Kota Bharu DIY Scene Report 2002/2003


ANCAMAN band empat kerat yang memainkan irama melodic punk hardcore grind ini sudahpun merasmikan kewujudan mereka dengan rilisan pertama berupa sebuah demo rehearsal yang bertajuk Let the Dove Fly Free. Edisi ini agak terhad kerana kualiti bunyinya agak raw dan kasar. Band ini agak perlahan akan gerak gerinya di atas sebab band member yang berkedudukan jauh di antara satu sama lain. Ditubuhkan pada awal tahun 2000 dengan semangat political yang membara disamping mencari kelainan atau satu alternatif lain pada dunia muzikal mereka. Buat masa sekarang ini, band ini mempunyai masalah dalaman selepas menyiapkan projek recording terakhir mereka. Mungkin terdapat kemasukan anggota baru untuk memantapkan lagi susunan muzikal mereka. Dianggotai oleh Faisal: vokalis. Ayeh: vokalis. Pudin: drum. Hafeez aman: bassist dan vokalis. Kontak: peacedestination@hotmail.com


REVENGE OF THE KILLER GERMS. Antara band yang paling lama dari perihal kewujudan mereka namun masih belum meriliskan apa apa rilisan rasmi. Band yang memainkan irama punk rock n roll ini buat masa ini agak perlahan. Pernah dulu ada ura ura yang mereka akan meriliskan split dengan band pop punk Punishment Park namun sampai sekarang belum dapat melihat apakah susulan mereka. Band ini ternyata amat hebat dengan komposisi muzikal yang utuh dengan melodic catchy mereka dengan anggota yang rata-rata begitu mahir dengan kendalian instrumen masing-masing. Dianggotai oleh Gupa: gitaris dan vokalis. Pudin: drum. Nasir: bassis. Kontak: dasardalam@hotmail.com


PHALANX SUFFER. Band empat kerat yang memainkan muzik new school emorabak hardcore rap dengan gabungan rapping screaming ala emo rabak ditambah dengan ke chugga-chugga-an sound gitar berat. Ini sebenarnya sudahpun meriliskan terbitan pertama mereka di bawah Papakerma Records dan syukurlah selepas beberapa masalah penerbitan yang hebat akhirnya rilisan ulung ini akan dijangka menemui pasaran pada akhir tahun ini. Dengar bisik ura-ura mereka akan memasukkan second vocal dan sekarang ini sedang menyelesaikan beberapa masalah dalaman band tersebut. Band ini di halusi oleh peneraju utama mereka iaitu Jemy: gitaris. dan Affa: vokalis


SHABRA SHATILA band ini sepatutnya sudahpun merakamkan rilisan pertama mereka namun diatas beberapa masalah dalaman yang agak teknikal, mereka menangguhkan rancangan tersebut. Band yang dianggotai oleh 6 anak-anak muda ini menjadikan emo hardcore violence sebagai teras keras muzik mereka. Buat masa ini, pergerakan band ini agak kekomaan di atas sebab yang telah diterangkan walau ia sebenarnya begitu senang diatasi. Ditubuhkan pada awal tahun 2000 yang pada tahun itu rancak dengan band band baru ditubuhkan seperti Ancaman, Colours of Her Eyes dan State of Mind. Mungkin terdapat beberapa perubahan darihal struktur line up. Dianggotai oleh Hazwan: gitaris. Nazier: gitaris. Firdaus: vokalis. Hafeez Aman: bass. Dinx: vokalis dan Pudin: drummer. Kontak: xnazierx@terato.com


PROOFX OFX LIFEX satu-satunya band old school hardcore yang cuba mengembalikan semula kegemilangan irama pantas dan mencengkam. Band ini sedang di dalam perancangan untuk meriliskan rilisan pertama mereka dan sedang giat berlatih lagu-lagu mereka selepas hibernasi selama beberapa tahun disebabkan oleh ahli bandnya yang sibuk dengan aktiviti band mereka sendiri. Walaupun anggotanya juga menggotai satu band lain yang sama namun di atas dasar ingin mencuba dan memberi nafas baru kepada old school dengan korus-korus sing-along yang bermesej political sarkasme, mereka sekali lagi bergabung di dalam pentas yang berlainan dengan mesej kembali keakar. Dianggotai oleh Dinx: vokalis. Nazierx: gitaris. Hafeez: drummer. Kontak: xxxdinxxx@hotmail.com


MY LOVELY AUTUMN. Selepas hampir bertahun tahun menyepi dengan masalah untuk mencari line up yang sesuai akhirnya peneraju utama band ini membuat keputusan untuk melahirkan sebuah demo simple dengan akar muzik utamanya iaitu emo dan penambahan eleman-eleman pop. Bersilih ganti anggota dan konsep namun akhirnya teman-teman emo ini mengambil keputusan untuk mencuba kehebatan emo pop ala Weezer, The Get up Kids dan For All The Drifters. Sudahpun mempunyai lagu-lagu sendiri Cuma masih tidak berkesempatan merakamkannya secara betul. Akustik emo yang kian mendapat tempat bagi penggemar penggemar emo Malaysia. Dianggotai oleh Nazierx: akustik gitar. Hafeez: akustik gitar, vokalis. Dinx: vokalis.


