article about FNB.
So, I hope you don't mind to share with me something about you.
1. Where are you from? Name? Age ? Can you tell me something about your
background (childhood, school, kampong, growing up etc)
Hai. Saya Faisal salah seorang yang terlibat secara langsung dengan aktiviti
Food Not Bombs di Malaysia ini. Saya berasal dari Kota Bharu,Kelantan dan
menetap di Kota Bharu sehingga berumur 15 tahun. Kemudian saya telah berpindah
ke Pulau Pinang dan menetap di Pulau Pinang untuk tempoh 5 tahun seterusnya atas
urusan pembelajaran. Dan setelah tamat pengajian di Pulau Pinang baru-baru ini (akhir
tahun 2002) terus saya datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan salah sebuah
firma yang ada disini (Kuala Lumpur). Mungkin saya tidak lama bekerja di firma
ini kerana saya sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajian yang
seterusnya. Apa pun,yang pastinya saya tetap akan berada di Kuala Lumpur kerana
IPT yang saya akan melanjutkan pengajian nanti terletak di sekitar Kuala Lumpur.
Secara ringkasnya, saya berumur 20 tahun,masih bujang dan banyak bergiat aktif
bersama rakan-rakan di kumpulan Food Not Bombs Pulau Pinang (FNBPP). Saya masih
terlalu baru bersama rakan-rakan di Food Not Bombs Kuala Lumpur (FNBKL). Apa pun
hubungan dan jaringan yang kukuh diantara rakan-rakan di FNBKL dengan FNBPP
menyebabkan saya tidak berasa janggal ketika bersama rakan-rakan di FNBKL. Anda
boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut di emil merahdanhitam@yahoo.com dan
jika kamu ada kelapangan lawatlah website rasmi FNBPP di
www.fnbpulaupinang.cjb.net . Mahu sesuatu yang baru? Masuk juga website anak
muda di www.nosc.cjb.net
2. How long you have been staying in kl? when and why you came to KL?
Seperti yang saya terangkan tadi, saya baru saja menetap di Kuala Lumpur ini.
Sebaik saja saya menamatkan pengajian saya di salah sebuah IPTA yang terdapat di
Pulau Pinang pada bulan 11 tahun 2002 yang lepas,saya terus datang ke Kuala
Lumpur dengan tujuan untuk bekerja sementara menunggu untuk melanjutkan
pengajian yang seterusnya. Selain itu saya juga datang ke Kuala Lumpur dengan
tujuan untuk mencari pengalaman baru bersama rakan-rakan di FNBKL khususnya yang
mana mungkin pengalaman-pengalaman baru nanti dapat saya serta rakan-rakan di
FNBPP praktikkan.
3. What are you doing now in kl (studying, workingĦ)? If working, what kind
of job? If studying, how is your study life?
Saya bekerja sebagai kerani sekarang. Sebetulnya 'pengkeranian' bukanlah bidang
saya kerana saya adalah graduasi dalam bidang 'teknologi pengkomputeran'.
Walaupun demikian,saya selesa dengan kerja saya sekarang.
4. Do you have any hobby? What is the thing you like to do most?
Hobi saya sejak kecil lagi adalah membaca buku. Dan genre bacaan yang paling
saya minati ialah bahan bacaan kesusasteraan melayu klasik / lama. Penggunaan
ayat dan pengolahan bahasa dalam kesusasteraan melayu klasik/lama begitu unik
dan saya betul-betul terpikat dengannya.
Dan saya sekarang mempunyai minat yang baru. Saya sekarang berminat dalam
mempublikasi bahan bacaan. Mungkin ianya adalah kesinambungan daripada hobi saya.
Untuk tempoh dua tahun ini, saya telah pun mengeluarkan beberapa buah buku.
Antara buku yang telah saya keluarkan ialah buku Sebutir Bintang Merah (#1 dan
#2), buku Abstained Agogo, buku xEpitome Of My Lifex, dan yang terbaru sekali
ialah buku Roti Dan Ros. Dan sedikit hasil jualan buku Roti Dan Ros ini akan
terus disalurkan ke tabung FNBPP. Kesemua buku-buku ini dipasarkan secara bebas
kepada rakan-rakan di Malaysia. Walaupun hobi saya suka membaca buku
kesusasteraan melalu klasik / lama,namun buku-buku yang saya keluarkan adalah
bahan bacaan berat dan politis.
