Network Of Solidarity Collective, sebuah
kolektif bebas dan DIY telah ditubuhkan oleh sekumpulan anak-muda yang mahukan
sebuah kehidupan yang lebih baik. Ditubuhkan pada tahun 2000 dan terus bernafas
hingga kini. Asalnya NOSC berbasiskan di Kota Bharu, Kelantan yang mana majoriti
anak-muda yang terlibat secara langsung dalam NOSC ini berada di Kota Bharu,
Kelantan. Dan NOSC mula tersebar ke segenap pelusuk negeri di Malaysia apabila
anak-muda di dalam NOSC mula beredar dari Kota Bharu atas urusan peribadi (belajar,
bekerja dan lain-lain).
Pada awal kewujudannya, NOSC banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bebas di Kota
Bharu, namun pada tahun 2001 pergerakan NOSC menjadi perlahan setelah anak-muda
di NOSC keluar dari kelompok Kota Bharu. Akibatnya, tidak banyak aktiviti dapat
dilakukan bersama pada tahun berikut.
Pada akhir tahun 2002, anak-muda NOSC telah bersetuju untuk mengatur-semula (re-organais)
untuk mengaktifkan kembali pergerakan NOSC ini. Pendekatan NOSC yang telah
di-re-organais telah dicapai dengan terciptanya manifesto yang baru, lebih segar
dan bertenaga bersesuaian dengan keadaan anak-muda NOSC sekarang.
NOSC adalah simple untuk kita semua. Hanya tiga perkataan iaitu: BERKAWAN DAN
BERGABUNG~
ps: sejarah lengkap akan di-kemas-kini-kan kemudian.