Laporan Rumah Terbuka NOSC
ACARA : Rumah Terbuka NOSC
TEMPAT : Restoran Tambatan D’raja, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
TARIKH : 9 Disember 2002
Setelah dipersetujui oleh semua NOS Collectiv-ist,maka satu kata putus akan
tarikh untuk acara Rumah Terbuka NOSC telah dicapai. Tarikh tersebut adalah
bersamaan dengan 9 haribulan 12 tahun 2002, bersamaan juga dengan 4 Shawal. Yah,
ianya berlangsung di dalam kemeriahan hari raya aidil fitri. Dikesempatan yang
ada akibat kepulangan anak rantauan NOSC ini lah maka semuanya bersetuju dengan
agenda yang berlangsung pada hari ini. Dan nama Rumah Terbuka NOSC ini juga
diambil bersempena dengan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan pada hari raya
seperti ini. Jadi tarikh dan hari yang dinantikan selama ini telah pun tiba.
Acara bermula seperti yang dijadualkan. Jam 1 hingga 2 tengah hari menyaksikan
kehadiran anak muda NOSC yang mahu menjayakan agenda yang direncanakan. Malah
ianya turut disertai oleh rakan-rakan baru yang baru saja mengetahui tentang
kewujudan NOSC. Kemeriahan hari raya memang tidak dapat dinafikan. Dan
keseronokan akibat telah lama tidak bersua muka mengakibatkan suasana menjadi
begitu ceria. Apa pun, agenda yang dirancang harus diteruskan. Dan kita berada
di sini adalah kerana agenda tersebut.
Jam mula menunjukkan waktu sudah pun 2.30 petang. Jadi acara perdiskusian
tentang nosc dimulakan. Masing-masing mula memperkenalkan diri dan pengalaman
masing-masing. Keadaan agak memuaskan. Mereka yang hadir untuk acara ini juga
agak memberangsangkan. Pada waktu ini,kehadiran mereka dalam lingkungan 12 orang.
Hampir kesemua pelopor atau pencetus idea untuk kewujudan NOSC ada pada hari ini.
Setelah kesemua selesai memperkenalkan diri masing-masing,maka saudara Pudin
secara sukarela menjelaskan tentang nosc ini secara umum kepada semua. Dan juga
turut menjelaskan apa keadaan nosc sekarang setelah setahun membisu tanpa khabar
berita atau aksi yang berlaku. Maka setelah penerangan tersebut berlaku, maka
tibalah kepada perkara yang paling penting dalam agenda hari ini iaitu tentang
pertukaran pendapat tentang manifesto baru nosc yang telah dihasilkan oleh
saudara faisal dan ditokok tambah oleh saudara hafeez. Keterbitan manifesto baru
nosc ini adalah akihat daripada ke-tidak-releven-an lagi manifesto lama NOSC.
Manifesto lama memang releven, cumanya keadaan anak muda di NOSC sekarang
menyebabkan ianya agak tidak sesuai dengan agenda yang diperjuangkan pada
manifesto lama tersebut. Jika dulu anak muda NOSC berada dan berpusat di satu
negeri, sekarang anak muda NOSC sudah tidak berpusat lagi dan anak muda NOSC
berada di serata Malaysia. Kerana itulah manifesto lama agak tidak releven
dengan agenda perjuangan anak muda NOSC. Dan kerana semua anak muda NOSC berada
berjauhan antara satu sama lain itu juga lah NOSC membisu tanpa sebarang acara
dalam tahun 2002 ini. Apa pun,tindakan susulan akibat perkara tersebut telah di
ambil. Sehinggalah terciptanya manifesto baru ini.
Perbincangan dan pertukaran perdapat tentang manifesto baru yang dicipta hasil
kombinasi saudara Faisal dan juga saudara Hafeez ini dibentangkan untuk mendapat
persetujuan semua anak muda NOSC. Banyak soal jawab yang berlaku dalam pada
mencapai satu kata putus untuk manifesto baru nosc ini. Perbincangan tentangnya
adalah salah satu yang dalam pada saya. Maksud saya ianya dibincangkan satu
persatu setiap baris ke baris. Malahan setiap ayat ke ayat. Dalam pada masa
perbincangan manifesto baru ini berlaku, kehadiran anak muda NOSC yang datang
pada hari tersebut makin bertambah. Jumlahnya telah pun mencecah kurang lebih
dalam 20 orang. Dan kesemuanya duduk bersama membincangkan tentang NOSC.
