.:: Copyright  2003 Geocities! Inc. All rights reserved ::.
                                   .:: By ezlan_1 ::.
   sEmuA mILik DiA.
    Siapapun Kita, di manapun kita, semuanya ketentuanNya. Apapun yang aku ada, apapun yang kau hilang di bawah Qada dan QadarNya.
Kayakah engkau atau miskin melarat... apa sangat yang kau harap..kerana semuanya hanya pinjaman...Allah empunya segalanya.
Lalu, kenapa tidak kembali kepada satu jalan
dari mana kau datang? dari Allah. Ke mana
kau harus pulang? kepada Allah. Kenapa tidak berpegang kepada satu tali yang Allah hulurkan, bersama ilmu dan hayat. Lupakan segala kejayaan yang kau kumpulkan dengan keangkuhan, kerana ianya sementara, yang kekal hanya Dia...

   
rAgaM LaKunYa MaNusIa.
    Memuji dan mengeji, dua sifat tidak sehaluan, yang satu seelok tingkah peribadi, yang satu lagi sumbang perilaku. Manusia mudah menilai tika intimnya hubungan, pujian melimpah ruah, kata manis tiada terucapkan, pujian, sanjungan dihiasi dikalungkan. Pabila jalinan ikatan menjadi hambar dan renggang, pujian selintas jadi kejian, rasa hormat menjadi cemuhan, segala kebaikan bertukar kejahatan, seribu kebaikan ditembusi satu keburukan. Memuji, mengeji bukan ucapan permainan, hendaknya ikhlas memuji hendaknya dicegah mengeji, harmoni hubungan aman penghidupan.

   Ilham Rasa,
  .::By ezlan::.