5. When you started to get involved in fnb? How do you get involved in this?
Saya tidak ingat tarikh tepat pembabitan awal saya dalam FNB ini. Namun serving
pertama yang kami di FNBPP lakukan adalah pada awal tahun 2001. Pada tahun
tersebut kami hanya sempat menghidangkan makanan percuma sebanyak 2 kali sahaja,
dan aktiviti tersebut tidak berterusan kerana kami di FNBPP kekurangan tenaga
kerja sukarela yang mahu beraksi bersama-sama. Setelah berhenti beraksi untuk
satu tempoh yang lama,sekarang kami betul-betul bersedia untuk kembali beraksi
dijalanan dengan lebih efektif dan progresif. Bermula tanggal 6 Julai 2002, kami
di FNBPP telah mula kembali beraksi dijalanan menghidang makanan percuma pada
setiap minggu pada hari Ahad jam 6.00 petang di jalan Lebuh Acheh. FNBPP
sekarang banyak beraksi dan bekerjasama dengan rakan-rakan aktivis dari Save Our
Self (SOS) Penang dan juga SUARAM Penang.
Bagaimana saya terlibat dalam FNB? Semuanya bermula apabila salah seorang
daripada rakan saya mendapat informasi daripada rakan-rakan di Food Not Bombs
International dan kami bersetuju dengan agenda politik yang FNB International
bawakan. Malah kejayaan rakan-rakan di FNBKL yang dapat berorganisasi atas nama
FNB menyebabkan kami di Pulau Pinang begitu bersemangat untuk mewujudkan FNB di
Pulau Pinang. Secara personalnya juga saya amat bersetuju dengan tujuan dan
principal yang FNB bawakan. Dan saya juga bersetuju dengan 'peaceful protest'
yang FNB lakukan. Dan kerana itulah saya bersama-sama FNB sekarang.
6. Does fnb have anything that attract you?
Terdapat banyak tarikan yang menyebabkan saya terlibat sama dalam beraktifitas
bersama FNB ini. Antaranya ialah,saya adalah salah seorang daripada mereka yang
ANTI-NUKLEAR. Jadi saya bersama FNB kerana FNB merupakan salah satu grup yang
anti-nuklear. Saya juga tertarik dengan cara pengorganisasian FNB yang tidak
berhierarki dan menekankan konsensus. Dan FNB juga merupakan salah satu medium
bagi saya berada lebih dekat dengan masyarakat sekeliling dalam usaha membentuk
satu perubahan yang positif. Masalah kemelaratan,kelaparan dan ketiadaan rumah
sememangnya perlu satu perubahan yang progresif dan konsisten.
7. What are your feelings every time when you are with fnb members /
participate in the group activities?
Saya rasa seronok tatkala beraktifitas bersama rakan-rakan di FNB. Sebermulanya
daripada proses mencari makanan,memasak,menghidang makanan di jalanan
sehinggalah mengemas barangan setelah selesai semuanya dilakukan bersama-sama
dan secara kolektif. Keseronokan yang dikecapi itu lebih bermakna apabila saya
dapat melihat riak wajah mereka yang kekenyangan selepas memakan makanan yang
kami sediakan. Komunikasi langsung yang berlaku diantara masyarakat sekeliling
menyebabkan hubungan kemanusiaan kami lebih rapat dalam menyelami masalah
kehidupan yang dialami. FNB bukan hanya memberi makanan secara percuma,tetapi
cuba untuk mewujudkan perubahan kehidupan yang lebih positif. MAKANAN PERCUMA
UNTUK REVOLUSI~
8. What do you think about the people you serve?
Mereka juga manusia yang mahukan kehidupan yang indah. Mungkin nasib tidak
menyebelahi mereka yang membawa kepada kemelaratan yang berlaku. Jadi haruslah
kita bersama-sama membantu dan bekerjasama dalam mewujudkan kehidupan yang lebih
baik.
9. What have you learnt or get from joining fnb / the serving?
Kita mampu melakukan sesuatu perubahan yang besar apabila kita BERSATU PADU dan
melakukannya secara BERSAMA-SAMA.
Briefly, I wish to know something about you. The questions are only some
guidelines, your may not follow them if you don't want to. Also, you may write
it in English or Malay. I have to finish the article within these two weeks, so,
hope to get your replies as soon as possible. Thank you very much.