![]() |
Daun cemperai ubat ulser mulut |
ULAM seolah-olah ada pertalian rapat dengan masyarakat Melayu. Mereka mempercayai amalan pemakanan ulam setiap hari akan menjadikan seseorang awet muda.
"Ada benarnyn keyakinan mereka kerana memakan ulam boleh menyebabkan peredaran darah berjalan lancar dan ia boIeh menyebabkan kulit kita selalu tegang," kata Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Said Saad. Katanya, ulam juga mempunyai kelebihan dalam merawat beberapa jenis penyakit tertentu. Antara ulam yang berkhasiat ialah CEMPERAI atau nama botaninya Champereia griffihii. "Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat," kata Dr. Mohd. Said. Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnyn agak keras dan bentuknya lurus menajam. "Tetapi kita harus berhati-hati. Jika pokok cemperai ini tumbuh berhampiran pokok getah atau kelapa sawit, ia mungkin beracub". Antara kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut. Menurut Dr. Mohd. Said, caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat. "Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser," ujarnya. Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal tulang. "Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas. Minumlah pada waktu malam," katanya. |