Bengkel Aktivisme Dan Protes Anti-Peperangan
Saya Faisal sebahagian daripada mereka yang menghadiri workshop tersebut secara
sukarela melaporkan apa yang telah berlaku pada hari tersebut. Jika diikutkan
rancangan asalnya agenda pada hari ini dimulakan pada jam 9.30 pagi. Namun
keadaan hadirin yang kurang pada awalnya menyebabkan program pada hari ini
dimulakan agak sedikit lewat. Saya sendiri telah tiba ke lokasi pada jam 11.00
pagi yang mana pada fikiran saya ianya sudah terlalu lewat. Namun setibanya saya
di lokasi,kelihatan rakan-rakan perancang workshop hari ini sedang menikmati
keindahan pagi sambil menikmati minuman di kedai mamak di bawah Universiti
Bangsar Utama (UBU) tersebut. Dan program belum dimulakan lagi.
12.30 tengah hari
etelah sekian lama menantikan masa yang sesuai untuk program dimulakan,kami
semua telah bersetuju untuk meneruskan agenda pada jam 12.30tgh dimana pada masa
tersebut jumlah kehadiran rakan-rakan untuk menjayakan agak memuaskan.
Rakan-rakan dari Perak,Johor dan juga Melaka telah memeriahkan lagi program pada
hari ini. Kehadiran rakan-rakan untuk menjayakan program workshop pada hari ini
telah mencecah ke angka 26 orang. Dan ianya dimulakan dengan acara
memperkenalkan diri dalam bentuk yang lebih ceria di mana rakan sebelah akan
memperkenalkan rakan di sebelah mereka. Tidak memperkenalkan diri sendiri,
tetapi rakan di sebelah akan memperkenalkan diri kita dan kita akan
memperkenalkan diri mereka. Dapatkah anda memahami apa yang saya cuba sampaikan?
Rata-rata rakan yang datang menjayakan workshop pada hari ini adalah mereka yang
berada di sekitar Kuala Lumpur. Namun terdapat juga kehadiran wakil daripada
Berikan Secebis Harapan Kolektif, Network Of Solidarity Collective dan juga
Ihsan Sesama Insan Kolektif.
1.10 petang
Selesai saja proses suai kenal antara hadirin,pihak penganjur yang diwakili
Fahmi Reza telah menerangkan objektif asal kenapa bengkel pada hari ini diadakan.
Secara ringkasnya Fahmi telah menerangkan tentang keratan akhbar yang telah
dibacanya iaitu tentang activist plan peace rally yang mana ianya akan
dianjurkan oleh Pemuda UMNO. Jadi apakah relevansinya kita untuk turut serta
dalam agenda yang dirancangkan oleh pihak UMNO ini? Fahmi telah menerangkannya
hingga ke akar rumput akan apa agenda kita untuk turut serta dalam rancangan
UMNO ini. Secara ringkas yang dapat saya simpulkan daripada apa yang Fahmi
terangkan adalah: kita turut serta dalam peace rally yang dianjurkan UMNO dengan
membawa agenda kita sendiri dan bukan dengan mengikut program yang telah UMNO
aturkan. Mungkin dengan kata lainnya, kita cuba mengeksploitasi agenda mereka.
Fahmi juga memberikan penerangan halatuju demonstrasi yang akan kita sertai ini.
2.00 petang
Shaifuddin (pudin) Mamat seterusnya mengambil bahagian dalam memberi sedikit
penerangan tentang kefahaman mengenai peperangan. Pudin banyak menyentuh tentang
sejarah awal dan faktor-faktor kenapa peperangan ini berlaku di dunia. Banyak
perkara yang dikaitkan oleh Pudin dalam penerangannya adalah tentang Perang
Dunia Pertama dan juga Perang Dunia Kedua sehinggalah peperangan yang berlaku
sekarang. Pada ketika ini,bengkel pada hari ini terus mendapat kunjungan
rakan-rakan di mana angkanya telah pun mencecah 30 orang.
Hampir 30 minit Pudin mengambil masa untuk memberikan penerangan tentang
peperangan, maka tibalah giliran Kid untuk menyambung aktiviti hari ini. Kid
juga memberi memberi penerangan tentang perang dengan memberi persoalan kepada
para hadirin kenapa berlakunya perang? Keadaan pada ketika ini amat menarik di
mana Kid dapat menceriakan suasana dengan mengadakan dialog di antara para
hadirin. Yang mana masing-masing mengeluarkan muntahan idea tentang apa yang
mereka faham tentang perang. Pada keadaan ini komunikasi dua hala telah berlaku
yang mana lebih banyak idea menarik tentang perang telah berjaya dikeluarkan.
Keadaan yang agak ceria dengan timbunan idea dan pendapat ini selesai pada
sekitar jam 3.00 petang untuk memberi peluang kepada waktu merehatkan minda.
3.00 petang 3.45 petang
Rehat. (sepatutnya pada waktu ini hadirin akan menjamu selera yang akan
disediakan secara percuma oleh Food Not Bombs Kuala Lumpur. Namun mungkin
kesesakan jalan raya telah menyebabkan wakil FNBKL yang menyediakan makanan
tersebut lambat tiba ke lokasi.)
