APA NOSC?
Network Of Solidarity Collective percaya kepada prinsip berdikari, DIY
(do-it-yourself), konsensus, solidariti (setiakawan), cinta dan kasih sayang,
kebebasan berintelek, aksi-terus (direct action), non-hirarki (kesamarataan hak),
dan non-autoritarian yang merupakan asas vital dalam mewujudkan kehidupan yang
lebih sempurna, saksama dan harmonis. NOSC juga percaya bahawa diantara punca
vital yang menjadi teras kepada peperangan, huru hara dan disharmoni nya
kehidupan didalam hidup bermasyarakat adalah rasisme (perkauman), seksisme (diskriminasi
jantina) serta ignoransi (kejahilan) dan eleman-eleman tersebut perlu diperangi.
NOSC juga melihat dasar kapitalisme sebagai punca utama kesakitan dunia hari.
NOSC dengan sekerasnya menentang setiap isu yang mempunyai eleman eleman
diskriminatif, opresif dan eksploitif melampau. NOSC bebas untuk menyelinap atau
memanipulasi mana-mana saluran yang sesuai untuk bertindak secara aktif, tidak
kira samada saluran arus utama ataupun subversif. NOSC juga menitik beratkan
soal keseronokan beraktiviti. Oleh itu NOSC adalah kolektif yang bersifat telus.
Secara ringkasnya, NOSC adalah kolektif yang MAHU MENJARINGKAN PERSAHABATAN
dengan sesiapa sahaja yang bersetuju dengan agenda politik NOSC. BERKAWAN dan
BERGABUNG BERSAMA-SAMA dalam menentang kezaliman dan ketidak-adilan menindas
yang berlaku.
SIAPA NOSC?
NOSC adalah kumpulan kecil bersifat autonomus, non hirarkal, kolektif dan bebas
kerajaan, ditubuhkan oleh aktivis, simpatis politik dan sosial yang terdiri
daripada anak-anak muda yang ingin menjaringkan hubungan berbentuk solidaritas
dan berbasiskan semangat setiakawan, bergabung bagi merangka dan bersama-sama
membina perubahan positif tidak kira kepada anak muda NOSC ataupun masyarakat
secara keseluruhan.
KENAPA NOSC?
NOSC diwujudkan untuk bertindak sebagai satu platform untuk anak-anak muda
berkumpul, berdiskusi dan bertindak mengikut kemampuan masing-masing terutamanya
melalui metod DIY atau apa jua metod yang difikir sesuai, dalam apa jua isu yang
difikir baik untuk dibincangkan bersama-sama dalam usaha NOSC membina kondisi
komuniti yang lebih positif. NOSC juga bertindak sebagai komunikator mesej yang
ingin disampaikan oleh anak muda kepada teman yang lain atau masyarakat pada
umumnya. Secara tidak lansung, NOSC adalah medium untuk kita semua (anak muda
khususnya) bergerak kedalam masyarakat sekeliling, menyampaikan pendirian,
maklumat dan propaganda NOSC dalam apa jua variasi isu perdana atau subversif,
disamping mengenali dengan lebih dekat keperluan dan masalah masyarakat untuk
diselesaikan bersama. NOSC cuba merintis satu jaringan setia kawan yang kukuh
diantara sesama anak muda, ataupun diantara kolektif-kolektif lain yang wujud (di
Malaysia terutamanya). Masalah yang timbul seperti kemelaratan, kelaparan,
ketiadaan rumah, kesengsaraan, kedaiafan adalah perlu ditangani segera. NOSC
akan menjalankan sebarang aktiviti dan bertindak dengan mengambil bahagian
didalam apa jua aksi yang membawa kepada penyelesaian pemasalahan sebagaimana
yang disebut diatas. Sebarang penghasilan yang berbentuk benefisial melalui
kretiviti seni muzik, literasi atau kerja tangan yang dijalankan atas nama NOSC
akan disalurkan dengan bijak untuk kebaikan bersama. NOSC amat mengalu-alukan
sumbangan, walau dalam apa jua bentuk sekalipun seperti karya penulisan, muzik,
pakaian terpakai, kewangan ataupun apa sahaja, oleh masyarakat dalam membantu
NOSC merealisasikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di masa-masa hadapan yang
dilakukan diatas dasar kemanusiaan, kasih sayang dan semangat bantu membantu
diantara masyarakat yang berkemampuan kepada yang kurang bernasib baik.
