PANDANGAN

Laman pelajaran_bahasa_melayu@internet diusahakan untuk dimanfaatkan oleh para guru BM. Dalam era pembelajaran lebih dinamis dan dipenuhi perubahan, para guru BM tidak dapat tidak harus menyesuaikan kemahiran dan pendekatan pengajaran mereka setiap masa. Laman ini bertujuan mengongsi bahan-bahan, kepakaran dan juga mendapatkan maklum balas daripada para guru dalam usaha mengenal pasti laman pembelajaran BM online yang paling cocok bagi pelajaran Bahasa Melayu agar satu pendekatan yang sebaik-baiknya dapat dihasilkan. Ini bukan bermakna, satu pengkaedahan sahaja yang harus menjadi ikutan, tetapi usaha murni ini menekankan kepelbagaian pendekatan yang berguna dalam penghasilan laman BM online. Dengan meninjau lelaman BM online yang ditampilkan, para guru juga berpeluang mengongsi pendapat dan menyarankan lelaman BM online yang lainnya yang pernah mereka lungsuri untuk menambahkan lagi contohan-contohan laman BM online di laman ini.

     
 

Perkhidmatan
Menghasilkan latihan BM interaktif I Menghasilkan lelaman BM online I Khidmat Konsultan  
Hubungi BM online di talian 97483514 untuk mendapatkan khidmat kami atau kirimkan emel ke khidmat konsultan
Anda ialah pengunjung ke:
Hit Counter