EPILEPTIC APHRODISIAC THROMBOSIS. Sebuah lagi band yang ingin membawa era pembaharuan di dalam scene Kota Bharu yang agak tipikal. Band ini membawa muzik pop noisegrind dengan lirik yang begitu sarkastik dan sinis. Pernah merakam beberapa buah lagu yang diselitkan sebagai bonus track di dalam rehearsal demo Ancaman. Bakal melahirkan rehearsal demo pertama mereka dalam jangka waktu terdekat. Walaupun agak baru ditubuhkan iaitu pada awal tahun 2002 oleh anak-anak muda yang cuba untuk berekspresi dengan naluri kebisingan manusia. Lagu-lagu yang agak sarkastikal dan emotif. Mungkin akan memasukkan ahli-ahli baru pada masa akan datang. Ura-ura mengatakan band ini juga mempunyai beberapa masalah dalaman. Dianggotai oleh Faisal: vokalis, Hafeez: gitaris dan vokalis. Dan Ayeh: drummer dan vokalis. Kontak: dwts82@yahoo.com


RIVERSIDE pada asalnya band ini menggunakan konsep emo ala Red Kedge namun selepas melakukan revolusi line-up yang drastic akhirnya perkabaran ia membawa muzik pop ke akar umbi. Mereka sedang sibuk melakukan latihan kerana ada ura ura yang mereka akan merakam beberapa buah lagu untuk rilisan pertama mereka. Kemungkinan konsep mereka agak ke-pop-an ala Coldplay. Dianggotai oleh Faizal: gitaris. Nasir: bassis. Ayeh: vokalis.


SAKURA one man band yang bakal menggegarkan. Konsep yang dibawa tidak dapat dipastikan namun pasti ia amat hebat.


GARAGE FLOWER sebuah lagi band pop yang dengar cerita akan merekodkan demo pertama mereka.


BATTALION OF SICKNESS (pop), THE EMPOWERMENT (street punk), RED HEAD (oi!), BROKEN 14 (punk), THE VICTIMS (oi!), THE KALUTS (oi!), THE CROACHES (nu metal), STATE OF MIND (hc), PARASITE NATION (punkrock), HEAD DOWN (metal grunge), COLOURS OF HER EYES (pop), THE PANIC (oi!), DAMN SELF LIFE (modern rock), LITTLE TERN (nu metal), THE BUSKERS (oi!) adalah diantara band band hebat yang sayang sekali tidak diketahui samada sudah dibubarkan atau sudah tidak aktif ataupun masih bergiat secara aktif.

__________________________________________________________________





PAPAKERMA BUTAI dari sebuah pengedar bahan bacaan kecil-kecilan kepada sebuah distro dan label lengkap. Diasaskan pada awal 2000 dan kini melangkah maju kehadapan dengan tenaga-tenaga baru yang membolehkan Papakerma bakal menjadi salah satu di antara label DIY yang aktif dewasa ini. Orang-orang yang bertanggung jawab disebalik Papakerma Butai adalah Dinx, Nazierx, Firdausx yang mana ketiga-tiga ini merupakan anggota kumpulan Shabra Shatila (emo violence hardcore) dan Faisal yang menganggotai kumpulan Ancaman. Diantara projek-projek yang terbaru mereka adalah split rilis dengan Blank Citizen Records dalam menerbitkan End On End cd dan Phalanx Suffer ep. Kemungkinan besar akan menerbitkan semua band-band yang aktif dibawah Network of Solidarity Collective. Di samping menerbitkan rilisan-rilisan berbentuk audio, mereka juga aktif di dalam pengedaran bahan bacaan yang agak rare dewasa ini, di antaranya adalah edisi lengkap Cintakan Aman isu 1-10 yang agak sukar didapati dipasaran sekarang. Mereka boleh dihubungi melalui alamat emel papakermadistro@yahoo.com atau layari sahaja www.papakermabutai.cjb.net



BURNHATE DISTRO ini sudah agak lama menyepi tanpa apa apa informasi terbaru. Namun distro yang ditubuhkan pada awal tahun 2000 ini mempunyai koleksi bahan bacaan yang menarik dan rare seperti Core Pack #3 yang sudah tidak lagi diedarkan oleh mana-mana distro dewasa ini. Pada awalnya diasaskan oleh Jera dan Pudin, namun setelah seberapa lama Pudin kini mengorganisasikannya secara berseorangan di mana Jera telah mengasaskan Blank Citizen Distro and Records. Untuk informasi lanjut adalah disarankan untuk menghubungi dasardalam@hotmail.com


EMOLUTION RECORDS adalah diantara record label yang amat baru ditubuhkan. Diasaskan oleh Hafeez dan Dinx di awal tahun 2002 dengan objektif untuk meriliskan mana mana rehearsal atau demo secara kecil kecil sebagai membantu promosi. Mereka pernah bergiat untuk menerbitkan iscography This Machine Kills dan beberapa buah band emo luar negara tetapi di atas beberapa sebab yang tidak dapat di atasi, akhirnya projek tersebut terbengkalai begitu sahaja. Akhirnya mereka memecahkan kebuntuan dengan menerbitkan demo rehearsal Ancaman dan kemungkinan besar rehearsal demo Epileptic Aphrodisiac Thrombosis. Kini setelah pemilikan Emolution sudah bertukar tangan, di mana ia kini diambil alih oleh Azman No Frighten, semoga attitude label ini bertambah mantap. Boleh dihubungi: emorecs@hotmail.com

__________________________________________________________________