Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah 2008
Bermula dari 04/08/08 hingga 15/08/08 yang lalu, semua pelajar tingkatan tiga telah menduduki peperiksaan percubaan penilaian menengah rendah yang diadakan di Dewan Seri Bestari, SMAPL. Selain daripada membuat ulangkaji yang teliti, para pelajar tingkatan tiga telah melakukan pelbagai usaha alternatif seperi bacaan YaaSiin dan solat hajat berjemaah pada setiap malam sepanjang peperiksaan. Diharapkan segala usaha dapat membuahkan hasil yang setimpal.