4.00 petang
Setelah selesai menjamu selera di kedai mamak, kami semua naik semula ke lokasi
untuk menyambung agenda seterusnya. Dan pada saat ini jugalah wakil FNBKL (sis
Atiah) tiba dengan makanan percuma untuk dihidangkan kepada hadirin. Dan mereka
yang belum menjamu selera lagi menikmati juadah percuma yang dihidangkan. Menu
yang disediakan adalah nasi putih beserta telur masak pedas dan juga sayur lemak.
Apabila semuanya telah selesai menjamu selera, maka program pada hari ini
diteruskan. Kini Zapa mengambil alih untuk memberi penerangan kenapa kita perlu
berdemonstrasi? Banyak fakta yang dibentangkan oleh Zapa mengaitkan tentang
United Nations Human Rights Declaration yang lansung tidak berfungsi. Antaranya
isi kandungan yang tercatat pada artikel 19 dan juga artikel 20. Zapa juga
banyak membentangkan idea persendiriannya tentang demokrasi, direct-action,
keamanan dan sebagainya.. pembentangan idea oleh Zapa berlangsung hampir satu
jam.
5.00 petang
Aktiviti seterusnya pada hari ini adalah tayangan video tentang taktik-taktik
berdemonstrasi. Dalam pada menjamu mata dengan penayangan video tentang
taktik-taktik berdemonstrasi, Faizal WIMTEC telah memberi penerangan tentang
taktik-taktik yang digunakan. Antara taktik yang banyak diterangkan dan
ditunjukkan pada petang tersebut adalah taktik berdemonstrasi yang dilakukan
oleh rakan-rakan Anarkis Black Bloc, taktik peace demonstrasi, taktik
berdemonstrasi ala-ala Hong Kong dan banyak lagi. Penayangan video dan
penerangan tetang taktik berdemonstrasi oleh Faizal berlangsung selama 45 minit.
5.45 petang
Seterusnya berlaku pertukaran pendapat antara hadirin tentang taktik yang akan
digunakan untuk kita berdemonstrasi pada 23.2.03 ini. Violence demonstrasi atau
non-violence demonstrasi? Yah, pertukaran idea tentangnya berlaku. Satu kata
consensus cuba dicapai untuk topik ini. Pada saat ini dapat dilihat beberapa
idea daripada pelbagai sudut telah dikeluarkan. Komunis,Sosialis,Anarkis
semuanya ada. Saya begitu tertarik dengan apa yang berlaku di saat ini.
Di saat ini juga turut dibincangkan tentang strategi berdemonstrasi yang akan
digunakan.juga turut dibincangkan adalah perkara yang amat penting dalam
berdemonstrasi iaitu sekuriti atau keselamatan semasa berdemonstrasi. Kekejaman
pihak polis adalah sesuatu yang tidak bisa dinafikan walaupun ianya adalah
demonstrasi halal sekalipun.
Pada ketika ini telah pelbagai idea terakhir yang akan diguna-pakai semasa
berdemonstrasi telah dibawa ketengah untuk dibincang. Perlbagai taktik, pelbagai
strategi telah diutarakan agar mesej yang akan dibawa nanti dapat disampaikan.
Kepada siapa mesej hendak disampaikan? Semuanya telah dibingcangkan pada ketika
ini. Perdiskusian berlaku secara tenang dan agak lama.
Dan setelah penat berdiskusi tentangnya,kami telah dapat mewujudkan beberapa
kumpulan yang harus berkerja untuk mencapai apa yang telah dipersetujui hari ini.
Beberapa kumpulan kecil tersebut adalah:
1. kumpulan teater:- dimana kumpulan ini akan memfokuskan untuk melakukan
demonstrasi jalanan secara berteater dengan membawa slogan NO NATIONAL SERVICE!
Mengikut apa yang telah dipersetujui,mereka akan berpakaian sekolah dengan
membawa replica senapang dan saling membunuh antara satu sama lain. Mungkin
perubahan agenda oleh kumpulan ini akan berlaku.
2.kumpulan banner:- kumpulan ini akan memnyediakan sepanduk-sepanduk yang akan
dibawa pada hari demonstrasi tersebut.
3.kumpulan baju dan bandana:- mereka yang berada dalam kumpulan ini akan
memfokuskan kepada mencipta baju-baju yang bermesej political dan juga bandana
yang bermesej.
Terdapat lagi beberapa kumpulan yang mempunyai objektif masing-masing dalam
mengapai apa yang telah dipersetujui bersama. Maaf kerana saya lupa tentang
beberapa lagi kumpulan yang telah diwujudkan pada hari tersebut. Apa
pun,kumpulan-kumpulan kecil ini akan terus mengadakan bengkel-bengkel kecil
mereka untuk mencapai apa yang telah mereka targetkan. Dan peruntukan untuk
menyediakan kelengkapan untuk berdemonstrasi pada 23 Februari 03 ini telah
diperolehi oleh saudara Fahmi dengan satu jumlah yang besar dan cukup untuk
menampung aktiviti ini. Dengan kata lainnya, aktiviti ini tidak akan
mengeluarkan sedikit wang pun daripada kita yang terlibat. Semuanya percuma sih
ayuh bersama-sama menjayakannya.
Sekian sahaja report ringkas daripada saya. Report ini telah saya lakukan secara
perseorangan mengikut apa yang telah saya lalui pada hari tersebut. Maaf diatas
kekurangan yang berlaku dalam report ini. Sehingga berjumpa lagi. Daa~
Yang benar;
Faisal