UNTUK SIAPA NOSC?
NOSC secara amnya, berusaha untuk membantu membentuk masyarakat yang positif dan
harmonis dengan dasar toleransi diantara satu sama lain. NOSC juga bertindak
sebagai platform untuk merapatkan ikatan diantara sesama anak muda dan diantara
anak muda dan masyarakat. Jadi, NOSC adalah untuk semua pihak yang terlibat
secara lansung atau tidak lansung dalam merealisasikan objektif NOSC. NOSC juga
untuk membina semangat kendiri didalam setiap jiwa anak muda. Dengan kata lain,
NOSC adalah untuk kita semua.
BAGAIMANA NOSC?
NOSC tidak terikat dengan mana mana metod atau pergerakan yang spesifik. NOSC
akan aktif didalam apa jua cara dan keadaan mengikut sirkumstansi dan keadaan
bagaimana NOSC diletakkan. NOSC boleh bertindak secara fizikal (aksi terus e.g
penyebaran propaganda, pendistribusian makanan percuma, aksi jalanan dll) jika
difikirkan munasabah dan sesuai dengan keadaan dan mungkin juga bertindak secara
maya (diskusi, penyataan pendirian secara siber) dimana melalui kedua-dua
saluran ini, secara tidak lansung NOSC berfungsi memberi manfaat kepada
masyarakat dan diri setiap yang berpartisipasi.
DI MANA NOSC?
NOSC bermula dan berbasis di Kota Bharu, Kelantan. Namun NOSC tidak terikat
kepada spesifikasi tempat dan masa. Ianya bebas. NOSC boleh ada dimana-mana
sahaja, bergerak bebas menyelinap kemana saja paksi yang sesuai atau kemana saja
organisasi kerajaan atau bukan kerajaan yang wujud di mana-mana (terutamanya di
Malaysia) yang difikirkan relevan dengan tujuan, prinsip atau agenda yang
diperjuangkan. Jika anda memahami agenda politik DIY, autonomus, non-autoritarian
dan kemasyarakatan yang diperjuangkan oleh NOSC, maka NOSC sudahpun berada
bersama anda.
KESIMPULAN NOSC?
- NOSC mahu berkawan dan bergabung untuk meennentang kekejaman, ketidak-adilan
dan kezaliman menindas.
- NOSC adalah berdikari, DIY (do-it-yoursellf), konsensus, solidariti
(setiakawan), cinta dan kasih sayang, kebebasan berintelek, aksi-terus (direct
action), non-hairarki (kesamarataan hak), dan non-autoritarian.
- NOSC menentang dan menolak kapitalisme, ppeperangan, rasisme (perkauman),
seksisme (diskriminasi jantina) serta ignoransi (kejahilan), diskriminatif,
opresif dan eksploitif membunuh.
- NOSC bebas untuk menyelinap atau memanipuulasi mana-mana saluran yang sesuai
untuk bertindak secara aktif, tidak kira samada saluran arus utama ataupun
subversif dalam menyebarkan agenda politik NOSC.
- NOSC juga menitik beratkan soal keseronokkan beraktiviti. Jadi, marilah kita
berkawan,bergabung dan berseronok bersama-sama.
_________________________________________________
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NOSC, cari sahaja para pencinta keamanan
ini dengan turut partisipasi dalam kelompokan siber NOSC di enoessi@yahoogroups.com atau lawati terus laman web rasmi nosc di
www.nosc.cjb.net.
NETWORK OF SOLIDARITY COLLECTIVE PUBLISHING- (OCT, 2002) “KOMUNIKASI BUNUH
KEJAHILAN"