Perbincangan manifesto baru NOSC ini berjalan dalam masa yang lama. Jam ditangan
telah pun menunjukkan jam 4 petang. Dan setelah perbincangan mengenai manifesto
baru itu selesai, topic yang seterusnya diperbincangkan. Secara keseluruhannya,
kesemua yang hadir pada hari tersebut telah bersetuju dengan agenda dan politik
yang terdapat dalam manifesto baru nosc tersebut. Dan ianya akan dijadikan asas
landasan untuk NOSC bergiat/berjuang secara aktif selepas ini.terdapat beberapa
perubahan yang dipersetujui semua untuk manifesto baru nosc tersebut.
Topic yang seterusnya diperbincangkan. Apa pun ianya tidak disentuh secara
mendasar sepertimana yang berlaku dalam perdiskusian tentang manifesto baru nosc
tersebut.
Penerangan tentang keterlibatan nosc dengan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) anak muda dan pelajar diterangkan secara bersama oleh saudara
Hafeez,saudara Pudin dan juga saudara Faisal. Begitu juga dengan perbincangan tentang
masalah-masalah yang NOSC hadapai dan juga tentang keadaan kewangan NOSC.
Keadaan kewangan NOSC adalah berkait rapat dengan apa yang NOSC lakukan selepas
ini. Duit dalam tabung NOSC sekarang yang dipegang oleh saudara pudin berjumpa
RM100. dan disebabkan saudara Pudin sekarang terlalu sibuk dengan kumpulan FNBKL
yang disertainya,maka dia meminta agar wang nosc tersebut dipegang oleh anak
muda NOSC yang lain. Dan saudara Faisal secara sukarela menawarkan diri untuk
memegang duit NOSC tersebut. Dan ianya telah dipersetujui oleh semua anak muda
NOSC.
Diperbincangkan juga tentang apakah produk yang bakal NOSC keluarkan dan juga
apakah yang bakal NOSC lakukan pada hari mendatang. Buat setakan hari ini pada
perjumpaan haram hari ini, semuanya bersetuju agar NOSC mengeluarkan satu surat
berita (newsletter) rasmi NOSC yang dikeluarkan secara tetap dan berkala. Namun
buat tempoh percubaan sekarang ianya masih tidak berkala dan hanya diletakkan
targetnya untuk mengeluarkan newsletter NOSC sebanyak 3 isu untuk tempoh satu
tahun. Terdapat beberapa lagi rancangan yang NOSC akan lakukan. Namun biarlah
ianya menjadi ‘rahsia’ dulu buat sementara waktu ini.
Jam sudah pun menunjukkan 5.30 petang. Agenda perdiskusian sudah selesai?
Yah, ianya sudah selesai. Perkara yang terakhir antara yang disentuh pada petang
tersebut ialah mengenai kelewatan perilisan album End On End. Ianya juga telah
mendapat kata putus oleh semua bagaimana dan bila ianya akan dikeluarkan.
Sekarang tibalah untuk acara terakhir untuk hari ini. Setelah penat memerah otak
mencari penyelesaian akan agenda yang nosc akan bawakan selepas ini,maka anak
muda NOSC cuba menggapai sedikit keseronokan melalui bermain alat musik dengan
kredebaliti dan bakat masing-masing. Antara band atau kugiran yang
berpartisipasi dalam acara persembahan kumpulan musik pada hari itu ialah
Revenge Of The Killer Germs, Ancaman, Shabra Shatila dan juga Natrah. Secara
rambangnya acara pada hari ini berakhir pada jam 7.30 malam. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua yang berpartisipasi menjayakan program hari ini. Dan
terima kasih juga di ucapkan kepada sandara xdinx yang menaja minuman pada
acara ini. Lain kali belanja lagi yer abg xdinx. Hehe. Sampai jumpa lagi.
–HABIS-
ps: laporan barangkali (versi dairi peribadi) oleh : Dhani_Ahmad